Thursday, November 15, 2012

life


kengkadang aku terfikir,
betul ke jalan yang aku ambil nie?


apa yang patut aku buat?

susahnyer.

mencabarnye.

risaunyer.

takutnyer.

ramai orang cakap
' kau mesti boleh buat'.

tapi memang tak sama kan bercakap dengan melakukannya.

tapi ayat tu jugak la yang boleh memberi kau semangat.

semangat untuk meneruskan perjuangan.


-------------------------------------------------------------------------------------------


isi hati yang tercipta.
penuh dengan warna, kepayahan, kesibukan, kegembiraan, kesemuanyalah.

tapi tak baik mengeluh kan. aku dah berusaha tapi mungkin tak cukup lagi. jadi, aku kena berusaha lebih lagi. lebih lagi dan lagi.



thanks RM peneman di kala tengah bak kata gary STRESSS


ramalancuaca : there's still long way to go. =)

Friday, November 2, 2012

s.t.u.d.y


perasan tak?

dulu time diploma setiap kali cuti mid term atau cuti seminggu dua mesti berlambak-lambak bawak balik buku. kononnya nak study la waktu cuti tu. padahal lagi sehari dua nak masuk kolej balik baru bukak buku. kadang-kadang tu tak bukak langsung. beria je bawak balik buku banyak-banyak.

sekarang time degree pun sama jugak. time cuti bawak balik buku banyak jugak. tapi kalau tak sentuh langsung, rasa tak senang duduk. malas macam mana pun, mesti bukak jugak bila fikir ade test menunggu, ade presentation menunggu. kalau dulu presentation dalam 1 ke 2 subjek je, tapi sekarang hampir setiap subjek kena present. 




ulat buku? totally not me.


tapi macam akan terjadi je.




can't stop smile when look at them. ^^


ramalancuaca : you can do it.hwaiting!

Thursday, November 1, 2012

misteri


perhatikan dan baca













apakah?


ramalancuaca : jangan biarkan diri anda diselubungi misteri...


Monday, October 29, 2012

Hari Aidiladha


biasanya hari aidiladha mesti fikir lembu,kerbau yang kena korban sume. tapi hari nie jugak hari orang ramai menunaikan haji.





buku nie cerita pasal pengalaman orang-orang yang pernah pergi menunaikan haji dengan orang yang pernah bawak orang lain pergi menunaikan haji. macam-macam cerita ada tapi buku yang aku baca edisi yang ke-4.

pengalaman artis pun ada. menakutkan, terharu, sebak semua ada.

apa yang kita buat semua dapat cash.

even yang baik pun dapat cash.

yang aku ingat sorang lelaki nie dahaga pastu dia teringin nak makan aiskrim and time tu jugak dia dapat. then, dia saje joke dalam hati dia aku nak makan ketam pulak la walaupun dia tau susah nak dapat ketam kat sana. bila dia pergi dewan makan, memang betul-betul terhidang lauk ketam.

banyak lagi cerita iktibar kat dalam buku nie. even sorang makcik nie pun dapat jumpa arwah suami dia yang dah lama meninggal. paling best arwah suami dia teman dia buat ibadah satu hari and hantar sampai depan hotel lagi. lepas tu dia hilang.

menakjubkan kan? ;)



selamat menyambut hari aidiladha.


ramalancuaca : want to know but afraid. what is this?

Tuesday, October 23, 2012

2 personality


yeah, i admit that.
bukan baru sekarang,tapi dari dulu lagi.

i am more myself when around friends.
but a bit different around you.
not a bit, maybe a big difference.

i dont know why

-----------------------------------------------------------------------------------------

thats why i dont like it when people close to me,
i mean old friends express their feeling.
the different feeling.

it will change the environment 100%.

from 'weh kau' and like huhahuha to ' alamak, die. '

its akward you know!

and it will take few years to us to get contact back.

or maybe not forever.





ramalancuaca : sampai di sini sahaja.

Thursday, October 18, 2012

anugerah bestari


this is my new classmate ( AC220 4D )



Insya Allah sampai ke akhir degree.

tapi bukan semua eh. yang tengah atas dan tengah bawah tu ialah lecturer yang datang bagi sokongan kat anugerah bestari nie.

anugerah bestari nie dianjurkan setiap sem kalau tak salah untuk pelajar yang dapat 3 pointer ke atas. best kan? dorang ajak semua part 4 datang untuk bagi motivation kat kitorang.

tapi paling bangga bila tengok ex-senior kptm yang dapat kat uitm SI yang naik pentas ambik anugerah bestari nie. tahniah kakak2 dan abang. ^^

and lastly, lepas nie kitorang akan dapat gelaran junior forever sebab uitm SI dah tak ambik intake baru untuk degree account. tak best ah tak dapat jadi senior. ==


ramalancuaca : hardworking, hardworking and hardworking. baru lepas terhapus dosa-dosa kecil. =)


Sunday, October 14, 2012

survival camp


minggu yang sangat membusykan.
bayangkan. hari selasa je aku ade 2 presentation. hari rabu ade kuiz. hari khamis ade kem survival sampai sabtu petang. malam tu ade ceramah ldk. hari ahad ade program ldk sampai 430pm. isnin petang pulak kena pergi anugerah bestari. 

dengan tak hilang penat dengan ngantuk, dah kena pergi ldk pulak. tapi alhamdulillah dah lepas dah semua tu. 

---------------------------------------------------------------------------------------

survival camp

mula-mula aku fikir oh! survival, mesti masuk hutan, daki bukit segala bagai tu. tapi bila dah sampai, banyak program indoor je yang sangat aku tak suka. 

petang jumaat je ade sekejap  outdoor game dalam kawasan pokok kelapa sawit yang kena tutup mata dengan kain hitam tapi tak sempat habiskan sebab hujan. 

malam tu kena buat teater muzikal yang ade nilai-nilai murni and group aku dapat tema irama malaysia. fortunately, group aku dapat no 2 out of 5. yeay.

lepas malam teater tu habis, kitorang turun pergi supper dan bila naik balik, tiba-tiba kitorang semua kena marah dengan En Amir, dengan faci, dengan lecturer sampai kitorangnyer penghulu and penghuluwati kena panggil pergi depan.

memang kitorang kena teruk giler lagi-lagi bila faci panggil beberapa nama suruh berdiri kat depan. takutnya Ya Allah, tuhan je tau. jenuh fikir, apa salah yang kitorang buat. sampai satu tahap bila faci suruh semua yang berdiri tu mengadap dinding dan fikir apa salah dorang.

then, tiba-tiba faci tutup lampu and nyanyi lagu happy birthday. rupanya budak-budak yang kena panggil tu sume bufday bulan 10 and dorang saje buat gimik sebelum nak celebrate. haihh, saje jek.

bertakung jugak la air mata kitorang bila tengok apa yang dorang buat. lakonan dorang memang sangat-sangat real. 

one more thing, aku tabik kat penghulu kitorang bila dia jawab soalan yang faci tanya waktu kena marah tu. even dia pun nangis lepas dapat tau semua tu prank jek. mahal tu air mata lelaki. 

last day baru kitorang ade game explorace and waktu penutup kitorang dapat coklat sorang satu and lecturer suruh kitorang bagi dekat sapa yang kitorang rasa bagus and layak dapat coklat tu. majoriti kitorang semua bagi kat penghulu and dia dapat coklat paling banyak dari orang lain. nasib baik dah tak nangis. haha.

panjang pulak cerita aku. dah lah, pi tengok gambaq.


nie sebelum kitorang buat senaman pagi.


this is our home. sebelum bertolak pergi u.


the view of nur lembah lenggong and sungai perak.


oh! i know. tema aku pi lenggong nie memang peace.

haa! group aku menang group paling havoc. =='


ramalancuaca : walaupun dah bape kali buat story pasal mak ngan ayah waktu pergi kem, still akan mengalir jugak air mata ni kan.

Tuesday, October 9, 2012

my weekend


macam mana dengan ceramah ustaz Don?

best. tapi tak puas la sebab tak lama sangat masa dia. sebelum dengar ceramah ustaz Don, kitorang dihiburkan dengan Far East dengan hafiz hamidun dulu. 

dari atas aku tengok hafiz hamidun nyanyi, shahdunya la hai. 

misi bertukar! dari k-pop ke Hafiz Hamidun! :P


konsert tu habis pukul 12 tengah malam. tapi kitorang tunggu sampai 1 pagi semata-mata nak bergambar dengan Hafiz. kau tengok nie..



eh bukan nie.. ni gambar kami.


haa..ni die. nampak tak? 


lagi satu, dewan UTP nie Ya Allah, besar giler. tapi lagi besar kawasan UTP die. masjid dia pun dah macam masjid terapung, dikelilingi air. library die pun tak terkata besar. itu baru aku tengok dari luar. dorang cakap kalau nak ambik buku siap kena panjat tangga lagi.


hari sabtu malam pulak aku pergi lagi UTP. dah macam rumah kedua dah. ada rakaman 30 minit bersama ustaz Don. 2 episod jugak la dia rakam. kalau ada rezeki masuk la muka dalam tv AlHijrah tapi macam jauh sekali je peluang tu. 

takpelah, janji dapat masuk rasa masuk UTP and dengar ceramah ustaz Don percuma lagi.


ramalancuaca : UTP, daebak!!

Friday, October 5, 2012

ceramah Ustaz Don Daniyal


malam nie aku dengan housemate aku nak pergi dengar ceramah ustaz Don Danial kat Universiti Teknologi Petronas. selain ustaz Don, ada hafiz hamidun ngan far east. event nie UTP yang anjurkan dan terbuka kat orang luar tapi kena bayar tiket masuk. 

UTP nie rajin anjurkan event untuk orang luar. aku selalu jugak la nampak budak-budak UTP promote dorang nye event kat pasar malam yang ada kat sini. 



jom join. 
malam nie nak pergi baru ajak join. haha.


ramalancuaca : minggu depan ade camping untuk semua pelajar baru account part 4. hee..^^

Sunday, September 30, 2012

Perubahan Uitm 3


Non Resident

UITM nie amat pentingkan non resident iaitu student yang tinggal kat luar kolej. dorang siap sediakan satu tempat lagi untuk non resident kat luar U untuk jumpe buat assignment ke, nak online ke, nak berehat ke, tak kisahlah. 

dorang jugak sediakan sticker untuk non resident yang kena tampal kat ID untuk menunjukkan kita nie tinggal kat luar. peraturan baru pun tetapkan non resident je boleh bawak masuk kereta dalam U. 

selain tu, dorang ada jugak buat aktiviti untuk non resident. and if something happened to us outside campus, we can report to them because they will be responsible. cam terjaga jugak kebajikan walaupun duduk kat luar.


ramalancuaca : ldk again? oh no..

someone like you




ramalancuaca : blank...





Sunday, September 23, 2012

Perubahan Uitm 2


cuaca 


cuaca kat sini panas. bukan aku kata KL tak panas, tapi kat sini memang panas. buktinya, baru seminggu aku kat sini, muka aku dah menunjukkan tanda-tanda belak. ahh, aku ada 2 kaler wajah. 

mungkin sebab kat sini setiap bangunan jauh dari satu sama lain. nak pergi fakulti dari tempat park, jauh. kena jalan kaki. nak pergi dewan makan, kena jalan kaki pergi bangunan lain. nak pergi pusat Islam, kena jalan pergi bangunan lain lagi. nak pergi dewan OM pun kena jalan pergi bangunan lain lagi.

tak macam KPTM dulu, semua ada dalam satu bangunan. nak makan je kena jalan sikit. jalan sikit je. ah, KPTM lagi.


ramalancuaca : presentation dah start. all the best for me. =)


Thursday, September 20, 2012

help, care and miss







ko rindu aku kejut ko muni? hehe.. aku pun rindu nak kejut korang. dengan peel setiap sorangnye. sorang, kejut cepat bangun. lagi sorang, selagi tak sampai time bangun, kalau dah bukak mata pun mesti pejam balik walaupun lagi 5 minit alarm nak bunyi. lagi sorang pulak, kejap, 5 minit lagi. ^^




thanks for helping me walaupun ko kena pergi sana, pergi sini untuk uruskan dengan dapatkan sehelai kertas jek. nasib baik ada kau. ^^




walaupun kau jauh, kau still remindkan aku. in fact, bila aku tanya kawan aku, rupanya aku sorang je yang tak dapat borang tu. thanks.. ^^




ana, your sticker is still on my calculator.. ^^


i left the word U. sebab aku tak jumpa mana huruf u. haha. miss 7orang1bumbung.



aku sekarang tinggal bawah bumbung dengan 7 orang penghuni jugak. tapi my 7orang1bumbung will always be the best.



ramalancuaca : when it is hard, i always remind all of u.

Tuesday, September 11, 2012

Perubahan Uitm 1


nama

kat sini aku ingat nak tukar nama aku sebab aku ade housemate dengan classmate yang nama sama dengan aku, anis. so, bile orang tanya aku akan perkenalkan diri aku sebagai izzati. 

tapi bila aku dah perkenalkan diri aku sebagai izzati, bila kawan baru aku panggil nama izzati, aku pulak yang tak toleh. lupa nama aku sekarang izzati. hehe. 

kawan-kawan kptm aku pun dah biasa panggil aku anis. so, suka hatilah nak panggil aku apa. nak senang, anis aku toleh. izzati pun aku toleh. ye dak? 


ramalancuaca : untunglah uitm arau, budak kptm semua dapat 1 kelas. =)

Friday, September 7, 2012

All Are New


10 september 2012

my new life
my new college
my new friends
my new roommate
my new housemate
my new classmate
my new lecturer

all are new

wish me all the best








hwaiting !!


ramalancuaca : me can do it..



Saturday, September 1, 2012

cuba - gagal - cuba lagi - berjaya


lesen ape cerite?
emm, dah lepas dah.
tapi aku ambik 2 kali.
yeah, aku fail mase first time ambik.
fail kat parking.

perasaan aku masa tu, same macam video nie.




aku dah takde semangat nak test jalan raya lepas tu. kecewa sangat. bertakung air mata waktu ayah dengan mak aku call tanye macam mana semua. then, aku ambik lagi sekali dalam 2 minggu sebelum raya. sebelum aku ambik test lagi sekali, scene yang time aku fail asyik terbayang kat kepala otak aku. 

tapi alhamdulillah, aku lulus untuk kali kedua. 

mase diploma sebelum nie pun, boleh dikira aku lulus lepas aku dah merase kegagalan. 

Insya Allah, time degree nanti aku akan lebih berusaha untuk terus berjaya. moga-moga. 

ramalancuaca : lepas dah lama bende nie jadi, baru aku boleh tersenyum bile aku ingat balik. peace. ^^

Sunday, August 26, 2012

Hari Raya



all the pictures from 2nd to 3rd to 4th raya. unfortunately, I didn't snap pictures on the 1st raya. 



sepupu yg gila. terpakse join. :P



lagi 1 kegilaan. buat gila kat rumah orang. 



our grandmother's house. tempat untuk berkumpul setiap tahun.



penang mai.



atas : penang.
bawah : manjoi.



on our way to batu feringgi.



queensbay, penang.



bt feringgi & padang kota.



 love this family. <3



my family. ^^


di kesempatan ini, saya ingin meminta maaf kepada semua jika ada terkecil hati, terkasar bahasa dan segala ter lah. 

selamat hari raya. =)


ramalancuaca : the best raya is when all of our family are gathering and talking and laughing and do activities together. ^^




Tuesday, August 14, 2012

1001 kenangan


dulu lepas dah habis sem, kitorang ingat akan berpisah dan tak jumpa lagi sampai sanggup buat drama kat tepi jalan tar. tapi dah takdir, kitorang bertemu balik atas hal masing-masing. tapi sekarang, dah jadi kepastian. aku dah betul-betul berpisah dengan dorang. tak tau bila akan jumpa lagi. 

dulu dari tak kenal langsung sampai kami jadi rapat, tido sebantal, setilam, bergurau senda, buat aktiviti sama-sama. kadang-kadang, benda yang tak lawak pun boleh jadi kelakar dengan keletah masing-masing. tengok cerita sama-sama, gelak besar sama-sama, jalan kaki ke kolej sama-sama, makan sama-sama, semuanyalah.

3 tahun.
kita dah kenal.
kita dah rapat.
kita kongsi benda sama-sama.
ketawa, tangisan, semua kita dah lalui.

aku harap persahabatan kita kekal sampai bila-bila dan aku takkan lupakan semua kenangan kita. Insya Allah suatu hari nanti kita akan bertemu lagi.



masa sem 1 dulu. tapi time nie rin takde sebab ada problem kesihatan. tapi alhamdulillah dia dah sembuh. jaga diri korang semua.. =)


time sem 1, kita semua section 8. antara kelas paling best pernah aku dapat sebab ada korang semua.. =)



raya kita tahun kedua kat kptm..=)



masa baru habis final exam. semua happy..=)



tempat yang syu teringin nak pergi..=)



jamuan dengan mentor kesayangan..=)



rumah terbuka orang kesayangan pika..=)



our together last raya at kptm..=)



our last dinner..=)



our beloved home yang sentiasa ada masalah air. tapi aku rasa time korang tinggal rumah tu nanti, lampu pun dah padam kot semua.hehe..=)



our last dinner together..=)



our beloved kptm.. :P




last but not least, our last celebration birthday together..=)


to me,
you are like the sunset and a chapter of our memory,
a memory of our precious younger that has no regrets,
and I wish it'd be kept in your heart as a beautiful picture of the past.

you're to me, me to you      


ramalancuaca : dont ever forget me..^^

Thursday, July 19, 2012

bulan ramadhan










ramalancuaca : selamat menyambut bulan ramadhan.semoga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya. =)

Tuesday, July 17, 2012

I am 21


tengok kat atas tu, dia tulis today is the day. what day? my b-day. hehe. syok sengsorang. yes, i am officially 21 years old. ah, aku dah semakin matang dengan erti kata lain dewasa atau lebih tepat lagi, tua. 

oh, tidak.

selama aku hidup kat dunia selama 21 tahun nie, ape je eh yang aku dah buat?

1. adakah aku dah menjadi seorang yang berguna? 
emm, maybe.

2. adakah aku dah menjadi seorang anak yang taat dan baik?
emm, kena tanya mak dengan ayah aku.

3. adakah aku membuang banyak masa?
ouh, yes.

4. adakah aku dah menyumbang untuk ibu dan ayah aku?
belum lagi.

5. adakah aku dah menyumbang untuk negara?
apatah lagi.

6. apa yang aku dah buat untuk diri sendiri?
aku pun tak tau. ouh, aku dah tamatkan pengajian sekolah rendah, sekolah menengah ngan diploma. Insya Allah aku akan sambung ke degree. 




hee, boleh dikira kejayaan jugak nie. doakan aku berjaya di degree nanti. 

7. apa yang aku sedang usahakan?
aku tengah belajar memandu, tengah belajar memasak, tengah belajar menguruskan hal sendiri dan masih belajar lagi semuanya. emm, masih lagi belajar.

8. rancangan masa akan datang?
habiskan degree, kerja, help my parents, kahwin. haha. Insya Allah.



ramalancuaca : alhamdulillah, aku still dapat lihat dunia lagi. terima kasih Allah. =)


Friday, July 13, 2012

kejayaan tidak datang bergolek


' salam. anis, nie abg skem yg call ptg tadi, esok tunggu kat lrt cempaka pukul 7.00 ek. '

' okay. time kasih. '


6.15am
ringtone alarm : pot the elegance of pachelbel

aku bangun. bersiap. sampai di lrt cempaka pukul 7am tepat. kelibat kereta tidak kelihatan lagi. aku berjalan ke thenews untuk membeli vitagen. untuk tenaga. RM1. cukuplah untuk pagi nie. aku terus menunggu. dari jauh aku nampak kereta sekolah memandu aku. aku lihat jam di tangan, dah 730am. okay. sampai jugak akhirnya walaupun tak tau jalan.

aku sampai di sekolah memandu pukul 9am pagi. terus aku belek papan putih cari nama aku. oh, sesi 2. kejap lagi la tu. tiba-tiba, hujan turun. dari renyai semakin lebat dan kembali renyai dan lebat kembali tapi tidak berhenti.

jam menunjukkan pukul 12. uncle jpj mula kelihatan resah. 

' nak buat jugak ke hujan nie? '

' nak '.

' okay. '


ujian memandu sesi 1 untuk motor kembali bermula dengan hujan yang tidak berhenti lagi. preeeett! calon pertama memulakan pemanduan. sorang-sorang lepas. beberapa minit kemudian, sesi ke 2 bermula. aku calon nombor 3. 

calon pertama untuk sesi ke 2 dah masuk. semakin dekat. akhirnya tiba giliran aku. preeett! masa untuk aku masuk. setelah melakukan aksi- aksi yang diperlukan, aku tukar gear 2. sebaik sahaja aku ingin bermula, aku tak dapat kawal motor aku. motor aku tak stabil. kedua - dua kaki aku jejak ke tanah. ah, malunya.

aku terus memulas minyak dan teruskan langkah motor aku. aku pandang uncle jpj. ah, dia tengah tengok aku. aku teruskan jugak walaupun aku takut. sampai habis bahagian 2, aku berhenti dan matikan enjin. dalam hujan renyai-renyai aku berlari ke pondok jpj yang pertama untuk mengambil borang. 

aku tanda tangan. dan aku lihat markah aku. luluuuss. yeah. aku serahkan borang aku ke pondok yang kedua dan aku teruskan perjalanan aku sampai selesai. aku kembali berjalan mengambil borang di pondok kedua. aku tanda tangan. luluussss jugak.


alhamdulillah. rahmat hujan. terima kasih tuhan. =)


ramalancuaca : menunggu test untuk kereta pulak. doakan aku berjaya. ^^

Tuesday, July 3, 2012

lesen memandu



aku tengah belajar memandu untuk mengambil lesen yang sah untuk aku pergi meronggeng ke mana-mana. tapi banyak betul halangan untuk aku pergi kat tempat driving nie. paling banyak problem transport la sampai hiba hati aku dibuatnya. nasib baik sekarang dah makin okay.

rasa macam best je bawak kereta kat jalan raya, belajar parking, 3 penjuru dan bukit. jam untuk aku belajar kereta dah habis, sekarang tinggal pra-test dengan test JPJ yang sebenar. takut.

dulu bila aku tengok orang lain bawak kereta, rasa macam wahhh lagi-lagi part pusing stereng guna sebelah tangan je. dulu la, sekarang aku pun boleh. haha. kadang-kadang time aku tengah belajar kereta, agak-agak cikgu aku tak nampak aku pun pusing stereng guna satu tangan. pastu senyum sorang-sorang bangga dalam hati. macam orang gila.

nasib baik aku dapat cikgu yang tak garang dan asyik potpet potpet je sebelah aku. ada je cerita dia nak cerita kat aku. takdelah aku boring sangat belajar kereta. cara dia ajar pun best dan senang untuk aku ikut. 

part motor pulak, masa mula-mula aku jejak kaki aku kat situ aku asyik gelak je tengok gaya-gaya time berhenti, time nak jalan, time nak perlahan. sekarang aku lah salah sorang yang buat gaya-gaya tu. time takde orang okay lagi, time budak-budak baru habis kelas semua pakat kumpul kat tepi-tepi nak tengok 'senior-senior' ni bawak motor. lepas ni giliran korang pulak ye. 

dulu aku paling bermasalah kat titi. kalau 10 kali aku buat pusingan, dalam 3 ke 4 kali je aku lepas yang lain semua jatuh. nasib baik cikgu yang ajar aku kereta bagi tips camne nak lepas titi. lepas aku follow tips cikgu aku, memang aku tak pernah jatuh dah kat titi. harap-harap berkekalan sampai ke test JPJ lah ye.

pastu bila setiap kali lalu kat titi and dah tak pernah jatuh dah, dalam hati bukan main happy lagi tapi sebab ramai orang tengok nak cover punya pasal, bukan main serius lagi muka. haha. sekarang aku nak habiskan motor lagi beberapa jam and terus pergi test JPJ.

doakan aku untuk lepas test JPJ untuk motor dan kereta.


you can do it, anis.

all the best. 




ramalancuaca : kala kawan-kawan bekerja dan pergi ke kelas, teman keseorangan di rumah. terima kasih laptop kerana menceriakan hari saya yang tak berapa ceria. =)