Thursday, July 19, 2012

bulan ramadhan










ramalancuaca : selamat menyambut bulan ramadhan.semoga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya. =)

Tuesday, July 17, 2012

I am 21


tengok kat atas tu, dia tulis today is the day. what day? my b-day. hehe. syok sengsorang. yes, i am officially 21 years old. ah, aku dah semakin matang dengan erti kata lain dewasa atau lebih tepat lagi, tua. 

oh, tidak.

selama aku hidup kat dunia selama 21 tahun nie, ape je eh yang aku dah buat?

1. adakah aku dah menjadi seorang yang berguna? 
emm, maybe.

2. adakah aku dah menjadi seorang anak yang taat dan baik?
emm, kena tanya mak dengan ayah aku.

3. adakah aku membuang banyak masa?
ouh, yes.

4. adakah aku dah menyumbang untuk ibu dan ayah aku?
belum lagi.

5. adakah aku dah menyumbang untuk negara?
apatah lagi.

6. apa yang aku dah buat untuk diri sendiri?
aku pun tak tau. ouh, aku dah tamatkan pengajian sekolah rendah, sekolah menengah ngan diploma. Insya Allah aku akan sambung ke degree. 




hee, boleh dikira kejayaan jugak nie. doakan aku berjaya di degree nanti. 

7. apa yang aku sedang usahakan?
aku tengah belajar memandu, tengah belajar memasak, tengah belajar menguruskan hal sendiri dan masih belajar lagi semuanya. emm, masih lagi belajar.

8. rancangan masa akan datang?
habiskan degree, kerja, help my parents, kahwin. haha. Insya Allah.



ramalancuaca : alhamdulillah, aku still dapat lihat dunia lagi. terima kasih Allah. =)


Friday, July 13, 2012

kejayaan tidak datang bergolek


' salam. anis, nie abg skem yg call ptg tadi, esok tunggu kat lrt cempaka pukul 7.00 ek. '

' okay. time kasih. '


6.15am
ringtone alarm : pot the elegance of pachelbel

aku bangun. bersiap. sampai di lrt cempaka pukul 7am tepat. kelibat kereta tidak kelihatan lagi. aku berjalan ke thenews untuk membeli vitagen. untuk tenaga. RM1. cukuplah untuk pagi nie. aku terus menunggu. dari jauh aku nampak kereta sekolah memandu aku. aku lihat jam di tangan, dah 730am. okay. sampai jugak akhirnya walaupun tak tau jalan.

aku sampai di sekolah memandu pukul 9am pagi. terus aku belek papan putih cari nama aku. oh, sesi 2. kejap lagi la tu. tiba-tiba, hujan turun. dari renyai semakin lebat dan kembali renyai dan lebat kembali tapi tidak berhenti.

jam menunjukkan pukul 12. uncle jpj mula kelihatan resah. 

' nak buat jugak ke hujan nie? '

' nak '.

' okay. '


ujian memandu sesi 1 untuk motor kembali bermula dengan hujan yang tidak berhenti lagi. preeeett! calon pertama memulakan pemanduan. sorang-sorang lepas. beberapa minit kemudian, sesi ke 2 bermula. aku calon nombor 3. 

calon pertama untuk sesi ke 2 dah masuk. semakin dekat. akhirnya tiba giliran aku. preeett! masa untuk aku masuk. setelah melakukan aksi- aksi yang diperlukan, aku tukar gear 2. sebaik sahaja aku ingin bermula, aku tak dapat kawal motor aku. motor aku tak stabil. kedua - dua kaki aku jejak ke tanah. ah, malunya.

aku terus memulas minyak dan teruskan langkah motor aku. aku pandang uncle jpj. ah, dia tengah tengok aku. aku teruskan jugak walaupun aku takut. sampai habis bahagian 2, aku berhenti dan matikan enjin. dalam hujan renyai-renyai aku berlari ke pondok jpj yang pertama untuk mengambil borang. 

aku tanda tangan. dan aku lihat markah aku. luluuuss. yeah. aku serahkan borang aku ke pondok yang kedua dan aku teruskan perjalanan aku sampai selesai. aku kembali berjalan mengambil borang di pondok kedua. aku tanda tangan. luluussss jugak.


alhamdulillah. rahmat hujan. terima kasih tuhan. =)


ramalancuaca : menunggu test untuk kereta pulak. doakan aku berjaya. ^^

Tuesday, July 3, 2012

lesen memandu



aku tengah belajar memandu untuk mengambil lesen yang sah untuk aku pergi meronggeng ke mana-mana. tapi banyak betul halangan untuk aku pergi kat tempat driving nie. paling banyak problem transport la sampai hiba hati aku dibuatnya. nasib baik sekarang dah makin okay.

rasa macam best je bawak kereta kat jalan raya, belajar parking, 3 penjuru dan bukit. jam untuk aku belajar kereta dah habis, sekarang tinggal pra-test dengan test JPJ yang sebenar. takut.

dulu bila aku tengok orang lain bawak kereta, rasa macam wahhh lagi-lagi part pusing stereng guna sebelah tangan je. dulu la, sekarang aku pun boleh. haha. kadang-kadang time aku tengah belajar kereta, agak-agak cikgu aku tak nampak aku pun pusing stereng guna satu tangan. pastu senyum sorang-sorang bangga dalam hati. macam orang gila.

nasib baik aku dapat cikgu yang tak garang dan asyik potpet potpet je sebelah aku. ada je cerita dia nak cerita kat aku. takdelah aku boring sangat belajar kereta. cara dia ajar pun best dan senang untuk aku ikut. 

part motor pulak, masa mula-mula aku jejak kaki aku kat situ aku asyik gelak je tengok gaya-gaya time berhenti, time nak jalan, time nak perlahan. sekarang aku lah salah sorang yang buat gaya-gaya tu. time takde orang okay lagi, time budak-budak baru habis kelas semua pakat kumpul kat tepi-tepi nak tengok 'senior-senior' ni bawak motor. lepas ni giliran korang pulak ye. 

dulu aku paling bermasalah kat titi. kalau 10 kali aku buat pusingan, dalam 3 ke 4 kali je aku lepas yang lain semua jatuh. nasib baik cikgu yang ajar aku kereta bagi tips camne nak lepas titi. lepas aku follow tips cikgu aku, memang aku tak pernah jatuh dah kat titi. harap-harap berkekalan sampai ke test JPJ lah ye.

pastu bila setiap kali lalu kat titi and dah tak pernah jatuh dah, dalam hati bukan main happy lagi tapi sebab ramai orang tengok nak cover punya pasal, bukan main serius lagi muka. haha. sekarang aku nak habiskan motor lagi beberapa jam and terus pergi test JPJ.

doakan aku untuk lepas test JPJ untuk motor dan kereta.


you can do it, anis.

all the best. 




ramalancuaca : kala kawan-kawan bekerja dan pergi ke kelas, teman keseorangan di rumah. terima kasih laptop kerana menceriakan hari saya yang tak berapa ceria. =)