Tuesday, November 29, 2011

ombak rindu


video




Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku


Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku


Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya


Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


ramalancuaca : love this song..

Saturday, November 26, 2011

salam maal hijrah


hari sabtu. tadi kami bertiga pergi berjoli di jalan tar memandangkan cik shafiqah teringin sekali pergi ke sana. kami pergi dalam pukul 3pm dan balik pada pukul 6pm. satu keajaiban bukan? 


rasanya kitorang tak pernah pergi jalan tar dalam waktu yang sangat singkat. selalunya kalau tak balik waktu awan dah menunjukkan tanda kegelapan, tak sah. tapi mungkin ada hikmah disebaliknya kenapa kitorang balik awal sangat.


masa aku tengah online lepas balik petang tadi, mak aku kol suruh bukak tb1. 


oh, doa awal tahun dan akhir tahun.


maka, kami bertiga mengaminkan doa awal dan akhir tahun di hadapan tb. amin.









Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: "Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, InsyaAllah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.



semoga langkah kami semua lebih bermakna dan lebih diredhai Allah. Insya Allah.


ramalancuaca : amin.

tentang dhia





'saya akan jaga dhia seperti saya jaga nyawa saya sendiri.'



perghhh.. ayat dia.
mencengkam hati dan sanubari.


ramalancuaca : take care.

Tuesday, November 22, 2011

seni mempertahankan diri


malam nie syu ajar kitorang 1rumah cara mempertahankan diri.
walaupun kelakar, tapi berguna jugak. =)






--------------------------------------------------------------------------------------


hari first dan second class, tak banyak yang diajar lagi. tapi aku dah dapat
assignment. tajuk assignment aku,

' selama artis korea menjalankan latihan army, ada tak yang mati?'
=='

tau tak?

aku tak tau. tak pernahlah pulak aku baca atau dengar. 


ramalancuaca : banyak gosip kami malam ni.

Saturday, November 19, 2011

a person's career


itu tajuk karangan muet tadi.

dengan otak yang dah berkarat, aku masuk dewan. terkontang kanting aku melilau satu dewan cari tempat duduk. sekejap ke depan sekejap ke belakang. aku tak terpikir langsung pasal tempat duduk yang ikut nombor giliran. boleh je aku agak-agak tadi. nasib ada yang sudi memberi bantuan. ropenye tempat aku depan sekali depan whiteboard.

masa tengah jawab reading, tetibe keluar suara kat speaker. sape ntah pasang radio. lagu 6ixth sense lagi. pas tu slow down jap, keluar lagu omputih lak. 

'nak tuju lagu boleh?' bak kata kecik.






apa kau nak buat kalau apa yang kau suka kau tak dapat buat?

tapi kengkadang apa yang kau rancang tak semestinya itu yang kau dapat. 

kita hanya mampu merancang.


ramalancuaca : Allah yang menentukan.

Wednesday, November 16, 2011

a new sem begin


esok dah daftar sem baru.
sem 6 dan Insya Allah sem terakhir aku.

so, anis.
ganbatte!


^^


buat kawan-kawan juga. =)


ramalancuaca : cuti sem sudah berakhir.

Saturday, November 12, 2011

precious words



ambillah waktu untuk berfikir,
itu adalah sumber kekuatan.

ambillah waktu untuk bermain,
itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.

ambillah waktu untuk berdoa,
itu adalah sumber ketenangan.

ambillah waktu untuk belajar,
itu adalah sumber kebijaksanaan.

ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,
itu adalah hak istimewa yang diberikan tuhan.

ambillah waktu untuk bersahabat,
itu adalah jalan menuju kebahagiaan.

ambillah waktu untuk tertawa,
itu adalah muzik yang menggetarkan hati.

ambillah waktu untuk memberi,
itu adalah untuk membuat hidup terasa bererti.

ambillah waktu untuk bekerja,
itu adalah nilai keberhasilan.

ambillah waktu untuk beramal,
itu adalah kunci menuju syurga.





sumber : klik



ramalancuaca : a few more.

Friday, November 11, 2011

only hope


dalam dunia ni, banyak benda yang kita harapkan.
banyak kemahuan yang kita nak.
banyak keperluan yang kita perlu penuhi.
dan banyak jugak halangan yang harus ditempuh.

tak lupa, mungkin banyak jugak orang yang berharap kat kita.







tapi, kadang-kadang kita hanya mampu berharap
untuk sesuatu yang tak pasti.


ramalancuaca : tuhan, ku inginkan secebis harapan-nora

Thursday, November 10, 2011

happiness






aku pernah terbaca satu petikan.


orang kata dalam dunia ni ada 2 jenis kegembiraan.

first, kegembiraan yang kau hanya dapat rasa selepas detik masa berlalu.

 second, kegembiraan yang kau dapat rasa masa tu jugak.

dan kegembiraan yang kau dapat rasa masa tu jugak sangat berharga kerana kegembiraan itu akan kekal dan bakal menjadi kenangan yang berharga.




raya kptm terakhir kami.



bapak ganas.. ==


7orang1bumbung - haireenkhairodin


dan aku harap kegembiraan yang kita dapat rasa masa ni akan menjadi kenangan kita sampai bila-bila.


sayang korang.


ramalancuaca : tibe-tibe rasa nak tulis entry ni. ^^


Tuesday, November 8, 2011

salam aidil adha






my big family on my mother's side. 


tapi still ada yang tak dapat datang ngan ada yang dah balik
lepas kenduri.

dan mungkin ni kenangan terakhir kitorang kat rumah ni. sebab dengar 
cerita orang kampung yang sempat aku interbiew kawasan kampung
ni nak kena roboh. tuan tanah nak jual tanah ni.

mungkin alamat belakang pekan, batu kurau ni akan hilang dekat 
peta perak tak lama lagi. 

sempat jugak aku ronde kawasan kampung ni masa matahari
terpacak kat atas kepala dengan sepupu aku. imbas balik cerita-
cerita lama masa aku masuk hutan dulu semata-mata
nak pergi kutip duit raya sampai .......
ah, lupakan. sakit.


akan rindukan semua ni suatu hari nanti.


ramalancuaca : suka baca blog zahiriladzim. sayang betul die kat bakal bini die.


Friday, November 4, 2011

pengorbanan.


Alhamdulillah.
itu je yang mampu aku ucapkan sekarang.
segala penat lelah, keringat, tangisan yang 
aku terpaksa hadapi berbaloi. 

TERIMA KASIH YA ALLAH.








SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

nak wish advance sebab esok dah sibuk nak jadi super anak dara yang
rajin. anak dara yang kat rumah sorang je, maka segala kerja menjadi hak
milik kekal. 

hari raya kedua nak buat kenduri kat kampung. dah lama tak 
kumpul ramai-ramai. semoga segalanya berjalan lancar.


pengorbanan.

untuk mendapatkan sesuatu banyak yang perlu kita korbankan
walaupun itu sesuatu yang amat susah untuk kita lepaskan.

tapi, mungkin suatu hari nanti kita mampu tersenyum dengan
pengorbanan yang telah kita lakukan. =)


SELAMAT HARI RAYA KORBAN



ramalancuaca : terima kasih sekali lagi.

Wednesday, November 2, 2011

my secret dream


selain kartun, drama yang wajib ditonton adalah drama yang akan membuatkan
kita berangan, gelak, sedih, geram, tersenyum, terharu dan bernyanyi ikut
rentak lagu tersebut. lepas tu mulalah cari 4shared.com dan youtube.com 
nak download lagu tema drama tu.

bagi yang guna bb yang bayar murah macam aku nie, memadailah
download di 4shared.com sahaja. nak video mintak kat syu. :D

aku nak cerita sal drama korea je nie.
holiday aku hanya di rumah bertemankan 
laptop. cerita yang dah bersarang lama dalam 
hard disk tapi baru nak bukak tengok. 


SECRET GARDEN

drama ni pasal seorang lelaki kaya yang tak percaya dia dah
jatuh cinta dengan stuntwoman. dia still nak bercinta dengan perempuan tu
walaupun dia dah tau dia akan berpisah akhirnya.

dia nak perempuan tu jadi the little mermaid yang akan hilang
macam buih satu hari nanti.




















bagi aku cerita ni walaupun dah macam klise pasal laki kaya dengan perempuan miskin tapi cerita ni lain dari yang lain. part paling kelakar waktu dorang tertukar roh tapi still badan yang sama. tak paham? mean roh si laki masuk dalam badan si perempuan dan sebaliknya. siyes hyun bin comel waktu dia berlakon jadi watak pompuan. 

lagi satu part yang best waktu hyun bin hilang ingatan jap.

nak tau lebih lagi?
tengoklah drama nie. tak boring bagi aku.


dream high

drama yang cerita pasal budak yang nak masuk sekolah yang mengajar nyanyi dengan menari. bagi aku, first episode drama ni macam boring tapi aku teruskan jugak tengok. masa tengok episode 2, pertengahan cerita subtitle hilang. saba je la. masa tengok episode 3 pun pertengahan cerita subtitle hilang lagi. saba lagi. 

tapi walaupun subtitle hilang cerita dia dah makin menarik dan masuk episode 4 sampai habis dah takde masalah subtitle. 

dan drama ni sangat best.



















drama ni takde cerita pasal perbezaan darjat pun. kau miskin ke kau kaya ke semua boleh jadi kawan. muzik yang satukan dorang. hampir kesemua lagu dalam drama ni sedap. lagu dalam drama ni semua berkisarkan impian

drama ni sekarang ada kat 8tv setiap hari sabtu pukul 630 pm. 

tengoklah. best.


ramalancuaca : i lift my hand and pray. you're my only hope.

detective conan.

dekat 9 hari aku tak boleh bukak blog.bb punyer pasal la.
die cakap aku dah sampai limit.padahal aku rasa bukan 
aku guna banyak sangat pun.
ye ke?

sepanjang aku tak boleh nak online, laptop wajib kena ngadap
jugak. tak tengok drama sweet-sweet berciri korea, tengok
kartun pun jadi la.

cerita kartun bersiri penyiasatan yang aku minat
mestilah conan. ni antara movie yang aku dah tengok.



magician of the silver sky.
kejadian yang berlaku kat atas awan.
mean, kapal terbang.


the timed skycrapper.
aku paling suka part ran nak potong wayar bom.
kenapa dia pilih wayar biru instead merah?


jolly roger in the deep azure.
pencarian harta karun di sebuah pulau.


the 14th target.
pembunuhan berdasarkan nama yang ada kaitan
dengan kad terup.


countdown to heaven.
ada bangunan baru dibina macam klcc
tapi ada 2 jambatan.

captured in her eyes.
ran hidap amnesia lepas dia nampak kejadian
bunuh depan mata dia. terharu tengok citer
nie walaupun hanya kartun..==


strategy above the depths.
aku suka part shinichi dapat cari kat mana ran menyorok.


the last magician of the century.
citer pasal harta yang nenek moyang tinggalkan.


movie yang menunggu untuk ditonton.


shonen sunday.


the stranger in 10 years.


dalam semua movie ni aku paling suka part ran dengan shinichi. ^^
buat aku tersenyum sendiri.
macam orang gila.


ramalancuaca : i dream high. :)