Saturday, October 22, 2011

ketakutan



"anis, bangun! dah subuh". sayup-sayup suara mak aku memanggil aku.


aku tengok jam kat handset aku. oh, dah pukul 640am. dengan langkah yang perlahan aku turun tangga dan mengambil wuduk. selesai solat subuh, aku perlahankan ekon dan berhajat untuk sambung tidur.


"kak, nak ikut pergi jogging tak?"


"haa, ok"


terbantut keinginan aku untuk sambung tidur. aku bersiap untuk ikut mak dengan ayah aku pergi berjogging kat bukit kledang. sebelum pergi bukit kledang, ayah aku pergi ambil k.nore iaitu kawan mak aku aka kawan satu tempat kerja aku dulu.


sesampai kat bukit kledang, aku nampak cina-cina yang dah nak balik dan peniaga-peniaga cina kat tepi jalan. aku teruskan perjalanan aku untuk mendaki bukit kledang. mula-mula aku ikut belakang mak aku dengan k.nore tapi lepas ayah aku potong, aku berlari ikut ayah aku.


aku berjalan macam biasa dan kadang-kadang berlari anak untuk mendaki bukit. setelah meninggalkan mak aku dan k.nore kira-kira 150 meter di hadapan, mata aku berpinar-pinar. namun aku masih meneruskan perjalanan. sampai satu ketika aku tidak mampu untuk mengikut langkah kaki ayahku.


aku mula berjalan seperlahan yang boleh sambil menarik nafas. tapi aku rasakan ruang nafas aku sempit. sampai satu persinggahan yang ada uncle dan auntie cina sedang membuat senaman, aku berhenti dan duduk. 


"kak, dah tak larat ke?"


aku menggelengkan kepala aku.


"akak tunggu mak eh?"


aku menganggukkan kepala aku.


beberapa minit kemudian, mak aku dan k.nore sampai di perhentian yang aku duduk. namun, aku masih tidak mampu untuk mengikut jejak diorang lalu aku biarkan saja mak dan k.nore berlalu pergi.


setelah aku merasakan mata dan nafas aku kembali normal, aku meneruskan perjalanan. namun aku hanya mampu sampai di perhentian kedua sahaja. aku berehat di situ sementara menunggu ayah, mak dan k.nore turun.


aku memerhatikan orang ramai yang sedang mendaki dan turun bukit. ada pelajar sekolah, ada budak muda tapi lebih ramai uncle dan auntie yang naik dan turun. cergas sungguh aku lihat dorang semua.


tiba-tiba aku rasa sesuatu berlingkar di kaki aku. aku lihat dan


'haa, ular!'


aku terkaku di situ keseorangan. aku terasa ingin menangis tapi aku kaku untuk bergerak. aku ingin menjerit tapi aku takut. tiada seorang pun yang perasan akan kehadiran aku di situ. aku bagai tunggul kayu. aku menangis di dalam hati. tiba-tiba




PAPP!!


aku terasa ada orang menepuk bahu aku. aku toleh dan lihat mak aku sedang tersenyum.


' oh, aku berangan rupanya '




"mana ayah?"


"tak turun lagi."


"tunggu ayah kat sini la."


selang beberapa minit kemudian, ayah aku turun dan kami meneruskan perjalanan untuk turun bukit dan selepas menikmati breakfast yang k.nore belanja, kami pulang ke rumah.


p/s : bab ular saja tambah.hehe.


--------------------------------------------------------------------------------------------


sampai rumah waktu makan tengah hari baru aku cerita sal aku nak pitam dekat mak dengan ayah aku, 


" nape tak cakap kat ayah?"


" patut mak nampak muka kamu pucat tadi, tapi mak tak tanya la"


" kak, nak kertas ngan pen tak?"


"buat apa?"


"tulis surat wasiat"


=="




tak suka!





ramalancuaca : mak aku cakap maybe sebab tekanan darah aku rendah. tapi aku taknak jumpa doktor, takut kena amik darah, takut jarum.

Thursday, October 20, 2011

cinta yang kurasa.


usah biarkan kasihku sunyi menunggu
seorang diri

cinta yang kurasa
anis ayuni
638 muka surat


Seingat Laila Nabila, tidak pernah Mir Shariman menoktahkan hubungan cinta mereka, tetapi anehnya lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri..Dia cuba merisik kemelut yang melanda, namun segalanya kabur. Laila Nabila tahu Mir Shariman masih bernafas di atas muka bumi, tetapi lelaki itu seperti hilang terus dari galeri hidupnya..

Kali pertama bertemu dengan Laila Nabila, hati Raid bagai ditusuk panah arjuna..Dia terlena dalam cinta yang diimpi..Rasa kasih yang mendasari hati tidak disembunyi..Dia bagai mabuk kepayang mengejar cinta si bidadari..

Namun bagi Laila Nabila, dia tidak mampu memberi, walaupun sedikit ruang untuk Raid berteduh di bawah sayap kasihnya..Dia ingin terus setia dalam bercinta..Sekeping hati yang teruntuk buat Mir Shariman, biarlah terus menjadi miliknya hingga takdir memisahkan mereka berdua..

Mir Shariman tidak pinta hidupnya jadi begini, tetapi ALLAHmemilih dirinya untuk diuji..Dia tidak dapat meneka sama ada Laila Nabila ikhlas atau menerimanya atas dasar simpati..Lalu dia pasrah membiarkan hubungan mereka bergerak mengikut takdir Ilahi..



" aku mencetus situasi dan reaksi yang menekan
perasaanmu agar kau membenci. hakikatnya Laila,
 aku mengoyak hati sendiri. " - Mir Shariman


aku baru beli novel ni petang semalam. dari dulu lagi aku amat sukakan karya anis ayuni dan yang paling aku ingati novel beliau yang bertajuk manisnya cinta. sekarang ni aku dah sampai m/s 486. setakat ni aku rasa seronok baca novel ni dan aku sedang menunggu kesudahan cerita ni. selalu aku baca m/s akhir dulu untuk tau ending novel tu tapi kali ni aku nak surprise. 

ramalancuaca : macam dah dapat agak ending die.. ^^

Monday, October 17, 2011

Al-Fatihah



quran bismillah

Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm

1. "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"


ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين




Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn


2. "Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"



ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم


Ar-rahmâni r-rahîm


3. "Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"



مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين


Mâliki yawmi d-dîn


4. "Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)"



إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ


Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în


5. "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"



ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ


Ihdina s-sirâta l-mustaqîm


6. "Tunjukilah kami jalan yang lurus"



صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ

غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْوَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ

Sirâta llazîna an`amta `alayhim 
ghayri l-maghdhûbi `alayhimwala dh-dhâllîn


7. "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"





salah satu cara untuk khusyuk dalam solat adalah dengan memahami maksud ayat yang kita baca. =)


ramalancuaca : perkenankanlah.

Sunday, October 16, 2011

there you go.

semalam dah macam hari raya rumah aku. maksud aku, rumah opah 
aku. mungkin penangan raya haji yang makin dekat. ada kaitan ke?


tengah hari - pakcik belah mak aku datang aka abang mak aku beserta family.


petang sikit - pakcik belah ayah aku datang aka adik ipar ayah aku seorang.


petang lagi sikit - kawan-kawan klinik tempat aku kerja dulu seramai 3 orang.


malam - pakcik belah ayah aku aka adik ipar ayah aku beserta family.


pakcik aku yang malam datang bawak uri cucu dia sekali aka bini anak dia
aka menantu dia. dia tanam kat halaman rumah opah aku.


jadi, kepada bakal-bakal suami. cara-cara untuk tanam uri yang aku 
baru belajar semalam dari opah aku.


1. cuci uri tu bersih-bersih. 
2. letak uri tu dalam kain.
3. tabur garam kasar kat uri tu.
4. ikat kain yang ada uri tu.
5. letak kain tu dalam tempurung kelapa.
6. pergi korek lubang dekat tempat yang nak tanam.
7. tanam uri tu dalam lubang yang dikorek.
8. sambil berselawat.


ini yang aku belajar semalam. tapi mungkin orang lain, lain cara dia. wallahualam.


semalam jugak aku dapat tau uri aku pun ayah aku tanam kat sini, 
rumah opah aku. even kakak dan adik-adik aku pun kat sini jugak.
ouh, begitu.


--------------------------------------------------------------------------------------------


semalam aku belajar masak ketam masak lemak. tapi takde gambar sebab 
ketam tu dah lesap sekelip mata. pakcik aku siap tambah tiga kali lagi. sedap sampai tak terkata. pakcik aku yang lain sembang-sembang buat lawak pun dia ignore. time tu dunia dia hanyalah ' ketam '.


nasib baik aku simpan seketul siap-siap untuk aku. haha.


-------------------------------------------------------------------------------------------


dan hari ni aku masak kerang tanpa pertolongan mak aku. mak aku hanya 
menyumbangkan suara dari dalam rumah.
' pergi tumis bla bla '
' pas tu masuk bla bla bla '
' sukati kamu la nak masuk banyak mana '


dan inilah hasilnya,




kerang 3 perasa. 



aku tanya mak aku, 
'mak, ape nama masakan ni?'
' entahla, letak nama mak la. kerang mas ayu '
 == '

nak rasa? 
bagi yang suka syok sendiri macam aku, mestila aku kata SEDAP. haha.

cara makan dia :

1. letak kerang dalam mulut kau.
2. jilat segala sambal yang ada kat kerang tu.
3. kemam sekejap sambal tu.
4. bukak kerang ambil isinya.
5. masukkan ke dalam mulut beserta nasi.
6. kunyah dan telan.
7. boleh juga diratah begitu sahaja.


ramalancuaca : zz,  <3.. ^^ 





Friday, October 14, 2011

my 1st list


semalam aku balik mak aku masak sup tulang. 

hari ni menu pertama dalam senarai yang aku nak makan. ayam masak merah.
hari tu waktu aku pergi meronggeng kat jalan tar, aku ternampak satu periuk
ayam masak merah. nampak sedap giler. jadi hati aku berkata-kata
' balik ni nak mintak mak buatkan la. '
nak pergi beli time tu malas. pendam je la.

dan terbalas hari ni. mak aku siap buat nasi minyak sekali.
menu yang aku belajar hari ni nasi minyak beserta ayam masak merah.
tapi aku lupa nak tangkap gambar nasi minyak.

nak resipi? pm me.haha..



ayam masak merah. 



sayur kacang panjang.
tak menarik? takpe, aku yang makan. not for sale.


---------------------------------------------------------------------------------


tahajjud cinta

aku tak puas hati dengan ending dia. macam tu je?
tunjuk la sikit balasan kat ustaz tu. sesuka hati nak
rejam orang. 

lepas tu, tunjuk la sikit apa jadi kat seri, citra, isteri-isteri-isteri 
ustaz tu, family seri, remy ishak, suraya dengan orang kampung
sekali ke.


-------------------------------------------------------------------------------------


M.

M?


ape tu? ye, aku tau huruf M. 


' oh, aku baru abes study. boleh tahan la susah. lepas ni
nak kena cari kerja pulak. tak tau la macam mana.
nak menganggur ke, nak sambung belajar ke. '
ayat rekaan semata-mata.

' m. '


susah payah karang ayat nak balas, boleh kau
balas 'm' je. =='


ramalancuaca : in planning.


Thursday, October 13, 2011

beloved city



hai, i'm back already. i'm at ipoh, my beloved city. haha.dandan beloved city. I've finally arrived safely on 2pm this evening. awat kau speaking nie? ouh, penangan muet tak habis lagi.
eleh, padahal bila ada orang ajak berbicara in english, kau taknak. 


eh, time muet kan jenuh aku nak mencelah dekat 2 orang mamat yang dok syok sendiri sembang dua orang depa ja. tak nampak langsung aku kat depan tuh. aku cakap sory pun, depa buat tak tau je. panas panas. tapi seronok jugak speaking nie. haha.. nasib baik dapat tajuk yang tak susah sangat. 


tajuk yang aku dapat.


how will the welfare club help sick children?
a) read book to them
b) organised activity and games
c) help them in studies
d) collect toy and books


aku dah olah sikit sebab aku tulis apa yang aku ingat je. tapi macam tu la dia punya tajuk. aku jadi candiate D so point aku collect toy and books. ha? okay kan. pandai-pandai la goreng ayat.
finally, point aku telah dipilih. 3 out 4 bak kata syu.hehe.


sepanjang aku menunggu sampai exam muet, aku lepak rumah makdik muni.


terima kasih makdik dan uncle. =)


layan television je la sepanjang 3 hari tuh. ade sesape tau sape yang menang american next top model? molly or brittany? aku tak sempat tengok final ke final belum lagi. ntah, aku pun tak tau. 


aku sempat jugak tengok winter sonata in anime. suara orang asal tapi in anime. macam best je tapi sempat tengok satu episod je. tapi macam lagi best kalau real, lagi feeling. =D


dulu aku layan gile curious play kat anime tapi sejak asstraw dah tak bagi free siaran anime aku terpaksa lupakan semua tu. cehh, ayat.




nie pelakon berbakat curious play. hero dia kiri sekali yang duduk.
nama dia tamahome. encem tak?


dalam masa sebulan cuti ni, aku akan buat tai yik mata kat rumah. nak kerja? malas. belajar masak la dengan mak aku. umur dah 20 puluh tahun. patut dah tau banyak jenis masakan dah. tapi aku? jangan ditanya.

orang cakap kalau pandai masak suami sayang.haha. gatai noh.


lagi, aku nak layan movie kat hard disk aku.


lagi, aku nak jenguk jiran-jiran aku. bajet kau pemes?


lagi, aku nak menambahkan berat badan.


lagi, lagi dan lagi.


sampai di sini sahaja tuan blog ini berceloteh. kita jumpa lagi di lain hari dan di lain waktu.
assalamualaikum.


ramalancuaca : asal cam lain jek aku tulis ni. layan je la. =D

Saturday, October 8, 2011

7 October 2011


its been a month already.
^^

hari terakhir exam aku.

hari jadi adik aku.
malangnya aku terlupa.
betul-betul terlupa.
apa punya kakak nie..==
sory, dik.

hari aku tengok dua wayang sekaligus.
al hijab vs johny english.

al-hijab.
 tutup muka.
kawan kiri kanan lentok kat aku.
first time dengar hantu jerit.
dan ending yang ... ==
takmo bagitau.

johny english.
sangat best dan kelakar.
terutama part kerusi turun naik tu.
tapi kenapa orang lain yang dalam wayang tak gelak?
citer best tuh.
jenuh kami bertiga tahan gelak.
==

tapi.
aku tak dapat balik ipoh lagi.
rumah nie semakin hari semakin sunyi.
sorang-sorang balik.
dan keadaan sekarang nie sangat sunyi.

5 hari lagi.
ayah, mak tunggu akak.

akak dah list senarai makanan yang akak nak makan.
nanti mak masak eh?
rindu nak makan masakan mak.
terliur tengok makanan kat gerai tadi.
hehe.

cepatlah masa berlalu.

abracadabra.


ramalancuaca : nak layan movie dengan muni.. ^^


Tuesday, October 4, 2011

hey you, please be nice to me.



hey you,

maf320.

please be nice to me.

and my friends.

you are my last paper.

please do not spoil my mood at the end of
the final exam.

if you do, i will kill you.

if i can.. =='


can you be nice?

can?

ok. good. ^^



kau nak nice sangat kan?ape lagi, pi study nun.



rakan 7orang1bumbung aku ana, dah balik awal pagi tadi.
awal betul baliknyer.
nak ikut.




you, semalam pun hujan jugak kan?
hehe.



ramalancuaca : 1 more..go go chayok.. =)