Monday, April 30, 2012

I'm an ex KPTMKL


pukul 12am aku dengan cousin aku k isma dah online tak sabar nak tengok result exam. kitorang tunggu sampai 1230am tak masuk2 gak, las-las terus pejam mata. masa aku terjaga pukul 2am terus aku cek email.

alhamdulillah. usaha dan doa aku selama ni termakbul. walaupun bukan result aku yang paling the best, tapi aku tetap bersyukur sangat-sangat. aku dah berjaya tamatkan diploma aku. yeay. lepas tu terus tak boleh tido sampai pukul 4am. patutnya dah lulus lagi lena tido tapi terbalik pulak. =='

paling the best, aku dapat buat parents aku tersenyum dengan result aku nie.



love you both. thanks for being my supporters and my parents. =)

thanks jugak kat semua lecturer KPTMKL yang pernah ajar aku, semua kawan-kawan aku especially yang pernah jadi classmate aku dan kawan 7orang1bumbung aku. aku nak mintak maaf kalau selama perkenalan kita, aku dah buat korang kecik hati dengan aku. kalau ada rezeki, kita jumpa lagi. ^^



Ya Allah, aku tau Kau dah aturkan yang terbaik buat aku. aku tau banyak lagi yang aku akan hadapi lepas nie. semoga semuanya berjalan dengan baik.


buat kau, kau dan kau.
aku akan buktikan aku akan berjaya suatu hari nanti. 
 
ye, masa itu akan tiba.


ramalancuaca : terima kasih Allah.
 

Monday, April 16, 2012

test computer


pagi-pagi kami dah terpacak tunggu van dengan semangat nak buat ujian computer. sampai-sampai clerk tu cakap nama kitorang takde padahal hari jumaat aku dah kol siap bagi nama dengan ic lagi. bila kitorang bagi ic untuk daftar, internet lembap pulak. las-las clerk tu cakap, pergi je la. kalau ada adalah, kalau takde takdelah.


semangat?

habis hilang semua.
nak bukak buku pun dah malas.
duduk sembang dengan dahi kerut-kerut.
bila pakcik tu panggil nama pun tak semangat nak bangun.


tapi kaki tetap melangkah pergi.

sampai tempat buat test computer tu, kakak tu mintak ic pastu suruh tulis nama. finally, kakak tu cakap okay.


semangat?

dah datang sikit.
start tengok-tengok balik buku sampai no giliran sampai.

masuk bilik test, aircond depan kepala. beku kepala aku. 


finally, kami dah lulus.




semangat?

dah full charge balik. hehe.


banyak jugak dugaan kami hari ni. tapi semuanya berbaloi.


ramalankajicuaca : alhamdulillah. =)


Sunday, April 15, 2012

lesen


dulu lepas spm ayah suruh buat lesen
' nak buat dengan kawan yah'

las-las kau keje, die dah lepas sampai P, kau tak lepas2 lagi.
nasib.

sekarang umur kau dah 21 tahun, dah tercapai cita-cita kau nak ambil lesen. lagi-lagi tengah free, ada kawan lagi. ha, pergilah kau.



ni lah contoh lesen memandu aku. :P


doakan aku berjaya.


ramalancuaca : dah lama tak berblog. rindu.