Wednesday, June 29, 2011

fokus


Ya Allah,

aku berharap selepas aku memejamkan
mata aku malam ni,
segala kekacauan di hati aku akan berlalu pergi.
amin.



ramalancuaca : fokus nis. kau dah hilang.

Tuesday, June 28, 2011





kotak tajuk aku hilang!

x tau nak buat lagu mana.
refresh da banyak kali.
lagu tu jugak.
biaq pi la.


tadi aku baca harian metro selasa.
2 orang kawan perempuan sedang berjalan ke lrt.
salah sorang daripadanya dipukul dengan spanar.
dan dirompak. kau tahu kat mana?
CEMPAKA.
LRT CEMPAKA.
flight aku hari-hari tu.
=='

lagi satu. kes rompak gak.
tajuk dia ' lokasi ragut '.
dekat taman shamelin perkasa.
dekat dengan hostel aku dulu.
dekat dengan kolej aku.
=='


ana : weh, korang tak teringin nak pergi Genting lagi ke?
rin : tak terasa pon.
syu : nak.
nis : aku pon nak. aku tak main lagi solitaire. 
syu : solero.
( solitaire dan solero dicakap serentak dengan syu )
ana, syu, nis, rin : bahakbahakbahak.

kau cakap apa nis? mana datang solitaire kat genting? kau nak berjudi ape. hadoii.



habis kelas tadi mak aku kol.

mum : akak jadi tak balik minggu nie?
nis : tak jadi la mak. cuti seminggu tu dah ada balik. akak balik time tu je la.
mum : oo. tak jadi la minggu nie. mak saja kol nak tanya kalau jadi balik mak
           nak simpan durian dengan manggis kat akak. tak jadi balik, mak 
           habiskan la ye. 
nis : haha. habiskan je la mak.
   tapi, nak manggis. da lama tak makan. rindu. muaha.


muni ajak aku ambil semua kos sem depan. taknak extend sem.
   nak amek tak?
   nak amek tak?

ramalancuaca : dalam dilema.


Saturday, June 25, 2011

kisah hati @ ku menanti..

KISAH HATI

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

KU MENANTI

Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu
Berjuta pilihan disisiku
Takkan bisa mengantikanmu

Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu menjadi yang terbaik
Dan masih menjadi yang terbaik

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu jadi yang terbaik
Dan masih jadi yang terbaik

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Penantian panjang
Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Cintaku padamu..
Ku tetap menanti
Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu

ramalancuaca : minggu nie tggl aku dgn syu. yg lain chow cin chow. =P


Friday, June 24, 2011

cerita HARI-hari




merewang.

cerita ni dah lama. sabtu lepas. tapi aku nak cerita jugak. tak kira. 
sabtu lepas kitorang berenam pergi rumah umar ada kenduri cukur jambul dan tahlil. sambil kitorang tolong sambil kitorang dapat makan free bak kata pepatah sambil menyelam jangan lupa tangkap ikan dalam laut tu buat ikan bakar. sedap giler kot makanan lat rumah umar.

meal2 sedap : 
   sup tulang.
   ayam masak rendang.
   ikan bawal masak merah.
   keladi masak lemak + udang.
   jering masak sambal.
   tembikai.
   pecal.
   sagu kaya.
   dan macam2 lagi. 

ada banyak lagi kot. tapi tak ingat la. lauk, kuih, buah, air sampai kitorang tak larat makan nasi dah. ratah lauk je. nasib baik tuan rumah sporting. dan, terima kasih umar bawak kitorang pergi rumah kau walaupun aku tau tujuan utama nak perkenalkan pika kat family kau. haha.

      ----------------------------------------------------------------------------------------------------

juvana

dak2 rumah aku tak pernah terlepas tengok cerita nie. dan hari isnin lepas dia cerita pasal kisah hidup haris. walaupun dia buat benda tak elok, tapi dia sangat sweet. suka.haha.

     -----------------------------------------------------------------------------------------------------

ana dengar suara perempuan menjerit. masa dia intai rupanya perempuan tu kena ragut kat seberang jalan depan apartment kitorang tinggal. pukul 8 pagi. bahayanya hidup kami. 

Ya Allah, Kau lindungilah kami.

     -------------------------------------------------------------------------------------------------------

hari selasa aku lupa bawak purse pergi kolej sebab aku tukar beg. lupa nak ambil purse yang dalam beg satu lagi. patutlah aku rasa macam ada benda tertinggal. aku mesej muni mintak tolong bawakkan purse aku. tapi hari tu kitorang takda jodoh nak jumpa. bila dia free tunggu aku depan komasa aku pulak tengah ada kelas. bila aku take 5, keluar cari dia, dia dah hilang. nak kol, kredit pulak habis. pukul 2 lebih dah dekat pukul 3 baru terjumpa muni dekat surau. 

terima kasih muni bawakkan purse.
terima kasih syu pinjamkan duit untuk aku alas perut.
terima kasih rin pinjamkan aku kredit kau.
sayang korang. ^^

     -----------------------------------------------------------------------------------------------------

hari rabu kelas aku habis pukul 1 petang. hari rabu juga ada budak junior kena histeria kat kolej aku. aku sempat tengok 2 kali. tengah belajar pon dengar budak tu jerit2. masa aku tengok first time tu ustaz tengah azan. lepas ustaz habis azan, budak tu cakap.
' dah habis dah? '

bapak ah. takut lak aku. akhirnya, dari kelas habis pukul 1pm, aku sanggup tunggu dak2 rumah aku yang kelas semuanya habis pukul 5pm. takut punya pasal dengan teringat kes ragut lagi, aku rela biarpun aku harus menunggu. haha.

aku pun tak lepak sorang2, ada umar dengan wan yang ponteng kelas.
wan, jangan marah. hehe.
masa tengah lepak, ada orang call umar. pas tu, dia cakap dia ada kelas sampai pukul 7. kelas pukul 3-5pm pon kau tak pergi, tiba2 nak pergi kelas pukul 5-7pm. 

nis : bukan pika ke habis kelas 7?
kawan umar : kau kelas apa pukul 5?
umar : aku tunggu awek aku.
nis : sweetnyaaaa.
umar : aku tampar kang.

haha. malu la tu. betullah apa aku cakap. aku puji ikhlas.

rabu malam aku jadi action kamen, bunuh lipas. riuh rumah pukul 1 pagi. haha. 
terkejar-kejar kitorang dengan lipas tu. licik betul. habis keluar segala kepakaran yang selama ini dipendam.
watchaa!!

    --------------------------------------------------------------------------------------------------------
   
pagi khamis kolej aku ada wat ' seminar ' kat gua musang, kelantan. seminar la sangat. rupanya perasmian kolej kptm-kesedar yang baru kat kelantan. naik kematu ****** duduk dalam bas lama2. pergi balik hari lak tu. on the way balik tu aku tak boleh tido dengan piko. sembang dengan dia je la sambil dengar lagu. rin komen suara aku je dengar time dia tengah tido. suara piko ko tak dengar? 

haha. aku minta maaf kat kau dan kau yang lain yang tengah tidur kalau aku ganggu tidur korang.

majlis perasmian kptm - kesedar.

kptm hebat.

me.

kl-gua musang.


2 gambar nie aku buat waktu dengar ucapan orang BESAR kptm dan kesedar.
ngantuk kot. ==
    -------------------------------------------------------------------------------------------------------

jumaat.

kelas tax cancel. jenuh sharol pujuk sir. akhirnya dapat. hehe. perjumpaan mentor pon aku tak pergi. tapi syu cakap madam nak buat program bukak puasa nanti. macam best je. syu, cari tempat best2 aw.

pika cakap tadi dia mimpi kitorang satu rumah kena culik. haha, sama dengan mimpi kawan aku. dia mimpi aku kena culik. pas tu orang jahat tu nak buat benda tak elok kat aku.

' habis, kau la yang selamatkan aku '
' ye la. tapi acu sempat lari. acik yang kena bunuh. '

haha. drama betol mimpi ko tu..==

mak aku mesej. lala dah hilang. lepas dia keluar malam semalam tak balik.

aku rindu lala. kenapa lala hilang?
nanti sapa nak teman mak aku?
sapa lagi nak main dengan adik ngan ayah aku?
dan aku?
pulanglah.
;(

entry yang aku pernah buat pasal lala. tekan sini.

ramalancuaca : malam nie pasar malam.


Sunday, June 19, 2011

for you, dad. =)




i remember,
dulu ayah aku garang.
kadang2 aku takut dengan ayah aku.
aku ingat lagi peristiwa waktu aku terlepas adik aku dari pegangan aku.
aku hampir di...
tapi nasib ayah aku masih fikirkan aku.
jadi aku terlepas dari hukuman itu.
terima kasih ayah. =)

i remember,
dulu waktu aku masih sekolah lagi.
aku selalu ikut ayah aku pergi tempat kerja dia.
tengok macam mana dia buat kerja.
tengok macam mana dia perah keringat dia.
tengok macam mana dia mencari rezeki.
untuk kami anak beranak.
terima kasih ayah. =)

i remember,
dulu waktu adik aku pergi.
mak aku paling sedih.
ayah aku yang tenangkan mak aku.
aku tau dia jugak sedih.
tapi sedaya upaya dia sembunyikan.
mak aku pernah cerita.
macam mana susahnya mereka dulu ulang-alik dari ipoh ke kl
untuk mengubati adik aku.
tatkala hospital ipoh masih belum punya pakar yang cukup.
hujan panas mereka redah.
walaupun akhirnya ALLAH lebih menyayangi adik aku.
terima kasih ayah. =)

i remember,
waktu ayah aku masuk hospital.
waktu ayah aku koma dulu.
aku tak dapat bayangkan kalau ayah aku takda.
aku tak dapat bayangkan apa yang akan terjadi.
aku masih belum bersedia untuk semua tu.
syukur, ayah aku masih bertahan.
terima kasih ayah. =)
dan, terima kasih ALLAH.

i remember,
ayah aku dah semakin kurang garang sekarang.
haha. tapi jangan la naikkan darahnya.
cakap je kat ayah aku nak pergi mana.
jom! mesti ayah aku bawak.
tak pernah dia tolak.
sampai sanggup hantar aku pergi kl
dan balik hari ke ipoh balik.
terima kasih ayah. =)

kasih sayang ayah akan sentiasa akak kenang.
sayang ayah.
terima kasih sekali lagi.

ramalancuaca : yah, jangan touching..haha.. ^^,

Thursday, June 16, 2011

surat layang dari rumah sebelah.



sedang aku bersembang dengan mak aku, aku ternampak sehelai kertas
di bawah pintu rumah kami. aku pon ambil dan baca.
rupanya, jiran kami yang bagi surat tu.
dengan niat ingin berkawan.
siap bagi emel facebook ngan no telefon lagi. 
tapi bila bukak fb dia cam tak pernah tengok je.
muni dengan ana cakap dorang pernah nampak.
haa! kalau macam tu mesti dia nak kenal salah sorang dari korang. haha.

tapi maaflah.
kami tidak ingin menjalinkan hubungan jarak dekat.
haha. tak la. kami anggap anda sebagai jiran sahaja.

cakap pasal jiran, jarang giler aku nampak jiran-jiran kat umah aku nie.
walaupun hari-hari aku keluar masuk rumah, tapi batang hidung pon tak 
nampak. lagi-lagi rumah sebelah aku ni, tak tau la family ke, 
perempuan bujang ke, apa ke. yang selalu dengar dentam dentum bunyi lagu 
kat rumah dia. boleh dikatakan sepanjang sem berlalu, dalam 4 ke 5 kali 
je jumpa orang sebelah ni. 

sorang je jiran yang ok dengan kami. kak Ila. itupun sebab kami pernah 
berkunjung ke rumah dia lepas dia jemput sebab buat open house.
tapi sekarang pon da jarang nampak dia.

tapi nasib baik selama kami kat kawasan kejiranan sini tak pernah la 
terjadi apa-apa kecuali surat layang tu. kami bising macam mana 
pon, gelak macam mana pon, tak pernah kena tegur.
memang kami tidak dipedulikan langsung di sini.
sukati engkau la nak buat apa pun.

kalau kat rumah kawan aku dorang selalu kena tegur sebab bising.
walaupun dorang tingkat 7, guard bawah siap bagi warning lagi.
sebab? bising.


ramalancuaca : kenalilah jiran anda.=P

Wednesday, June 15, 2011

mom, i love you.


17July 1991.

Hospital Besar Ipoh.
seorang ibu bersusah payah melahirkan seorang anak perempuan.
dengan harapan yang sangat besar. supaya anaknya menjadi seorang yang
berguna di masa hadapan. 

15 June 2011

anak perempuannya dah 20 tahun. dah besar. ibunya juga semakin meningkat
 dewasa. masih aktif. masih berusaha mencari rezeki untuk menampung
 keperluan hidup membantu suami tercinta. anak-anaknya diutamakan. 
tidak mengapa jika keperluan diri diketepikan. janji anak-anaknya
 mendapat apa yang diingini. 

 ibu yang sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarganya yang tercinta. 
bila sedih, sedaya upaya disembunyikan. walaupun kadang-kadang nampak
dari air mukanya yang tidak dapat disembunyikan. 
semoga kebahagiaan sentiasa menjadi miliknya.
semoga hidupnya sentiasa diberkati dunia dan akhirat.
amin.

mak, ingat lagi tak?
dulu akak pernah buat mak menangis kan?
lepas tu, akak dah janji ngan diri akak taknak buat mak menangis lagi.
tapi kalau ada, akak nak minta maaf.
janji tak buat lagi.
hehe.

mak yang sporting.
mak yang best.
mak yang masak sedap.
mak yang tolong jahit baju.
mak yang dengar ape-ape yang akak bebel.
mak yang suka membebel jugak.
mak yang tahu isi hati akak.
semuanya mak la.

selamat hari jadi mak.
semoga mak panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki.
akak sayang mak.
sayang sangat.

Ya Allah.
Kau lindungilah mak aku.

lepas aku wish kat mak aku, mak aku call.

' mak, nak hadiah ape? '
' mak nak banglo. '
' haha. amboi demand. '
' hehe..apa2 je la. tak kisah. '
' kalau cam tu, akak bagi kasih sayang je la. '
' issh, kasih sayang tu wajib. hadiah lain. '

haha. akak bagi hadiah menantu la kat mak.
nak? =P


happy birthday. ^^


ramalancuaca : nanti nak post sal ayah lak.hehe.



Tuesday, June 14, 2011

kl gangster ke sg. pangsun.

Jumaat. 10 Jun 2011

nhi : nin. 20sen.
nin : aku ada rm50 je.nah.
nhi : boleh. tapi keep the change la ye.
nin : mana boleh. meh balik rm49.80sen.
nhi : eee. takpe la.

tiba2,

fai : korang ni kenapa?
nhi : takde pape. rahsia.
fai : alaa. aku tau. 20sen kan. aku tengok muka kau aku tau da mesti nak mintak 20 sen.

haha..sengal. dia cakap muka aku muka 20sen.




Sabtu. 11 Jun 2011

10am - aku terjaga. meluru masuk ke tandas untuk menunaikan hajat kecil. ternampak muni bersiap-siap untuk keluar. belit shawl sana, belit sini, akhirnya kembali ke rupa asal. tiada kenginan untuk tidur semula.
beberapa minit selepas itu, muni keluar. ingin berjumpa encik ----m.

11am - bunyi phone rin bertalu-talu. tapi tiada tanda dia nak angkat. aku angkat. berborak sekejap dengan si pemanggil. pagi2 aku da kena ' begau '.. =='
rin bangun. bersiap untuk keluar jugak. dengan si pemanggil. encik ---m.

1pm -
ana : nis. kau tak nak keluar ke? aku nak keluar nie pergi masjid jamek. pas tu jumpa kakak aku.
nhi : tak tau la.pika?
ana : pika pon tak tau. dia tanya kau.
nhi : wani?
ana : dia pagi2 pukul 8 da keluar dengan d---.
nhi : oo.. aku tak tau la. tanya pika la.

pika : nis, nak keluar tak? tinggal kita dua je.
nhi : jom je la.

sampai ts, jumpa kawan lama. rupanya, waktu sekolah rendah dia sama kelas dengan aku. waktu sekolah menengah pulak, dia sama sekolah dengan pika. patut macam kenal. meronggeng la bersama dia dan adik-adiknya. beli tiket kl gangster untuk 5 orang. dapat seat c13-c17.waktu makan ' kawan lama ' ni tanya aku.

wani : yang tu shafiqah kan?
nhi : aah.
wani : kau nur hanis izzati kan?
nhi : angguk2. ( muka teruja )
dalam hati : bapak ah. dia ingat nama penuh aku. sekolah rendah pulak tu. aku pon tak ingat nama penuh dia. aku sure nama dia wani pon lepas aku ingat sikit2 ngan make surekan dengan pika. =P


aku suka sembang dengan adik wani, danial. baru darjah 2 tapi peramah giler. tak macam abang dia. tanya sepatah jawab sepatah. lepas tu suka jalan sorang-sorang. setiap orang memang lain2.

danial : kak, danial suka ultraman mebius. dia lawan dush dush dush dush. siap buat gaya sekali.
nhi : oo. tapi akak suka ultraman tiga.
danial : ultraman tiga pon danial suka jugak. tapi danial lagi suka ultraman mebius ngan ultraman gaia.
nhi : akak suka ultraman tiga je. akak suka hero dia.haha.

lagi satu aku suka cara danial jawab bila aku tanya soalan ni.

nhi : akak ngan kak pika pon adik beradik gak. cer tengok kitorang.
danial : tak. akak bukan adik beradik.
nhi : nape pulak?
danial : sebab muka akak lain-lain.
biasanya budak2 jenis terus terang. jarang tipu. aku ingat dia nak jawab ' sebab akak nie cerah, akak nie gelap sikit '. tapi at last dia jawab ' muka lain2 '. tu yang aku suka tu. haha.

p/s : mulanya aku tak sure ana keluar dengan sapa.aku ingat ana nak jumpa kakak dia. lepas tu, tiba2 aku dengar cerita dia terjumpa sir firdaus dengan tunang dia kat jalan tar. rupanya dia keluar dengan encik ----m-. siap kena bahan kat kelas. kantoi.. hehe..




Ahad. 12 Jun 2011






pagi ni kitorang pergi picnic kat sg. pangsun. mandi manda, makan-makan dan bergurau senda. masa nak keluar dari sungai tu kena lalu kat satu jambatan ngan merentas sungai. waktu nak rentas sungai tu, selipar aku  terlepas dari kaki aku. laju giler air sungai bawak selipar tu. nasib baik selipar tu tersekat kat satu pokok. pakwe kawan aku pon turun pergi ambil selipar tu. kalau tak berkaki ayam la kaki kiri aku.haih. clumsy la kau nis.

petang tu singgah ampang point main boling, makan2 pas tu balik.

p/s : terima kasih tumpangkan saya dan kami encik ---m-. ^^


ramalancuaca : buka tak mau ajak. malu.haha.



Friday, June 10, 2011

nak post tapi takde idea nak tulis ape..=='



nak citer pasal hati iblis la.
tengok.
special betul kau sampai aku post entry pasal kau.
hati iblis komen dekat chatbox aku.
blog ko semakin menarik walau ko suka merepek. hahahaha '

walaupon aku tak kenal kau tapi aku sangat appreciate komen kau.
tapi mungkin jugak aku kenal kau.
kau kenal aku kan?
=P

cuba letak nama elok2 sikit.
letak la nama betul.
dengan link sekali.
boleh aku melawat kau pulak.
hehe.
semangat aku nak menulis kat blog.

assignment belambak.
tapi MALAS.

Ya Allah.
NIS. bangun NIS. bangun.
pergi buat assignment kau sekarang!
pergi cepatttttttt..

baik..

ramalancuaca : semangat. datanglah.


Tuesday, June 7, 2011

i need you, really.


hari tu kami berempat pergi ke kajang menaiki ktm. pergi pulak time2 orang balik kerja, balik kampung.
memang tak payah cakap berapa ramai yang menunggu. beratur.
tiba2 semua orang bangun serbu tempat menunggu. 
kami yang tak tau pape pon ikot je la.
padahal kepala ktm pon tak nampak. 
mungkin gerak hati diorang yang menggesa diorang berbuat begitu.

3 ktm kami terlepas. nak ulang? tiga
dari pukul 430pm sampai 640pm kami menunggu. 
dan terus menunggu. 
bila dah tunggu betul2 kat pintu masuk pakcik yang bawak ktm berhenti kat tempat lain pulak.
terlepas lagi. akhirnya, ktm yang ke-4 datang dan benteng pintu coach wanita di sebelah kiri kosong.

apa lagi, serbu.
dengan aku mengetuai benteng di sebelah kiri, aku mencari peluang untuk masuk. 
berbekalkan kekuatan muni dan syu yang memegang tangan rin, 
akhirnya kami berjaya memecahkan benteng lawan.
dan GOLLLLLLLL..

dia suruh aku bagi dia peluang sekali lagi. maaf, aku takde jawapan untuk itu. 
biarlah masa yang menetukan.

ayah. mak.
bahu akak sakit lagi.
kalau ada kat rumah, mesti ayah ngan mak boleh tolong picit kan.
nak nanges boleh?



ramalancuaca : air sungai mengalir tatkala mereka sedang hanyut dibuai mimpi.


Saturday, June 4, 2011

sakit hati, tulang sendiri

assalamualaikum. tadi terbaca satu kisah menarik.saja nak kongsi. =)
sumber : iluvislam

WANITASiapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKIKamu!!!
WANITAMenurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kes ibubapa dan  masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran.WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: belum
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz
"Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.....

ramalancuaca : berfikir sblm berkata kerana perkataan selalunya tidak setimpal dengan akibat yg akan diterima.

Thursday, June 2, 2011

nak baca entry kelakar?

semalam bangun pukul 8 pagi semata-mata ingin mencari sebaldi air.
hari nie bangun pukul 5 45 pagi semata-mata ingin membasahkan sekujur tubuh.
hasilnya, lewat juga sampai ke kelas.
nasib baik tiada soalan-soalan kebiasaan.
' kenapa awak lambat? '

air, pulanglah engkau ke tempat asalmu.
dah dua hari engkau biarkan tuanmu terbantut menunaikan hajat alam.
aku seru engkau.
waterrrrrrrrrrrrrrr...

hari pertama serbu rumah qjey dan farah.
time kasih. ^^

hari kedua serbu rumah wanie.
siap bermalam lagi.
kamsahamnida.
sarangae. ^^

hari nie serbu rumah makdik muni pulak.
nak pi makan steamboat.
muni, jangan lupa tinggalkan kenangan kita kat kptm bangi. =P

nie die entry kelakar.
sesuai untuk orang-orang yang kurang pendengaran.
bukan pekak.
kalau tak kelakar, kau buat entry kelakar sendiri.




ramalancuaca : semalam jadi pekerja tak rasmi. pijak belakang badan muni ngan wani. muni kata sedappp. wani kata sakittt. tapi yang keluar anginnye, aku.. =='