Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday, December 31, 2011

year 2012






azam 2012?


takde kot.
 aku just berharap aku akan menjadi seorang yang lebih baik, lebih berjaya, lebih berjasa, lebih berguna dan lebih diredhai.

amin.


ramalancuaca : selamat tahun 2012. =)

Thursday, December 29, 2011

Tahun Melawat Perak 2012 ( part 2 )







1.  Hutan Simpan Royal Belum



Royal Belum yang merupakan sebuah hutan dara yang luas dan merupakan salah satu kawasan hutan simpan terbesar di Semenanjung yang tidak pernah diterokai oleh manusia. Kehadiran spesis haiwan mamalia yang besar di sini seperti gajah, badak sumbu, tapir dan harimau menjadikan Hutan Belum sebuah hutan simpan yang amat istimewa. Hutan ini kaya dengan haiwan dan tumbuhan yang mengagumkan yang mana banyak kawasan di sini belum pernah di teroka atau diganggu oleh kehadiran manusia. Royal Belum bukan sahaja sebagai pintu gerbang tetapi rumah kepada khazanah alam semula jadi yang unik dan penting.




macam-macam aktiviti jugak boleh buat dekat sini. kita boleh merentas hutan, bermalam di bumbun, melawat perkampungan orang asli, memancing, menaiki bot, berkhemah, berenang, berakit dengan mandi air terjun. kemudahan pun banyak disediakan. 

aku tak pernah pergi lagi tapi aku pernah baca pengalaman seorang penulis novel kat hutan simpan royal belum ni. macam best je. teringin pulak aku nak pergi satu hari nanti.



2. Kolam air panas Sungai Klah







Rupa asal TRAP Sungai Klah ada 2 sides sebenarnya. first, Kolam Air Gunung . second, Kolam Air Panas. dulu-dulu, kat Kolam Air Gunung nie ada replika sotong gergasi. tapi sekarang dah takde sebab kononnya ada yang mendakwa pernah nampak mata sotong tu berkelip dan bila berkelip, akan menyusul la kejadian yang tak diingini seperti lemas. untuk mengelakkan pelbagai spekulasi yang semakin tahyul so, pihak management buang sotong tu.




seronok la untuk beriadah bersama keluarga di hujung minggu.


3. Bukit Merah Laketown Resort

bukit merah ni dibina pada tahun 1995 dan salah satu taman air rekreasi yang ada kat perak. pelbagai aktiviti air yang ada kat sini selain daripada bermandi manda. antara game yang best kat sini ialah giant wave pool, games pool, adult and children's slow river rides, kid's water playground, giant bubble, three giant water flume rides, three raft tube rides and twin speed slides. aktiviti darat pun ada contoh macam kereta yang main langgar-langgar tu. 

salah satu yang best kat sini sebab ada tasik around bukit merah tu. kalau korang taknak mandi, boleh lepak tepi tasik tu bagi ikan makan atau jalan kat atas titi yang menakutkan tu untuk tengok pemandangan.









4. Lost World of Tambun






taman air rekreasi lost world of tambun ni antara tarikan paling latest dari sunway city ipoh.  taman yang terletak dekat kawasan bukit bukau hijau dan bukit batu kapur ada banyak aktiviti yang best untuk korang cuba. 

antara salah satu tarikan dia ialah sungai adventure yang merupakan taman air terpanjang dan kita boleh tengok senibina landskap sepanjang sungai tu. selain tu ada cliff racer, explorebay, jungle wave bay, tube raiders, tiger valley, tambun hot springs yang dikatakan 100% air mata semulajadi dan kaya dengan mineral yang dipercayai dapat menyegarkan seluruh tubuh korang dan macam-macam lagi.

jadi, meh datang meh.


5. Kuala Gula






Kuala Gula merupakan sebuah perkampungan nelayan terletak di persisiran pantai utara negeri Perak, kira-kira 50 km dari barat laut Bandar Taiping. Ianya merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Paya Laut Matang yang terdiri daripada hutan bakau dan kawasan pantai berlumpur. Kawasan ini penting sebagai kawasan mencari makan untuk burung-burung berhijrah dan tempat bertelur untuk burung residen. Kuala Gula telah terkenal di peringkat tempatan dan antarabangsa terutamanya kepada pemerhati burung kerana ianya amat signifikan dengan kewujudan burung air/berhijrah. Ramai pelawat tempatan dan antarabangsa seperti Amerika Syarikat, Australia, Eropah, Jepun dan negara lain datang ke Kuala Gula untuk melihat burung-burung ini.


naik bot sambil lihat burung-burung.

kiranya kat kuala gula ni tempat yang burung akan singgah dari pelbagai negara masa musim migrasi. selain dari pelbagai jenis burung, korang boleh jugak tengok memerang, beruk yang berekor panjang ngan monyet. ke dah selalu tengok?

kalau korang berbasib baik, korang boleh tengok kelibat ikan lumba-lumba rabung-balik ( translate google ) masa dalam perjalanan naik bot. lepas matahari terbenam biasanya banyak kunang-kunang akan bercahaya sepanjang tepi jalan dan mengucapkan selamat tinggal. =)


ramalancuaca : minggu yang akan menyibukkan diri.

Wednesday, December 28, 2011

Tahun Melawat Perak 2012 ( part 1 )





korang tau tak tahun 2012 tahun melawat perak?

bagi yang tak tau, nih aku nak habaq mai. bagi yang belum pernah menjejakkan kaki kat negeri perak atau datang jejak melawat sedara mara je tapi tak pergi jejalan, ni lah masanya. ajak family, kawan-kawan, sedara mara dan sesape la yang korang nak ajak datang melancong kat sini. macam-macam ada. antara tempat2 yang menarik kat perak :


1. Gunung Lang




ni antara yang boleh tahan dekat jugak la dengan rumah aku. gunung lang ni terletak dekat jalan kuala kangsar. bukan kat kuala kangsar tapi jalan kuala kangsar. taman rekreasi gunung lang ni tasik buatan manusia. so, kalau korang pergi air terjun dia pasang memang rezeki korang la. kalau air terjun dia tak pasang datang lagi lain kali ye. aku pernah pergi sekali dengan kawan aku dulu. tapi aku tak sempat naik bot untuk keliling tasik sebab dah lewat sangat. kadang-kadang pasangan yang baru kahwin pun suka photoshoot dekat sini.

ni bukti yang menunjukkan aku pernah menjejakkan kaki kat sini. 


2. Teluk Batik

teluk batik ni terletak 6km dari pekan lumut. kalau dari rumah aku dalam sejam setengah ke 2jam. ni salah satu tempat yang terkenal kat lumut dan boleh sampai dengan menaiki kereta berbanding pulau pangkor yang kena naik feri dalam 15 minit sebelum sampai destinasi. 


teluk batik

kali terakhir aku pergi teluk batik ialah pagi tadi. aku pergi dengan parents aku ngan sepupu aku sorang. mula-mula ingat tak nak mandi tapi macam tak best lak kalau pergi berkelah kat laut tapi tak mandi sekali. alang-alang sepupu aku pun nak mandi, aku pun ikut la sekali.

dengan matahari terpacak atas kepala, aku berlari bersuka ria bersenang lenang bermandi manda kat laut. lepas tu dah sedap-sedap mandi sampai lupa dunia, naik jap pergi kat mak,

' mak, gelap tak? '
' tak la. bese je '

okay. lari masuk laut balik. dah mandi lagi sejam,

' mak, gelap tak? '
' tak. okay je. '

okay. dah puas dapat berkelah mandi laut semua, kitorang pun balik. sesampai je ipoh,

' mak, dah gelap '
' hahaha.. '
' ==" '


3. Pulau Pangkor






nak pergi pulau pangkor ni pulak kena naik feri dari jeti kat lumut. pemandangan kat pulau pangkor ni pun cantik jugak tapi time aku pergi masa cuti sem lepas dia ada nak upgrade apa ntah kat tepi pantai tuh. macam menyemak jugak la. tapi takpe, mungkin sekarang benda tu dah siap. so, datang la cuti nanti. 

ni TANDA aku pernah datang pulau pangkor.


4. Kuala Kangsar

kuala kangsar ni antara tempat yang aku selalu singgah jugak la sebab ada kampung dengan ramai jugak sedara mara belah ayah aku kat situ. selalunya kalau singgah kat kampung ulu kenas mesti nak singgah pekan kuala kangsar jugak. 

kat kuala kangsar nie banyak tempat bersejarah contohnya macam masjid ubudiah salah satu masjid yang terkenal kat malaysia yang terletak kat bukit chandan, istana kenangan, menara jam, malay college kuala kangsar, galeri sultan azlan shah yang dahulunya adalah sebuah istana iaitu istana ulu dan pekan kuala kangsar tu sendiri yang mana kita boleh jalan-jalan beli souvenirs dan antara makanan yang orang mesti makan kat situ ialah laksa dan cendol dia.



masjid ubudiah


istana ulu yang diubah menjadi galeri sultan azlan shah.


5. Taiping






lake garden


taiping ni pun aku selalu pergi sebab kampung mak aku kat batu kurau. sebelum sampai batu kurau kena lalu kat taiping dulu. kadang-kadang family aku suka berkelah kat lake garden taiping ni sebab tasik dia cantik. selain melihat panorama hijau, kita boleh jogging, buat aktiviti kat atas tasik yang kayuh-kayuh tu atau just jalan-jalan tengok pemandangan. tempat yang best la untuk chill dengan kawan atau family.

dekat kawasan situ ada zoo taiping. yang terkenal kat zoo taiping ni night safari dia yang kita boleh tengok apa haiwan tu buat waktu malam. kita gak boleh tengok keindahan dan keaslian semulajadi waktu malam. 

kat pekan taiping ada satu kedai jual pasembor yang bagi aku memang sedap. family aku selalu singgah makan pasembor kat situ. dia kat kawasan kedai makan melayu sebelah kawasan kedai makan cina. 

selain taman tasik taiping dengan zoo taiping, ada jugak muzium taiping, penjara tertua taiping, hutan paya matang ngan bukit larut.





kalau korang nak naik sampai puncak kena naik land rover yang disediakan oleh pejabat taman peranginan bukit larut, tak boleh naik kereta sendiri nanti semput enjin. jalan yang akan dilalui pulak kecil ngan curam. agak-agak kalau larat hiking la jalan kaki. hehe.

aku pernah pergi bukit larut tapi dulu la time aku kecik lagi. aku ada ajak mak aku pergi lagi tapi tak tau la bila. suatu hari nanti.


p/s : nanti aku sambung lagi.


ramalancuaca : drama menyentuh hati penutup 2011 : TENTANG DHIA. 


Tuesday, December 27, 2011

ulu kenas, kuala kangsar.


petang ahad.

anak dara : yah, jom balik kampung kutip buah manggis.
ayah si dara : mana ada buah manggis kat kampung nak.
anak dara : ouh, ye ke. ingatkan ada. takpelah kalau macam tu.
ayah si dara :  nanti ayah try tanya kawan ayah.

isnin.

mak si dara : ni mak dah beli buah manggis untuk kamu. mak beli dengan pokok dia sekali. pergi tanam kat kampung.
anak dara : bila nak pergi tanam yah?
ayah si dara : esok pagi kita pergi.
anak dara : tersenyum lebar.

selasa.

inilah hasilnya...



pokok manggis yang aku tanam. lagi satu adik aku tanam.
kita lihat hasilnya nanti.

jaga diri bebaik ye pokok. berbuah banyak2 aw.



ni rumah dekat tanah kampung tu. ada family sewa.



ni kawasan belakang rumah. still bersemak samun lagi.


pokok cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan.

tapi buah cempedaknya tak masak lagi.


my dad's car.




lepas siap semua tadi, kitorang sempat singgah pekan kuala kangsar pekena ikan bakar dengan kuah asam dia..perghh..sedap kot. sebelum balik sempat la jalan-jalan kejap kat situ. bila nampak labu sayong, teringat dalam kelas ETR hari tu lecturer tanya  'labu sayong terkenal dekat mana?'

aku yang satu-satunya orang perak kat dalam kelas tu boleh terdiam. tak jawab. padahal budak-budak lain dah merapu sampai ke negeri mana ntah. 

macam mana aku boleh terlupa. kat perak la. kuala kangsar, perak. hishh, cemana nak promote negeri perak nis oi??? 

sori ye mak ayah, opah atuk, pakcik makcik, sultan, menteri-menteri, mufti-mufti. nanti saya masuk kelas special belajar pasal negeri perak. ^^


ramalancuaca : geram pulak tengok mak si zikir tu..


Saturday, December 24, 2011

untuk orang yang disayangi


aku dah boleh bukak balik blog aku nie. hehe.
terima kasih kepada semua yang membantu.
sayang korang. ^^





---------------------------------------------------------------------------------------


happy belated birthday haireen nurjana & munirah musa.


haireen nurjana khairodin @ rin.

1. seorang yang pendiam waktu aku mula-mula kenal dulu.
2. menjadi partner tidur aku dari dulu sampai sekarang.
3. ayat femes kalau dia berjaya buat sesuatu ' bagus rin '.
4. ayat femes kalau dia tak berjaya buat sesuatu ' jana, cuba lagi '.
5. salah satu telinga aku. 
6. cantik.
7. sangat sukakan penakut dengan lipas.
8. seorang yang ceria luaran tapi at some time menangis tak berlagu jugak.
9. perlukan seorang pemimpin untuk memimpin dirinya.
10. sayang kau.



munirah musa @ muni

1. seorang yang ceria.
2. suka mengusik orang.
3. suka tengok orang ketawa dengan lawak dia.
4. suka berseorangan bila sedang berkecil hati.
5. membawa diri ke TS bila sedang berduka.
6. seorang yang sangat mudah terkejut.
7. mempunyai mata yang sangat besar dan bulat.
8. mempunyai masa hadapan yang terjamin. haha.
9. berpengalaman. :P
10. sayang kau.




gambar dolu-dolu.


aku berdoa untuk korang semoga korang berjaya dalam hidup, bahagia dunia akhirat dan dan menjadi insan yang sentiasa dirahmati olehNya. 

























dan untuk kawan-kawan 7orang 1bumbung, happy belated birthday. maybe this is our last birthday celebration together but maybe there is another celebration for us. one day maybe?

sayang korang.
always remember that.


ramalancuaca : mood cuti.

Monday, December 19, 2011

ada sesiapa yang nak bantu saya?


sekarang aku tak boleh preview blog aku sendiri. setakat boleh bukak dashboard dan tekan update. tapi tak boleh preview. bila tekan link, dia akan keluar link yang lain. 
tapi ada sesetengah laptop yang boleh bukak. 

tapi kalau owner blog sendiri tak boleh bukak, gimana?

ada sesiapa.. yang nak bantu aku?





serius aku nak update pasal korang. aku nak buat entry khas untuk birthday girl yang 2 orang ni dengan sambutan birthday terakhir kita. tapi......


ada sesiapa?


ramalancuaca : love this blog so much. ;)


Tuesday, December 13, 2011

that man








One man loves you
That man loves you wholeheartedly
He follows you around like a shadow everyday
That man is laughing and crying


Just how much…

How much more do I have to stare at you alone
This love that came like the wind
This beggar-like love
If I continue this way, will you love me?


Just come a little nearer…

a little more
If I take one step closer to you, then you take two steps back
I who love you am next to you now
That man is crying.

That man is timid
So he learned how to laugh
That man has many stories that he can't even tell his best friend
So his heart is full of tears


That's why, That man
You,

He loved you
Because you are just same as him


Yet another fool, yet another fool
Can't you hug me before you go?
I want to receive love, baby


Everyday in my heart,
Just in my heart,
I shout and
That man is next to her even today.

Do you know That man is me?
You're not pretending that you don't know, right?
You really don't know cause you're a fool.

Just how much... 

How much more do I have to stare at you alone
This love that’s like a fool
This beggar-like love
If I continue this way, will you love me?


Just come a little nearer...a little more...
If I take one step closer to you, then you take two steps back
I who love you is next to you now
That man is crying.







ramalancuaca : tapi tajuk video ni that woman.. ^^

Friday, December 9, 2011

nasal congestion


cannot bear it when i have to srohh srohh every minute.

sampaikan tidur pun terganggu. 

the worst part bila ko tengah tidur dengan sebelah hidung ko tersumbat, tibe-tibe ko terjaga hidung yang tersumbat tu telah mengeluarkan cecair tanpa disedari. 

aigoo..  ==





ramalancuaca : nasib baik demam dah okay..
                       

Tuesday, December 6, 2011

penangan ombak rindu


paper semua komen best.
facebook semua komen best.
mulut ke mulut semua komen best.


dari dulu lagi aku dah minat penulisan fauziah ashari dari pergilah sepi, ombak rindu, setia menanti, cinta tiada akhirnya sambungan kepada ombak rindu dan rindu cintaku sambungan cinta tiada akhirnya. 




tadi aku pergi tengok wayang pun memang fullhouse giler. 

tapi, maybe sebab expectation aku sangat-sangat tinggi, jadi aku rasa filem ombak rindu tadi tidaklah sebest giler seperti yang digambarkan.

dengan banyak potongan babaknye. dengan bab kelakar yang tak sempat feeling nak masuk.

nasib baik lagu dia best.


bagi aku, novel asal dia lebih mencengkam hati aku.

ye, mungkin susah nak translatekan sebijik-sebijik dari novel ke filem tapi still aku lebih suka novel dia. mungkin kalau drama bersiri lagi best kot. maybe?


ramalancuaca : tak sabar nak tunggu drama bicara hati yang diadaptasikan dari novel jugak oleh pengarah yang sama. eh, asyik adaptasi novel je?

Sunday, December 4, 2011

kepulangan yang disambut


hari jumaat parents aku datang ambil aku kat rumah sewa pergi puchong. tidur kat rumah makcik aku. mak aku siap datang bawak makanan favourite aku lagi. hehe. thanks mom.

tepat pukul 2.15am hari sabtu, makyang aku selamat mendarat di KLIA dan keluar di balai ketibaan dalam pukul 3am camtu. dia baru selesai menunaikan ibadat di mekah selama lebih kurang sebulan. first time jugak la kaki aku menjejak KLIA ni. seronok tengok ramai orang tertunggu-tunggu orang yang bakal disambut. ada yang menjerit-jerit panggil, melambai-lambai, pastu salam peluk cium sambil diiringi air mata. 

tapi aku ade perasan sepasang atuk nenek ni dari aku datang sampai aku nak balik, dorang macam tercari-cari seseorang, asyik tengok sekeliling, berdiri kat depan tempat ketibaan tapi takde sape pun yang dekat. mungkin anak dorang datang lambat sikit kot. tapi still cam sayu je hati aku tengok dorang.









 pagi tu aku tidur dalam pukul 5am pastu bangun balik dalam pukul 9am. then, tolong makcik-makcik aku kat dapur, teman cousin aku pergi pasar plus kerja yang patut anak dara buat la. macam-macam lauk kitorang masak. ramai orang datang melawat makcik aku kat rumah and seronok dengar pengalaman dorang pergi mekah. 

hari ni pun sama, lauk yang makcik-makcik aku masak macam nak buat kenduri. dorang masak kari ikan, udang sambal petai, ayam goreng special, siput sedut masak lemak, sayur. plus ada dadih yang cousin aku buat sendiri, cheese cake. memang makan je la kerja aku 3 hari tu ganti aku tak dapat ikut budak rumah aku pergi pc fair kt KLCC dengan jomheboh kat bukit jalil. haha.

nasib baik dorang tangguh tengok ombak rindu next week, kalau tak lagi tertekan aku. ==


ramalancuaca : semua komen best and dorang menangis tengok ombak rindu, tak sabar nak pergi tengok.