Sunday, July 31, 2011

Ketibaan bulan Ramadhan.



weekend yang sangat memenatkan kerana study untuk test-test yang akan
menentukan masa depan kami. moga-moga semuanya lulus dan tidak akan 
meninggalkan sebarang cela yang boleh melemahkan jiwa.



sangat-sangat-sangat penat.

baru-baru ni perut aku selalu sakit. mungkin disebabkan tidak mengikut 
jadual makan yang betul.breakfast dah hilang.kadang-kadang pukul 10am. 
kadang-kadang terus tunggu tengah hari menjelma. kadang-kadang dah
makan pagi, terus biarkan perut meronta sampai ke malam. 

tadi pon sama. sampai pukul 5pm hanya mengisi perut dengan
sebungkus roti coklat rm0.70 dan sedikit air masak. sampai
sakit belakang badan aku sebab lapar.

pelik kan? 
aku kalau lapar sangat mesti sampai sakit belakang badan.

maaf ye perut, lepas ni aku jaga kau elok-elok.

disebabkan itu, kami pergi melantak dekat KL sentral.
jauh tuh semata-mata nak melantak?


skandal baru muni. haha.

oh, esok puasa. jadi, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada
semua umat Islam di seluruh dunia terutama kepada family aku dan 
kawanKawan aku. aku juga ingin meminta maaf jika aku pernah
terkasar bahasa, mengecilkan hati, tersilap bicara, dan semuanyalah.

semoga bulan ramadhan kali ini dan InsyaAllah yang seterusnya 
memberi seribu erti dan keberkatan kepada kita semua. 

SELAMAT BERPUASA.

ramalancuaca : jam menunjukkan 1234am. perut aku sudah berbunyi lagi.



Thursday, July 28, 2011

i'm proud


I'm counting on you.
and you.

go! go! Malaysia.







85000 ribu tiket terjual uh.
nie aku tangkap kat bukit jalil tadi.haha.



go safee sali.


jangan main macam ni..=D

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

game is over dengan keputusan 1-1 dengan aggregate berpihak pada
singapore 6-4. takpelah, mungkin takde rezeki lagi.

seronok aku jerit dengan budak-budak rumah aku waktu safee dapat gol.
seronok kitorang tepuk tangan waktu khairul fahmi dapat tangkap bola.

whatever it is.

LOVE TO BE MALAYSIAN.




ramalancuaca : singapore asyik2 jatuh jek..==



Saturday, July 23, 2011

TakNak Balik boleh?



malam sabtu lepas kawanKawan aku buat kejutan kat aku.
mereka : na, sarah, trah, tiqa dan adik, bed, syed and ikram.

berbekalkan 2 kereta dan 1 motor, mereka singgah di rumah opah aku membawa bekalan yang telah disediakan sendiri oleh mereka. 

terima kasih mereka..=)

nak tunjuk gambar, sampai sekarang mereka tak upload. 
nak mintak gambar, sampai sekarang aku tak jawab panggilan dia.
maaflah, bukan taknak jawab, tapi nantilah.


hadiah yang aku dapat.

1. teddy bear yang warna coklat terang. yang coklat gelap tu aku dapat waktu f5. saja nak menyebok. dia dah ada abang. =P
2. selendang oren. ada dalam kotak gambar bear tu.
3. wish card from all my bfriend.
4. novel syabab musafir kasih by fatimah syarha. aku follow blog penulis ni. ini link beliau.
5. perfume. maaf, tiada dalam gambar.


time kasih dan sayang mereka semua.
=)

----------------------------------------------------------------------------------


hari isnin pagi aku balik kampung dengan family. selain jengukMenjenguk kitorang singgah pekan taiping beli sedikit barang. berjalan sampai kasut mak aku tercabut tapak. mahal tu aku beli waktu bufday mak aku dulu. ganasnyer mak aku..==


adik aku yang sengal. c(:

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

hari selasa pulak kitorang pergi beriadah dekat bukit kledang. ni kali kedua aku panjat bukit tu. waktu first time aku naik bukit tu, aku terjumpa uncle cina mati kat tengah jalan nak naik bukit. mungkin uncle tu kena serang sakit jantung kot. 

kesian uncle tu, lama terbiar kat tengah jalan sebab nak tunggu polis, ambulans sume la datang baru boleh angkat.

kali kedua aku naik, dah ada kuil cina kat tengah-tengah bukit tu.

masa aku naik pon, melayu yang ada cuma family aku dengan sorang makcik je. yang lain sume cina. ada yang kaki tempang pakai tongkat lagi daki bukit tu. dia daki lagi tinggi dari aku dengan mak aku. kitorang pon berhenti separuh jalan je. tapi aku saja taknak tunjuk, taknak tinggal mak aku sengsorang. pii laa.. ==


wajah-wajah takmandilagi..haha.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

hari jumaat aku keluar dengan na. kitorang pergi cari barang untuk bakal suami dia dan jalan-jalan tanpa arah tujuan kat ipohparade. na ajak naik bas, tapi cam malas.

ayah aku jugak jadi mangsa. hehe.

terima kasih, ayah.


marrybrown, ipoh parade.


tengok? masa aku terluang bukan. 

tapi, mana masa bersama buku?


ramalancuaca : hari ni sabtu. esok ahad. taknak balik boleh?

Tuesday, July 19, 2011

Bile selsema melanda.



mata kejap-kejap nak berair,
pantang habuk sikit. hacchoom, bersin.
tisu 24jam kene bawak dalam poket.
kejap-kejap hembus.
kalau tak hembus, srott sreet sroot srett.
sampai tertelan hingus tu kat kerongkong.


even pakCik kedai makan pon tegur,

' nak makan tisu ke? '


yang paling tak boleh blah bile nak bersin.
mata dah siap stim dah
lobang hidung dah kembang kuncup kembang kuncup
mulut dah ternganga menguap bagai tak tidur seminggu.

aleh-aleh tak jadi bersin.
TAKJADI kau tau.
hilang imej wanita melayu terakhir.haha.


---------------------------------------------------------------------------------

dragonBall ada 7 bijik semuanya.

syok giler layan balik my favourite old cartoon.
tapi minat time goku kecik jek. bila da besar da
kurang minat da.

comel jek goku tu.


kamehamehaaaaa!







ramalancuaca : bila nak start study nie..==


Monday, July 18, 2011

"Jom SENYUM bersama Shazny Salleh"




cik muni ajak aku join satu contest. 
so, credit to cik muni. =)



dan ini link tuan punye blog yang suka senyum, mungkin. =P


 dan dan ini gambar saya. 

saya pakai tudung. jadi dah sah-sah saya perempuan
yang diberi nama anis.. =)

kawanKawan saya yang bertuah.





ramalancuaca : love to laugh and smile.. ^^


Sunday, July 17, 2011

Today is the Day


saengil chukka hamnida,
saengil chukka hamnida,
saranganeul oh anis,
saengil chukka hamnida.

kawanKawan, nyanyi untuk aku. tapi part yang 
saranganeul tu aku nak korang ulang tiga kali. 
haha..mengada tak?

dah DuaPuluhTahun aku hidup kat dunia ni. macam - macam
orang aku dah jumpa, macam-macam kerenah aku dah temui,
macam-macam ragam aku dah tempuh,macam-macam cabaran
aku dah lepas dan aku harus bersedia untuk cabaran yang akan
mendatang pulak. 


kadangKadang aku gembira.
kadangKadang aku sedih.
kadangKadang aku gelak ketawa.
kadangKadang aku rindu.
kadangKadang aku menangis keseorangan.
kadangKadang aku sihat.
kadangKadang aku sakit.
kadangKadang aku jatuh.
dan banyak sebab untuk aku bangun balik.

terima kasih untuk ayah aku yang dah bersusah jaga aku dari kecik.
terima kasih untuk mak aku yang dah bersusah lahirkan aku ke dunia.
terima kasih untuk adik aku yang selalu buli aku.
rindu kat akak, fathi dan una. ;(

untuk semua kawanKawan aku dari aku tadika, sekolah
rendah, sekolah menengah, sekolah mengaji, tusyen 
sampai ke kolej sekarang yang still bertahan dengan aku.

aku sayang korang semua rapatrapat.

sempena hari nisfu syaaban ni aku minta maaf dari
hujung rambut sampai hujung kaki kalau aku terkasar
bahasa, bicara, terkecil hati, semuanyalah.

maafkan aku.

dan terima kasih..


sesat gambar lee min ho.haha.

terima kasih untuk haireen atas entry anda.

ramalancuaca : saya dah besar..da takda teen dekat belakang umur saya. ^^ 




Saturday, July 16, 2011

happy bufday syed adib aiman


miss ezzan : awak ni muka hensem, tapi blur..


hari ni entry aku pasal kawan aku yang sorang ni. hari ni
hari tua dia. dia cakap nanti tulis la nama dia dalam blog
aku, nanti mesti follower ramai. 
kalau tak ramai jaga kau! =P

aku kenal dia dari sem 1. kitorang satu kelas, section 8. 
tapi waktu sem 2 dia pandai sikit, dia section 9 kalau tak silap.
tapi naik sem 3 sampai sem 5, kitorang dapat satu kelas.

bagi aku dia ni seorang yang kelakar, selamba, kadang-kadang penyegan,
nak pergi kedai potostat sengsorang pon segan.=='

baik jugakla dan yang paling jelas sekali, blur.
 jangan marah dib, aku cakap paling ikhlas ni. haha.

tapi dalam blur-blur dia pun, dia pandai. cuma mungkin 
kadang-kadang emosi dia kurang stabil kot. haha.

hari tu waktu kitorang kena cari article untuk assignment bel
atau english, madam cakap cari kat internet or paper or blog.
pas tu si adib ni boleh tanya aku,

' ramalankajicuaca takde article bel k? '
haha. memang takde la weh. aku sayang bahasa kebangsaan lebih.

lagi satu nama gelaran dia dekat kelas kitorang,
' syed adib dafi aiman '.


nak kenal dengan dia? 

tapi dia tengah rapat dengan seseorang sekarang ni.
kan dib? =D

ni aku tunjuk gambar kau waktu sem 1 dulu. gambar 
yang paling latest takde. aku tunjuk gambar kau yang waktu
tu kurang matang lagi la.


syed adib aiman yang pakai kopiah tu..=D

ni gambar waktu kitorang bukak pose ramai2 dulu. 'peace'.
cer tengok prop, dia pegang beg sapa eh, rin?

ni pulak gambar waktu kembar buat openhouse masa raya.
adib, si baju hijau. muka semua baik2. =D

ni pulak gambar openhouse rumah izah.
adib mana? cari sendiri.

gambar ni waktu sambut raya kat kolej.
muka innocent je sume. haha.


dan untuk adib,
wish you good luck with your life.
 and always happy.

with your family.
with your friends.
and with your loved ones.

ramalancuaca : lepas ni belanja aku mcD. aku dah penat da promote kau kat sini. =D


Friday, July 15, 2011

rumah


homeSweethome

esok pagi aku akan balik.
kau dengar tak? aku nak
balik esok. balik ipoh. 

cuti seminggu. aku akan balik
naik bas bersama rakanrakan.
home, wait for me......
haha..semangat....

doakan perjalanan kami semua selamat. =)




tadi ada test MKT243. bila dah masuk exam hall, aku curahkan segala 
information kat dalam otak aku ni bagai mencurah koko ke ladang 
gandum. tapi las-las ada satu keyword aku tak ingat. sangat-sangat 
tak ingat. jenuh aku pikiaq ayat yang satu tu je.

finally, aku tak ingat jugak. bukan aku berputus asa, tapi aku dah 
penat. aku melangkah keluar dari dewan exam. selamat tinggal kolej 
kptmKL. aku nak bercuti. aku nak lupakan segalanya tentang kau 
selama seminggu. 

aku nak lupakan gambar yang aku dah tengok kat tingkat 5, aku 
nak lupakan cerita misteri tingkat 2, aku nak lupakan cerita lampu
tingkat 3, aku nak lupakan cerita yang aku dengar pasal tingkat 6, 
aku nak lupakan semuanya buat sementara.


jangan kacau aku.
terutama kau.


ramalancuaca : ayah, mak. nantikan kepulangan anak dara kesayanganmu esok..=D

Wednesday, July 13, 2011

LOVE IN THE ICE



tajuk nak sebesar alam pulak kan.





aku tengah addicted dengan lagu ni sekarang. love in the ice
by TVXQ. lagu ni dah lama dah sebab group ni pon dah 
berpecah. tapi baru sekarang aku terdengar. 

sambil tulis entry nie pon dah berapa kali aku ulang tayang lagu
 nie. ayat baru sebaris, lagu dah sepuluh kali aku ulang.

aku start jatuh hati dari lirik yang micky yoochun nyanyi 
lepas tu jaejoong sambung. wooo, cair wa cakap lu.

tapi aku rasa aku sorang je kot. kawan-kawan aku
cakap lagu tu lagu semput. nak try dengar?



cari la mrGoogle.




dah dengar?





ape? aku jiwang?





ada aku kisah?




tapi aku memang suka dengar lagu-lagu slow.bukan aku tak layan lagu 
rock ke, fast ke, lain-lain yang sewaktu dengannya ke, aku layan. tapi 
hati aku lebih ke arah lagu macam tu. even instrument music yang slow 
je pon dah boleh tarik hati aku. 


ramalancuaca : amaran: jangan tarik hati aku. =P



Saturday, July 9, 2011

Perintah Berkurung.





hari ni kami dikenakan perintah berkurung. kawan-kawan
cakap ' jangan keluar rumah '. mak kol pesan 
' duduk diam-diam kat rumah '.

tapi kami degil. tetap keluar untuk mengisi hati yang tak tenang.
hati sapa tak tenang?
aku la.

hari jumaat tengok purse tinggal rm2 hinggit.
makan pagi wani bayarkan.
makan malam syu bayarkan.

hari ini takkan nak mintak kat dorang gak?
lalu diri ini ingin keluar untuk mencari mesin atm berwarna merah.
bersama rakan ' 7orang1bumbung '.
bak kata haireen.

pas tu, pergi jalan-jalan kat TS. bukan Times Square.
tapi The Store. sapa berani nak pergi sampai Ts tuh kalau
dengar macam-macam cerite. ingat nak makan malam kat luar,
tapi lrtCorner tutup pulak.
takut Bersih pe?

singgah The Store cari aiskrim.
cik haireen da lama mengidam. 
orang lain sebok Bersih, dia sebok cari aiskrim kon.
bahakbahak.

lepas singgah TS, pergi cari makan pulak. ternampak
kfc. teringat jugak berita hangat tentang kfc  sekarang. tapi
apakan daya papan rentang kfc je yang kami nampak.
padahal bila tanya je ' kfc nak '?
laju je jawab ' jom2 '.

dalam kfc, sekali lagi aku terkena. semua gara-gara korang.
haha.


ramalancuaca : ada org panggil aku sayang. haha. 
                                      abis kau suka la?
                                      ^^

Friday, July 8, 2011

LeeTeuk hyung.








semalam tengok variety show korea - strong heart.
episod yang ada rain.
dan suju.
best. kelakar. comel.

saja nak cerita pasal leeteuk. dia ni leader group super
junior. masa mula-mula aku minat group suju ni, aku
hanya kenal leeteuk sebagai leader. aku lagi suka siwon dan
khuhyun. tapi makin lama aku makin tertarik
dekat leeteuk ni. 

aku suka sikap dia. sifat humor dia.
sifat protective dia. sifat sensitive dia.
sifat bertanggungjawab dia.
semualah.

memang dia layak pegang title leader tu. berdasarkan
pemerhatian aku, dia sayang gila group suju ni. air mata dia
cepat je mengalir kalau bab-bab suju ni. tapi, dia tetap cute. hehe.

sekarang aku da suka semua member dalam group ni.
semua ada kelebihan masing-masing. semua best.


nama dorang? sorang-sorang aku dah hafal.haha.
tapi hankyung dah keluar dari group ni. tinggal
berdoblas je lagi. 

*tapi kalau nak hafal buku, punyalah jenuh nak mengadap.
sampai berangan, kalaulah ada doraemon.

korang pernah tengok episod nobita nak exam?
lepas tu doraemon keluarkan roti. nobita tekap je roti tu kat buku,
lepas tu makan roti tu. terus dia ingat semua data-data kat 
mukasuratsulit tu.

 tapi nobita nak tunjuk terror kat sizuka. dia pergi
tekap roti-roti tu kat buku panduan telepon. konon nak 
tunjuk dia boleh hafal la. las-las pagi exam tu nobita sakit perut,
dia pergi berry. keluarlah semua roti-roti.

finally, dia tak dapat jawab jugak sebab tak sempat nak tekap and
makan roti tu balik.

kalau aku, aku tahan jek sakit perut tu. sampai
habis exam baru aku keluarkan semua.haha.
ee.tak senonoh la kau nis. 


ramalancuaca : kadang2 layan hobi berangan, seronok gak..=P