minggu yang sangat membusykan.
bayangkan. hari selasa je aku ade 2 presentation. hari rabu ade kuiz. hari khamis ade kem survival sampai sabtu petang. malam tu ade ceramah ldk. hari ahad ade program ldk sampai 430pm. isnin petang pulak kena pergi anugerah bestari.
dengan tak hilang penat dengan ngantuk, dah kena pergi ldk pulak. tapi alhamdulillah dah lepas dah semua tu.
---------------------------------------------------------------------------------------
survival camp
mula-mula aku fikir oh! survival, mesti masuk hutan, daki bukit segala bagai tu. tapi bila dah sampai, banyak program indoor je yang sangat aku tak suka.
petang jumaat je ade sekejap outdoor game dalam kawasan pokok kelapa sawit yang kena tutup mata dengan kain hitam tapi tak sempat habiskan sebab hujan.
malam tu kena buat teater muzikal yang ade nilai-nilai murni and group aku dapat tema irama malaysia. fortunately, group aku dapat no 2 out of 5. yeay.
lepas malam teater tu habis, kitorang turun pergi supper dan bila naik balik, tiba-tiba kitorang semua kena marah dengan En Amir, dengan faci, dengan lecturer sampai kitorangnyer penghulu and penghuluwati kena panggil pergi depan.
memang kitorang kena teruk giler lagi-lagi bila faci panggil beberapa nama suruh berdiri kat depan. takutnya Ya Allah, tuhan je tau. jenuh fikir, apa salah yang kitorang buat. sampai satu tahap bila faci suruh semua yang berdiri tu mengadap dinding dan fikir apa salah dorang.
then, tiba-tiba faci tutup lampu and nyanyi lagu happy birthday. rupanya budak-budak yang kena panggil tu sume bufday bulan 10 and dorang saje buat gimik sebelum nak celebrate. haihh, saje jek.
bertakung jugak la air mata kitorang bila tengok apa yang dorang buat. lakonan dorang memang sangat-sangat real.
one more thing, aku tabik kat penghulu kitorang bila dia jawab soalan yang faci tanya waktu kena marah tu. even dia pun nangis lepas dapat tau semua tu prank jek. mahal tu air mata lelaki.
last day baru kitorang ade game explorace and waktu penutup kitorang dapat coklat sorang satu and lecturer suruh kitorang bagi dekat sapa yang kitorang rasa bagus and layak dapat coklat tu. majoriti kitorang semua bagi kat penghulu and dia dapat coklat paling banyak dari orang lain. nasib baik dah tak nangis. haha.
panjang pulak cerita aku. dah lah, pi tengok gambaq.
|
nie sebelum kitorang buat senaman pagi. |
|
this is our home. sebelum bertolak pergi u. |
|
the view of nur lembah lenggong and sungai perak. |
oh! i know. tema aku pi lenggong nie memang peace.
haa! group aku menang group paling havoc. =='
ramalancuaca : walaupun dah bape kali buat story pasal mak ngan ayah waktu pergi kem, still akan mengalir jugak air mata ni kan.