cuti semester nie family aku bwk pg bercuti kt pulau pangkor. ktorg pg 2 hari 1 mlm. tp x puas woo wa ckp sama lu. paling kurang pon dalam 3 hari 2 mlm baru feel. aku nak pg lama2 pon hari sabtu ahad baru mak aku free. hari sabtu pagi ktorg btolak dari rumah dlm kol 730am cam tu and sampai kt jeti dlm kol 845am. beli tiket feri kol 9am dan smpi kt p.pangkor dlm 920am.
ayah aku nk sewa kete tp aku mntak ayah aku sewa moto.lagi feel. haha.
then, ktorg pg check in kt nipah bay villa and start round2 satu pulau lepas breakfast. walaupon x tau jalan tp sure xkan sesat kalau jalan kt p.pangkor nie sebab pi mai pi mai tang tu jugak smpinyer.
ktorg pg melawat tmpt2 bsejarah yg ada kt sini tp bukan untuk mengenal sejarah dgn lebih dekat. hanya untuk mhabiskan battery camera sahaja. ktorg pergi tgk kota belanda, kuil cina yg paling besar kt situ, lalu dekat batu bersurat, pg membeli belah dll.
kalau nk tau kota belanda tu dibina pd thn 1670 utk simpan bijih timah yg dorg dpt kt negeri perak. tapi rakyat tempatan telah memusnahkan kota tersebut dan belanda kembali mbinanya semula. degil betol belanda nie. haa, pndi x sejarah aku?
selebihnya baca sendiri la.. :P
petang tu aku ngn adik aku sempat mandi kt laut pangkor tu. best giler sbb xd orang mandi pon kt situ. kalau ada pon boleh dibilang dgn jari bape kerat je yg mandi. mungkin sbb belom cuti sekolah lagi. nnt da cuti sekolah penoh laut tu da mcm ikan sardin.
then dlm kol 7pm lebih ktorg lepak kt pesisiran pantai nk tgk matahari tbenam. memang cantik sangat. subhanallah. malam tu dlm kol 11pm ktorg pg lepak kt kedai makan. ktorg makan2, sembang2, feeling2. haha. dengar bunyi desiran pantai.
pagi ahad tu hujan tp nasib baik x lama. lepas breakfast ktorg naik bot round2 keliling pulau2 kt situ. ktorg jumpe batu bentuk kaki, bentuk buaya, bentuk penyu, bentuk ikan paus, gamat, garam laut, obor2, memerang, pokok tree lover sbb atas batu tu ade 2 pokok je yg tumbuh, ktorg bagi makan ikan ngn singgah kt satu pulau. air kt situ jernih giler tapi malangnya aku x sempat nk mandi kt situ. selain jalan2 naik bot, boleh snorkeling, bkayak, main banana boat ngn macam2 lagi.
keseluruhannya memang best la bercuti kt situ. nie aku ade sikit souvenir nak bagi.
singgah la weh. |
kalau x tangkap gambar syok sendiri mmg x sah.. =P |
model2 yg terlibat. |
nipah villa bay aka nvb. |
sepanjang pgambaran di p.pangkor. |
suka gmbr nie. |
sunset. |
=) |
ramalancuaca : di saat aku gembira, ade yg bsedih. Al-Fatihah utk anak yatim yg terkorban di Hulu Klang.
No comments:
Post a Comment