Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, May 31, 2011

hari-hari mendatang.


hari pertama kelas : 

  maf320.
   mengenali dan dikenali. 
   lecturer : coordinator uitm.
   first impression : garangnyer. nk joke2 pon susah.

bel313.
   lecturer cuti seminggu.
   first impression : best.haha..
   reason : sebab dpt mentor sendiri. mentor yg baik dan sudah mengenali.

mkt243.
   lecturer takde jugak.
   first impression : mcm mana lah agaknyer? =='

hari kedua kelas :

  far250.
   masih mengenali dan dikenali.
   first impression : sangat okay.
   reason : boleh bgurau senda wlupon rest hanya 30 saat. =='

  bel313.
   lecturer takde.

  tax320.
   still mengenali dan dikenali.
   first impression : okay jugak.
   reason : gurau2 boleh tp mesti fokus bila sedang belajar.

  maf320.
   madam coordinator uitm cuti.

hari ketiga kelas. mean esok.

  bel313.
   lecturer cuti lagi.

  law346.
   dalam jadual takde nama lecturer. 
   mungkin tiada lecturer atau ada penggantinyer esok?

nak datang kolej ke tak esok? =='



sedang makan berduaan bersama shouhada di kedai apek.datang seorang mamat berbaju biru oren.

  zaim : nis, tahun nie kt nak sambut bufday kat mana?
   aku : tahun nie time bufday kt cuti mid term la.
  zaim : la.ye ke.
   aku : aku dah siap bgtau mak aku tahun nie aku smbt bufday kt umah. 
            ' mak, wat special sikit taw. da dua tahun x dpt smbt kt umah.hehe.. '
            takpe, nanti aku belanja kau. bufday lepas kau da belanja aku an. 
            takpon, kita suh cik na belanja..haha..
            

ramalancuaca : gunung nuangggg.kem pacattt..

Monday, May 30, 2011

dunia semakin ganas.


berita bernama.
berita utama.
harian metro.
berita harian.
utusan.
kosmo.
360.
999.

semuanya memaparkan kejadian2 dunia yg semakin dahsyat, kejam dan tidak berhati perut. 
bunuh-bunuh dah jadi perkara biasa.
org mati. setiap hari kita dengar.
nenek kena rogol.
budak kena culik.
manusia bertukar rupa.
merompak bank.
kahwin 4.
tanah runtuh.
gempa bumi.
simbahan asid.
dan lain-lain dan lain.

dunia semakin luar biasa,
manusia semakin tiada rasa,
apa yang tinggal untuk kita,
hanyalah tinggal tanda tanya.

ada gaya karam singh walia tak? =P




sebenarnya nak citer sikit je. tadi aku, muni and syu keluar pergi minum2 sebab tersangatlah dahaga. 
time otw balik menapak dekat jalan yg kitorang biasa lalu. atas rumput.
tiba-tiba nampak ada satu motor dengan dua orang lelaki bhenti kat depan laluan yg kitorang akan lalu.
memang kitorang tak lalu la, cuak kot. ntah ape bende die bawak dlm motor die ntah.
then, kitorg lintas jalan nak lalu kt laluan bertentangan.
bila dah lintas jalan nampak 6 ekor anjing pulak kt depan kitorang.
terus tak jadi jalan kitorang patah balik.

sebelah kiri jalan sebuah motor dengan 2 orang lelaki.
sebelah kanan jalan 6 ekor anjing menunggu di depan.
so, agak2 nak lalu mane?
tengah jalan je la yang tinggal.. =='

bape minit lepas tu, dua orang lelaki tadi berjalan.
dan salah seorang drpd lelaki itu buta manakala lelaki lagi seorang memegang tangan si buta untuk membantunya berjalan.

fuhhh..lega.
kitorang lintas jalan balik dan berlari anak balik ke rumah.

zaman sekarang susah nak agak sama ada org tu baik ke tak ke.
nak jalan sorg2 pegi ngan balik kelas pon takut asyik teringat kisah simbah asid je.

ramalancuaca : sebenarnya still musykil. kenapa org tu park motor kt tempat letak kete. boleh je die bonceng moto tu pergi kt tmpt yg die nak pergi..=="

Friday, May 27, 2011

semester 5 bakal bermula..



2 hari lagi.
akan kembali sibuk mcm dulu.
kelas hari2 pukul 8.
smpi pukul 5 ptg.
time table baru.
lecturer baru.
kawan baru.

pejam celik pejam celik dah sem 5 da.
cepat masa berlalu.
semakin cepat bile uitm mpercepatkn jadual kami.
katanya nak selaraskan.
=='

result pon da keluar.
alhamdulillah.
lulus semua subjek.
pointer naik sikit.
ciput je.
tapi ttp ALHAMDULILLAH.

walaupon naik sikit tapi ttp dapat senyuman yg manis dari seorang ayah dan ibu.
dapat ciuman yg amat bmakna.
mungkin ini yg akak mampu.
takpe, akak akan berusaha lagi untuk sem nie.
akak akan buat mak ngan ayah tersenyum lagi bila result keluar.
akak janji.

ayah.
mak.
 walaupon akak tau doa ayah ngn mak sentiasa mengiringi diri ini.
tapi tetap nk cakap.
doakan akak.

Ya Allah,
Kau terangkanlah hatiku.
Kau lancarkanlah perjalanan aku.
Kau permudahkanlah segala urusan aku.
Kau jauhilah aku dari sebarang bencana.
Kau berilah aku petunjukMu.
Kau lindungilah aku.
keluargaku.
temanku.
Amin.

ramalancuaca : aja aja hwaiting nis.. =P


Monday, May 23, 2011

Pulau Pangkor.. ^^



cuti semester nie family aku bwk pg bercuti kt pulau pangkor. ktorg pg 2 hari 1 mlm. tp x puas woo wa ckp sama lu. paling kurang pon dalam 3 hari 2 mlm baru feel. aku nak pg lama2 pon hari sabtu ahad baru mak aku free. hari sabtu pagi ktorg btolak dari rumah dlm kol 730am cam tu and sampai kt jeti dlm kol 845am. beli tiket feri kol 9am dan smpi kt p.pangkor dlm 920am. 

ayah aku nk sewa kete tp aku mntak ayah aku sewa moto.lagi feel. haha.
then, ktorg pg check in kt nipah bay villa and start round2 satu pulau lepas breakfast. walaupon x tau jalan tp sure xkan sesat kalau jalan kt p.pangkor nie sebab pi mai pi mai tang tu jugak smpinyer. 

ktorg pg melawat tmpt2 bsejarah yg ada kt sini tp bukan untuk mengenal sejarah dgn lebih dekat. hanya untuk mhabiskan battery camera sahaja. ktorg pergi tgk kota belanda, kuil cina yg paling besar kt situ, lalu dekat batu bersurat, pg membeli belah dll. 

kalau nk tau kota belanda tu dibina pd thn 1670 utk simpan bijih timah yg dorg dpt kt negeri perak. tapi rakyat tempatan telah memusnahkan kota tersebut dan belanda kembali mbinanya semula. degil betol belanda nie. haa, pndi x sejarah aku? 

selebihnya baca sendiri la.. :P


petang tu aku ngn adik aku sempat mandi kt laut pangkor tu. best giler sbb xd orang mandi pon kt situ. kalau ada pon boleh dibilang dgn jari bape kerat je yg mandi. mungkin sbb belom cuti sekolah lagi. nnt da cuti sekolah penoh laut tu da mcm ikan sardin. 

then dlm kol 7pm lebih ktorg lepak kt pesisiran pantai nk tgk matahari tbenam. memang cantik sangat. subhanallah. malam tu dlm kol 11pm ktorg pg lepak kt kedai makan. ktorg makan2, sembang2, feeling2. haha. dengar bunyi desiran pantai. 


pagi ahad tu hujan tp nasib baik x lama. lepas breakfast ktorg naik bot round2 keliling pulau2 kt situ. ktorg jumpe batu bentuk kaki, bentuk buaya, bentuk penyu, bentuk ikan paus, gamat, garam laut, obor2, memerang, pokok tree lover sbb atas batu tu ade 2 pokok je yg tumbuh, ktorg bagi makan ikan ngn singgah kt satu pulau. air kt situ jernih giler tapi malangnya aku x sempat nk mandi kt situ. selain jalan2 naik bot, boleh snorkeling, bkayak, main banana boat ngn macam2 lagi.

keseluruhannya memang best la bercuti kt situ. nie aku ade sikit souvenir nak bagi.



singgah la weh.


kalau x tangkap gambar syok sendiri mmg x sah.. =P



model gambar waktu naik bot.
atas bot adek aku duk dpn. so semua gmbr muka die je la.
 ayah ngn mak aku dok tengah and aku belakang sekali ngn abang  yg bwk bot tu.
abg tu siap leh wat lek lg waktu bwk bot. kiri kanan die bantai.
 naseb bek x wat willie ke wekang ke.
pas tu suh aku bwk. mmg jahanam bot tu kalau aku yg bawak.


model2 yg terlibat.


nipah villa bay aka nvb.


sepanjang pgambaran di p.pangkor.

suka gmbr nie.
sunset.

=)


ramalancuaca : di saat aku gembira, ade yg bsedih. Al-Fatihah utk anak yatim yg terkorban di Hulu Klang.

Thursday, May 19, 2011

Oouh Lala


meoww.
mak aku tjumpa seekor kucing.
tanpa ibu.
keseorangan.
sangat kecil.
dan comel.
mak aku panggil lala.

sekarang die da besar skit.
tapi semakin nakal.
semakin suka memanjat.
perut semakin besar.
semakin lapar.
dah bg makan.
nk makan lagi.
surat khabar jadi mangsa.
rumput dan pokok bunga jadi santapan.

kawan baik lala nama nggekk.
bekas kucing mak aku.
tapi die lupa diri.
lupa daratan.
melarikan diri ke rumah sebelah.
bermain dengan kanak2 yg lagi comel dari anak tuan rumah.

musuh lala nama kipong.
juga kucing mak aku.
tapi kipong x lupa diri.
cuma kipong x suka lala.
kipong selalu serang lala.
lala selalu lari ketakutan.

lala kehilangan ibu.
lala selalu hisap kain bagi menggantikan susu ibunya.
dan baju mak aku jadi mangsa.
baju aku juga.
habes baju aku basah.
sangat geli bila lala hisap baju.
sebab tangan lala akan menolak kiri dan kanan.
kiri dan kanan.

semalam mak aku x bagi lala masuk rumah.
sebagai denda.
kerana dia semakin pandai.
semakin degil.
semakin suka memanjat.
meja makan jadi mangsa lala.
tapi kami tetap sayang lala. 
^_^


lala gedik.

lala tidur.
di pangkuanku.



lala sedang intai nenek sebelah.


main sorok2.
ingat aku x nmpk?

                   

kerja lala memang suka mengstalker. :P



ramalancuaca : lala seekor kucing betina.




Wednesday, May 18, 2011

tiada

between love, loyalty and trust.
 which is more important?


aku benci suasana dingin.
aku x suka tgk kau muram.
aku x suka tgk kau nanges.
aku x suka kau ckp mcm tu.
aku x suka kau buat mcm tu.
aku x suka!




ramalancuaca : really hate that.


Monday, May 16, 2011

luahan hati seorang lelaki




semalam saja mencungkil hati seorang lelaki. lelaki yg jatuh hati pada seorang perempuan dan perempuan itu ialah kawan aku sendiri. jenuh aku pujuk dia suh bgtau apa yg si arjuna ni rasa pada si perawan nie. mula2 si arjuna xnak bgtau tp lastly die bgtau jugak..haha aku berjaya.

si arjuna ni cakap..

   macam mana ko kenal die, mcm tu la.
   aku suka dgn character die.
   aku rasa tenang bile nmpk die.
   aku rasa sayu bile tgk die.
   aku suka bgurau dgn die sbb die sporting.
   aku suka die.

   tapi dia dah jadi milik orang.
   aku terpaksa lepaskan.
   biarlah aku solo.
   biarlah aku mcm nie selagi aku x jumpe orang yg macam die.

sori, aku x ingt semua. aku tulis apa yg aku ingt je.

rupanya ini yg ko rasa. dalam sempoi, selamba, kacau orang, kenakan orang, kenakan aku, dalam hati ada bunga. lepas aku soal siasat die, aku yg kena balik. sempat lagi kao an.

aku just nk cakap mungkin ko dengan die xde jodoh. dan mungkin ada seseorang yg sedang menunggu kau di mana2. walaupun susah nk lupa tapi mungkin akan berlalu mengikut masa. nanti satu hari nanti bila ko da jmp orang baru ko akan ingt ni sbgi salah satu kenangan indah ko. 

mugkin ada orang akan ckp,
ckp senang la. ko x rasa apa yg aku rasa. 
ye, mungkin aku x prnh rasa apa yg korang rasa tapi aku hanya ckp dari pengalaman. bukan pengalaman aku tapi pengalaman kawan2 aku. 

nis, umo ko da bape?
19++..
oo..ok..

ramalancuaca : kalau ko bace aku still pegang janji aku. =)
   
   

gunung lang..


walaupun aku org ipoh tapi nie baru pertama kali aku menjejakkan kaki di gunung lang. 
biar gambar menceritakan segalanya. =D


masa mula2 smpi, kita akan disajikan dgn pemandangan air terjun. =)

air terjun nie buatan manusia ke semulajadi? =='


aku pergi berempat dgn kawan2 aku..

dari kiri : sarah, izzati, izzati2.. :P


nie jeti yg ade kt gunung lang. bot kt jeti nie akan bawa kita ke suatu tmpt. tgk dlm tasik nie banyak ikan besor2. kalau x nmpk, pendek umur.

 tapi maaf aku x tau bot nie pergi mana sbb aku x berkesempatan utk naik. takpe lain kali aku pergi lagi.


maaf ye tgkp gmbr korang curi2..hehe..

^^,



depan air terjun. 

klu pndi dari kiri spe?


siti sarah. one of my bestfren waktu sekolah dulu. kalau cuti aku slalu kuar ngn die sbb die yg rajin kluar tp sejak dia da pindah aku semakin rajin lepak di rumah.. =='

gmbr nie waktu die trun ipoh and tdo kt umah aku..


this is real.
this is me.
i'm exactly where i'm supposed to be now.
gonna let the light.
shine on me.
now i've found.
who i am.
there's no way to holding in.
no more hiding who i wanna be.
this is me.

ramalancuaca : hujan.

Wednesday, May 11, 2011

sentuhan cinta

sentuhan cinta-haiza najwa

hanya kerana dendam, Tajiyah sanggup memomokkan wajah Hurin Ain sebagai hodoh dan paling buruk.sakit hatinya tatkala menatap rambut ikal mayang berwarna perang dan mata biru milik anak tirinya itu.

hah! teliti betul2 muka kamu tu. alangkah hodohnya muka kamu. rambut perang dan mata biru kamu serupa macam hantu. bila orang kata kamu cantik, orang tu sebenarnya hina kamu.

Hurin Ain percaya dan menancapkan kepercayaan itu dalam mindanya tanpe prejudis kerana kasihnya kepada wanita itu. dia mendambakan kasih seorang ibu yang tidak pernah membelainya.

mahu sahaja aku membawa hati ini dan pergi jauh dari sisi. aku gadis yang buruk parasnya. tidak layak untuk bergandingan dengan mana-mana lelaki. OH TUHAN, berikan kekuatan kepadaku menempuh kehidupan ini.

mungkinkah ada insan yang sudi membawa Hurin Ain kenal dirinya sendiri? lalu memberikan kebahagiaan setulus kasih kepadanya?

" cantik atau tidak seseorang itu semuanya bergantung kepada hati. mereka yang bersih hatinya akan berseri-seri wajahnya dengan nur keindahan. insaflah dan buanglah sifat mazmumah yang jahat dari jiwa kita."



novel ni aku beli waktu pameran buku kt PWTC. mmg banyak sgt buku yg dijual terutama kt karangkraf. tapi sblm aku dpt masuk karangkraf nie, banyak cabaran yg kena aku tempuh.  bukan cabaran ape pon. cume kene tahan dgn salesmen ngn salesgirl yg nk jual brg2 dorg. 
itu ko ckp cabaran?
haih la nis.. :P

novel nie da seminggu aku beli tp smpi skg x abes baca lagi. slalunya aku baca novel 2 hari da abes. so, pendapat?

aku bukan orang sastera dan dlm novel nie banyak perkataan yg aku x tau mksdnya. aku kene bnyk lagi belajar nie. tapi aku sukakan sikap redzal yang sentiasa bterus terang walaupun kena maki, penampar dan penerajang. 

konklusinya, tiada. sebab x abes baca lagi. 
tapi aku da dpt agak jalan citer lepas baca page akhir novel nie. ^^

ramalancuaca : maaf ye penulis. sekadar meluahkan isi hati..

Sunday, May 8, 2011

sayang emak..^^,

Dengarkanlah lagu, lagu ku ini
Ikhlas dari hati hanya untuk mu
Aku lah anak mu, anak mu yang selalu
Memelukmu menciummu

Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji

Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
Punyai pari-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahagia
Inginku nyatakan kau milik syurga

Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji..

credit to hujan.. =)

happy mother's day mom.
you're the best mom in the world.
i promise i will make you smile only.
but if your tears falling down.
it is only the tear of happiness.
love you mom.
so much. 

ramalancuaca : Ya Allah, Kau pnjgkanlah umur ibuku, Kau berikanlah ibuku kebahagiaan dunia dan akhirat dan kalau boleh janganlah Kau menjemputnya sblm aku betul2 bsedia kehilangannya. ;)

Saturday, May 7, 2011

hafizzainal's contest-senyuman mahal


kawan aku mempelawa untuk join satu contest yg diberi nama senyuman mahal. tanks to you.. =)



disebabkan rncgn tv hari nie membosankan, terbukalah hati utk joingg the contest dari seorang arjuna aka HAFIZZAINAL. cpt klik.



dan antara senyuman yg paling mahal dan ikhlas.. :P


sem 1 : gmbr sblm pg beraya. :)


sem 2 : gmbr sblm pg dinner kptm. :)


sem 3 : gmbr lepas abes final exam. :)


sem 4 : gmbr waktu odw pg aswara. :)


saya baru sem 4. jadi 4 je la gambar.. :P
perbezaan dari sem 1 hingga sem 4. 
ko nampak?
sem 1 dulu takyah nk edit gambar. 
tapi sem 4...
takyah ckp la.. :P

sem 1 dulu mana ada mrJ dtg.
naik sem 2 satu mrJ dtg.
naik sem 3 lagi satu mrJ dtg.
naik sem 4...
setiap bulan mrJ ckp 'serangg!!' :P

sem 1 dulu malu2 bile org nk tgkp gmbr.
da naik smpi sem 4 ' korg2, tgkp gmbr aku '.. :P


senyumanmu menawan hatiku. =D

ramalancuaca : terasa semakin dewasa..^^




Wednesday, May 4, 2011

romantik atau sweet.. =)


tibe2 malam nie mcm sweet. ke aku yg sweet. ahaa, sudahlah nis, jgn memerasankan diri sendiri.

romantik. sweet.

romantik..
bagi aku kalau romantik tu yg macam cerite asmara.
tgk x citer tu? bapak romantik si asmara tu ngn melati. boleh dorg blakon mcm tu. walaupon hanya berlakon tapi still dorg wat betul2 mende tu kt set. tenung2, ckp pelan2 serupa dlm kelambu, pegang2. kalau aku yg jadi melati da lama aku jatuh cinta ngn si asmara tu. cair hati awak nie.

lagi satu citer twilight. citer nie romantik gak. aku paling suka time si arjuna bwk perawan die gi dating atas pokok paling tinggi tu. ushh. cantik giler pemandangan die.

sweet..
hmm, bagi aku sweet tu banyak.

1. hari tu aku g jalan2 ngn sahabat handai, aku tnampak sepasang suami isteri yg agak berumur. tapi dorg still bjalan smbl bpegangan tgn. selalunya bila da lama kawin suami jalan kt depan, isteri jalan kt belakang. kau lambat, aku tinggal. hehe. tapi aku suka psgn suami isteri nie.so sweet.. ^^,

2. waktu aku study kt library bulan lepas, kwn aku ade tunjuk sepasang kaple nie. die ckp die tnampak kaple nie study berdua. waktu tu maybe si perawan nie lenguh sbb study lama, then si arjuna ni dgn rela mengangkat tgnnya dan mengurut leher si perawan. sgt sweet..^^,

3. semalam aku terbaca satu blog. blog arjuna. aku terbaca kisah die terdengar seorang perempuan menjerit ' lepaslah, lepaslah, lepaslah ' dari tingkat atas rumah die disusuli bunyi tamparan dan pukulan. lepas die dengar suara perempuan yg kene pukul, malam tu jugak die bdoa walau apapun terjadi, walau die dlm keadaan marah sekalipon, die mohon dijauhkan dan jgn dibiarkan syaitan merasuk die dari memukul cinta hati die. terharu giler aku bace..^^,

4. baru2 nie  aku tgk satu video sal satu kumpulan artis wanita. mc program tu kejutkan salah sorang artis nie dgn bwk mak die kt program tu. kawan2 die yg lain sume da mengalirkan air mata masa mak artis nie datang. yang aku paling tersentuh bila salah sorg ahli group nie ckp ' walaupun saya terpisah dgn mak saya, tapi mak saya tinggalkan saya dgn 8 orang adik beradik'. sweet. ;)

5. waktu aku duduk semeja dgn kwn aku bersama pakwe die, ktorang bcerita pasal diri pakwe kwn aku tu. pakwe kwn aku tu ade satu kekurangan. so, die citer la sebab2 terjadi kejadian yg mengurangkan diri dia tu. then, waktu die nk ngorat kwn aku, die citer sal kekurangan diri die tu. finally, kwn aku terima diri die tanpa mengambil kisah akan kekurangan dirinya. aku tersenyum mdengar ceritera die. dlm hati aku ' sweetnyer lahai'. 

6. hari tu aku ade pergi satu talk show. then waktu satu lagu keluar orang dlm talk show tu tarik  pelajar menari kt depan. sorg lelaki dan seorg perempuan. yang lelaki tu dak kolej aku but yg girl tu dak kolej lain. waktu si arjuna tu ditarik ke hadapan tinggallah si perawan die kt tmpt duduk. utk menyedapkan hati si perawan yang hanya mampu melihat, si arjuna nie pon miming kt perawan die ' saya pandang awak je '. hehe.awak berdua sangat sweet. ^^,

7. satu lagi yang aku paling suka bila aku dan sahabat dapat bkumpul tak kira la makan bersama, tonton tv bersama, pergi bercuti bersama, keluar bersama. rasa cam ade kekurangan bila sorang hilang. aku rasakan saat tu mcm ' bestnyer dpt bkumpul cam nie '. 

8. aku pon sweet gak skang nie. mak aku ngh jahit baju aku dok kt sebelah temankan die mjahit. kang die tido aku x tido lagi. sibuk menelaah blog nie. :P 



ramalancuaca : aku harap kalau kau betul2 nyer, kau dpt terima diri aku seadanya. =)

Tuesday, May 3, 2011

dalam hati ada taman.



perghh..lama giler x hupdate!!

rindu kt blog ramalankajicuaca.aku baru cuci sawang-sawang yg da melekat kt blog nie.anai2 pon da naik nk makan.cepat nis, amek semburan shieldtox.psssstttttttttt.haa.da mati da.amek pnyapu dulu, kite sapu2. ok dah, sekarang da bersih.da boleh sambung.. ^^

hati aku senang mlm nie.sangat senang.

final exam baru abes. jadi otak, sila lupakan sebentar assignment2, kuiz2, kelas2 pagi dan kolej. tapi sahabat. jgn risau aku x prnh lupekn kau.

dua hari sblm balik, aku keluar dgn member dan member. still x berani utk keluar dgn member je. mesti perlukan seorg member utk menemani keluar dgn member.x paham? xp.jgn dipahamkan.

 seru mjadi pilihan. agak mengejutkan jugak hati yg lemah nie. ahaa. tapi pening la tgk citer nie. bukan sebab x paham jalan citer, tapi sbb dorg merakam sambil bgerak. aku klu tgk citer hantu kt wayang aku x suka ttp mata tp aku suka ttp mulut. sebab aku takut tjerit. kalau tgk citer hantu kt umah aku x kisah mjerit. tp klu kt wayang cam segan walaupon org x kenal kite.

sehari sblm balik, aku keluar dgn ' 7 org satu bumbung'. ktorg ramai2 serang jalan tar. tapi bukan 7 org je ktorg pg 8 org. sorg kwn aku bwk pakwe die skali. tapi yg bestnyer, pakwe die yg pilih baju ktorg. pandai btol ko komen baju2 yg ktorg pilih kan? 

' aku rasa warna baju tu terlalu garang. cuba kao pilih merah yg x garang.'
' kao rasa klu laki tgk kao pki baju nie, dorg pk kao suka wane pe?'
' kain die mcm alas meja '
' yang tu aku suka '

haha.then ktorg g jalan2 kt sogo, pas tu singgah kt maju junction jap bayar broadband. sempat berurut kt kerusi rest and go kejap. on the way balik ke sogo, sahabat aku ttggal selipar die.
kao ingt kao cinderella?
tapi kao jgn risau, ade seorang putera sedang menanti kao.^^

dan hari nie, aku da smpi kt umah aku. home sweet home. cousin aku suh stay lagi. tapi sori la sis, org da lama x balik. alang2 ayah ngn mak da dtg nk tgk anak sedara baru dorg, baik org balik skali ngn dorg.haa, nak ckp.

aku dapat adik sepupu baru..

nama die tun muhammad umar. sama lak nama die ngn pakwe kwn aku yg pandai komen tu.haha. tengah hari tadi aku sempat jenguk die. lepas acu aku dpt 3 org anak gurl, dpt gak die ank boy. sgt comel. aku rapat ngn anak gurl die yg ketiga. tadi waktu aku nk balik ipoh, menangis die nk ikot akut aku. 

' sori la azra, t k anis dtg lagi. kita main same2 eh.sayang die.'

aku nk citer banyak lagi boleh? da lama x update nie. banyak nor bende nak taip.x henti2. :P

waktu abes last paper utk final, aku pg jumpa kawan aku lepas die mesej nk jumpa aku. die ckp nk jumpa aku seorang je tanpa ditemani sesiapa. then, aku jmp die kt tempat yg dijanjikan. aku x sangka die nak luahkan perasaan die kt aku. first time beb, org luahkan prsn kt aku dpn2. mmg kaku aku kt situ. aku x tau nk ckp ape. aku hanya mampu mengukir senyuman kt die. kawan, aku respect sgt tindakan kao yg berani tu. tapi aku minta maaf. aku sayang kao tapi x pernah lebih dari seorg kawan. aku seronok kawan dgn kao. tapi aku minta maaf sekali lagi. aku harap kita still boleh kawan mcm dulu.

sebenarnya, aku tgh mengenali seseorang sekarang nie. kawan2 aku semua siap ckp ' aku restu weh ko ngn die'. hehe. korg lak yg excited. tapi bile kwn2 aku ckp sal die, sume naikkan saham die dpn aku. mungkin die mmg sangat baik. orang kata lelaki yg baik utk perempuan yg baik. aku baik eh? ahaa. nis jaga perasaan. 

aku pernah fikir aku seorg yg sgt membosankan. mungkin sbb bile bdepan dgn die, aku x banyak ckp. bila ada satu topik, ktorg ckp. bila topik tu da abes, ktorg diam. tapi bila aku tny die, die ckp aku x membosankan. aku x tau ikhlas k x. tapi aku percaya kt die. ^^,

ramalancuaca : '7 org satu bumbung' tu dak2 umah aku. sayang korang.. =)

seven rooftop. :P