Wednesday, December 28, 2011

Tahun Melawat Perak 2012 ( part 1 )





korang tau tak tahun 2012 tahun melawat perak?

bagi yang tak tau, nih aku nak habaq mai. bagi yang belum pernah menjejakkan kaki kat negeri perak atau datang jejak melawat sedara mara je tapi tak pergi jejalan, ni lah masanya. ajak family, kawan-kawan, sedara mara dan sesape la yang korang nak ajak datang melancong kat sini. macam-macam ada. antara tempat2 yang menarik kat perak :


1. Gunung Lang




ni antara yang boleh tahan dekat jugak la dengan rumah aku. gunung lang ni terletak dekat jalan kuala kangsar. bukan kat kuala kangsar tapi jalan kuala kangsar. taman rekreasi gunung lang ni tasik buatan manusia. so, kalau korang pergi air terjun dia pasang memang rezeki korang la. kalau air terjun dia tak pasang datang lagi lain kali ye. aku pernah pergi sekali dengan kawan aku dulu. tapi aku tak sempat naik bot untuk keliling tasik sebab dah lewat sangat. kadang-kadang pasangan yang baru kahwin pun suka photoshoot dekat sini.

ni bukti yang menunjukkan aku pernah menjejakkan kaki kat sini. 


2. Teluk Batik

teluk batik ni terletak 6km dari pekan lumut. kalau dari rumah aku dalam sejam setengah ke 2jam. ni salah satu tempat yang terkenal kat lumut dan boleh sampai dengan menaiki kereta berbanding pulau pangkor yang kena naik feri dalam 15 minit sebelum sampai destinasi. 


teluk batik

kali terakhir aku pergi teluk batik ialah pagi tadi. aku pergi dengan parents aku ngan sepupu aku sorang. mula-mula ingat tak nak mandi tapi macam tak best lak kalau pergi berkelah kat laut tapi tak mandi sekali. alang-alang sepupu aku pun nak mandi, aku pun ikut la sekali.

dengan matahari terpacak atas kepala, aku berlari bersuka ria bersenang lenang bermandi manda kat laut. lepas tu dah sedap-sedap mandi sampai lupa dunia, naik jap pergi kat mak,

' mak, gelap tak? '
' tak la. bese je '

okay. lari masuk laut balik. dah mandi lagi sejam,

' mak, gelap tak? '
' tak. okay je. '

okay. dah puas dapat berkelah mandi laut semua, kitorang pun balik. sesampai je ipoh,

' mak, dah gelap '
' hahaha.. '
' ==" '


3. Pulau Pangkor






nak pergi pulau pangkor ni pulak kena naik feri dari jeti kat lumut. pemandangan kat pulau pangkor ni pun cantik jugak tapi time aku pergi masa cuti sem lepas dia ada nak upgrade apa ntah kat tepi pantai tuh. macam menyemak jugak la. tapi takpe, mungkin sekarang benda tu dah siap. so, datang la cuti nanti. 

ni TANDA aku pernah datang pulau pangkor.


4. Kuala Kangsar

kuala kangsar ni antara tempat yang aku selalu singgah jugak la sebab ada kampung dengan ramai jugak sedara mara belah ayah aku kat situ. selalunya kalau singgah kat kampung ulu kenas mesti nak singgah pekan kuala kangsar jugak. 

kat kuala kangsar nie banyak tempat bersejarah contohnya macam masjid ubudiah salah satu masjid yang terkenal kat malaysia yang terletak kat bukit chandan, istana kenangan, menara jam, malay college kuala kangsar, galeri sultan azlan shah yang dahulunya adalah sebuah istana iaitu istana ulu dan pekan kuala kangsar tu sendiri yang mana kita boleh jalan-jalan beli souvenirs dan antara makanan yang orang mesti makan kat situ ialah laksa dan cendol dia.



masjid ubudiah


istana ulu yang diubah menjadi galeri sultan azlan shah.


5. Taiping






lake garden


taiping ni pun aku selalu pergi sebab kampung mak aku kat batu kurau. sebelum sampai batu kurau kena lalu kat taiping dulu. kadang-kadang family aku suka berkelah kat lake garden taiping ni sebab tasik dia cantik. selain melihat panorama hijau, kita boleh jogging, buat aktiviti kat atas tasik yang kayuh-kayuh tu atau just jalan-jalan tengok pemandangan. tempat yang best la untuk chill dengan kawan atau family.

dekat kawasan situ ada zoo taiping. yang terkenal kat zoo taiping ni night safari dia yang kita boleh tengok apa haiwan tu buat waktu malam. kita gak boleh tengok keindahan dan keaslian semulajadi waktu malam. 

kat pekan taiping ada satu kedai jual pasembor yang bagi aku memang sedap. family aku selalu singgah makan pasembor kat situ. dia kat kawasan kedai makan melayu sebelah kawasan kedai makan cina. 

selain taman tasik taiping dengan zoo taiping, ada jugak muzium taiping, penjara tertua taiping, hutan paya matang ngan bukit larut.





kalau korang nak naik sampai puncak kena naik land rover yang disediakan oleh pejabat taman peranginan bukit larut, tak boleh naik kereta sendiri nanti semput enjin. jalan yang akan dilalui pulak kecil ngan curam. agak-agak kalau larat hiking la jalan kaki. hehe.

aku pernah pergi bukit larut tapi dulu la time aku kecik lagi. aku ada ajak mak aku pergi lagi tapi tak tau la bila. suatu hari nanti.


p/s : nanti aku sambung lagi.


ramalancuaca : drama menyentuh hati penutup 2011 : TENTANG DHIA. 


No comments: