Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, December 4, 2011

kepulangan yang disambut


hari jumaat parents aku datang ambil aku kat rumah sewa pergi puchong. tidur kat rumah makcik aku. mak aku siap datang bawak makanan favourite aku lagi. hehe. thanks mom.

tepat pukul 2.15am hari sabtu, makyang aku selamat mendarat di KLIA dan keluar di balai ketibaan dalam pukul 3am camtu. dia baru selesai menunaikan ibadat di mekah selama lebih kurang sebulan. first time jugak la kaki aku menjejak KLIA ni. seronok tengok ramai orang tertunggu-tunggu orang yang bakal disambut. ada yang menjerit-jerit panggil, melambai-lambai, pastu salam peluk cium sambil diiringi air mata. 

tapi aku ade perasan sepasang atuk nenek ni dari aku datang sampai aku nak balik, dorang macam tercari-cari seseorang, asyik tengok sekeliling, berdiri kat depan tempat ketibaan tapi takde sape pun yang dekat. mungkin anak dorang datang lambat sikit kot. tapi still cam sayu je hati aku tengok dorang.









 pagi tu aku tidur dalam pukul 5am pastu bangun balik dalam pukul 9am. then, tolong makcik-makcik aku kat dapur, teman cousin aku pergi pasar plus kerja yang patut anak dara buat la. macam-macam lauk kitorang masak. ramai orang datang melawat makcik aku kat rumah and seronok dengar pengalaman dorang pergi mekah. 

hari ni pun sama, lauk yang makcik-makcik aku masak macam nak buat kenduri. dorang masak kari ikan, udang sambal petai, ayam goreng special, siput sedut masak lemak, sayur. plus ada dadih yang cousin aku buat sendiri, cheese cake. memang makan je la kerja aku 3 hari tu ganti aku tak dapat ikut budak rumah aku pergi pc fair kt KLCC dengan jomheboh kat bukit jalil. haha.

nasib baik dorang tangguh tengok ombak rindu next week, kalau tak lagi tertekan aku. ==


ramalancuaca : semua komen best and dorang menangis tengok ombak rindu, tak sabar nak pergi tengok.


No comments: