Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, December 29, 2011

Tahun Melawat Perak 2012 ( part 2 )







1.  Hutan Simpan Royal Belum



Royal Belum yang merupakan sebuah hutan dara yang luas dan merupakan salah satu kawasan hutan simpan terbesar di Semenanjung yang tidak pernah diterokai oleh manusia. Kehadiran spesis haiwan mamalia yang besar di sini seperti gajah, badak sumbu, tapir dan harimau menjadikan Hutan Belum sebuah hutan simpan yang amat istimewa. Hutan ini kaya dengan haiwan dan tumbuhan yang mengagumkan yang mana banyak kawasan di sini belum pernah di teroka atau diganggu oleh kehadiran manusia. Royal Belum bukan sahaja sebagai pintu gerbang tetapi rumah kepada khazanah alam semula jadi yang unik dan penting.




macam-macam aktiviti jugak boleh buat dekat sini. kita boleh merentas hutan, bermalam di bumbun, melawat perkampungan orang asli, memancing, menaiki bot, berkhemah, berenang, berakit dengan mandi air terjun. kemudahan pun banyak disediakan. 

aku tak pernah pergi lagi tapi aku pernah baca pengalaman seorang penulis novel kat hutan simpan royal belum ni. macam best je. teringin pulak aku nak pergi satu hari nanti.



2. Kolam air panas Sungai Klah







Rupa asal TRAP Sungai Klah ada 2 sides sebenarnya. first, Kolam Air Gunung . second, Kolam Air Panas. dulu-dulu, kat Kolam Air Gunung nie ada replika sotong gergasi. tapi sekarang dah takde sebab kononnya ada yang mendakwa pernah nampak mata sotong tu berkelip dan bila berkelip, akan menyusul la kejadian yang tak diingini seperti lemas. untuk mengelakkan pelbagai spekulasi yang semakin tahyul so, pihak management buang sotong tu.




seronok la untuk beriadah bersama keluarga di hujung minggu.


3. Bukit Merah Laketown Resort

bukit merah ni dibina pada tahun 1995 dan salah satu taman air rekreasi yang ada kat perak. pelbagai aktiviti air yang ada kat sini selain daripada bermandi manda. antara game yang best kat sini ialah giant wave pool, games pool, adult and children's slow river rides, kid's water playground, giant bubble, three giant water flume rides, three raft tube rides and twin speed slides. aktiviti darat pun ada contoh macam kereta yang main langgar-langgar tu. 

salah satu yang best kat sini sebab ada tasik around bukit merah tu. kalau korang taknak mandi, boleh lepak tepi tasik tu bagi ikan makan atau jalan kat atas titi yang menakutkan tu untuk tengok pemandangan.









4. Lost World of Tambun






taman air rekreasi lost world of tambun ni antara tarikan paling latest dari sunway city ipoh.  taman yang terletak dekat kawasan bukit bukau hijau dan bukit batu kapur ada banyak aktiviti yang best untuk korang cuba. 

antara salah satu tarikan dia ialah sungai adventure yang merupakan taman air terpanjang dan kita boleh tengok senibina landskap sepanjang sungai tu. selain tu ada cliff racer, explorebay, jungle wave bay, tube raiders, tiger valley, tambun hot springs yang dikatakan 100% air mata semulajadi dan kaya dengan mineral yang dipercayai dapat menyegarkan seluruh tubuh korang dan macam-macam lagi.

jadi, meh datang meh.


5. Kuala Gula






Kuala Gula merupakan sebuah perkampungan nelayan terletak di persisiran pantai utara negeri Perak, kira-kira 50 km dari barat laut Bandar Taiping. Ianya merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Paya Laut Matang yang terdiri daripada hutan bakau dan kawasan pantai berlumpur. Kawasan ini penting sebagai kawasan mencari makan untuk burung-burung berhijrah dan tempat bertelur untuk burung residen. Kuala Gula telah terkenal di peringkat tempatan dan antarabangsa terutamanya kepada pemerhati burung kerana ianya amat signifikan dengan kewujudan burung air/berhijrah. Ramai pelawat tempatan dan antarabangsa seperti Amerika Syarikat, Australia, Eropah, Jepun dan negara lain datang ke Kuala Gula untuk melihat burung-burung ini.


naik bot sambil lihat burung-burung.

kiranya kat kuala gula ni tempat yang burung akan singgah dari pelbagai negara masa musim migrasi. selain dari pelbagai jenis burung, korang boleh jugak tengok memerang, beruk yang berekor panjang ngan monyet. ke dah selalu tengok?

kalau korang berbasib baik, korang boleh tengok kelibat ikan lumba-lumba rabung-balik ( translate google ) masa dalam perjalanan naik bot. lepas matahari terbenam biasanya banyak kunang-kunang akan bercahaya sepanjang tepi jalan dan mengucapkan selamat tinggal. =)


ramalancuaca : minggu yang akan menyibukkan diri.

No comments: