Wednesday, June 15, 2011

mom, i love you.


17July 1991.

Hospital Besar Ipoh.
seorang ibu bersusah payah melahirkan seorang anak perempuan.
dengan harapan yang sangat besar. supaya anaknya menjadi seorang yang
berguna di masa hadapan. 

15 June 2011

anak perempuannya dah 20 tahun. dah besar. ibunya juga semakin meningkat
 dewasa. masih aktif. masih berusaha mencari rezeki untuk menampung
 keperluan hidup membantu suami tercinta. anak-anaknya diutamakan. 
tidak mengapa jika keperluan diri diketepikan. janji anak-anaknya
 mendapat apa yang diingini. 

 ibu yang sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarganya yang tercinta. 
bila sedih, sedaya upaya disembunyikan. walaupun kadang-kadang nampak
dari air mukanya yang tidak dapat disembunyikan. 
semoga kebahagiaan sentiasa menjadi miliknya.
semoga hidupnya sentiasa diberkati dunia dan akhirat.
amin.

mak, ingat lagi tak?
dulu akak pernah buat mak menangis kan?
lepas tu, akak dah janji ngan diri akak taknak buat mak menangis lagi.
tapi kalau ada, akak nak minta maaf.
janji tak buat lagi.
hehe.

mak yang sporting.
mak yang best.
mak yang masak sedap.
mak yang tolong jahit baju.
mak yang dengar ape-ape yang akak bebel.
mak yang suka membebel jugak.
mak yang tahu isi hati akak.
semuanya mak la.

selamat hari jadi mak.
semoga mak panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki.
akak sayang mak.
sayang sangat.

Ya Allah.
Kau lindungilah mak aku.

lepas aku wish kat mak aku, mak aku call.

' mak, nak hadiah ape? '
' mak nak banglo. '
' haha. amboi demand. '
' hehe..apa2 je la. tak kisah. '
' kalau cam tu, akak bagi kasih sayang je la. '
' issh, kasih sayang tu wajib. hadiah lain. '

haha. akak bagi hadiah menantu la kat mak.
nak? =P


happy birthday. ^^


ramalancuaca : nanti nak post sal ayah lak.hehe.



No comments: