Sunday, June 19, 2011

for you, dad. =)




i remember,
dulu ayah aku garang.
kadang2 aku takut dengan ayah aku.
aku ingat lagi peristiwa waktu aku terlepas adik aku dari pegangan aku.
aku hampir di...
tapi nasib ayah aku masih fikirkan aku.
jadi aku terlepas dari hukuman itu.
terima kasih ayah. =)

i remember,
dulu waktu aku masih sekolah lagi.
aku selalu ikut ayah aku pergi tempat kerja dia.
tengok macam mana dia buat kerja.
tengok macam mana dia perah keringat dia.
tengok macam mana dia mencari rezeki.
untuk kami anak beranak.
terima kasih ayah. =)

i remember,
dulu waktu adik aku pergi.
mak aku paling sedih.
ayah aku yang tenangkan mak aku.
aku tau dia jugak sedih.
tapi sedaya upaya dia sembunyikan.
mak aku pernah cerita.
macam mana susahnya mereka dulu ulang-alik dari ipoh ke kl
untuk mengubati adik aku.
tatkala hospital ipoh masih belum punya pakar yang cukup.
hujan panas mereka redah.
walaupun akhirnya ALLAH lebih menyayangi adik aku.
terima kasih ayah. =)

i remember,
waktu ayah aku masuk hospital.
waktu ayah aku koma dulu.
aku tak dapat bayangkan kalau ayah aku takda.
aku tak dapat bayangkan apa yang akan terjadi.
aku masih belum bersedia untuk semua tu.
syukur, ayah aku masih bertahan.
terima kasih ayah. =)
dan, terima kasih ALLAH.

i remember,
ayah aku dah semakin kurang garang sekarang.
haha. tapi jangan la naikkan darahnya.
cakap je kat ayah aku nak pergi mana.
jom! mesti ayah aku bawak.
tak pernah dia tolak.
sampai sanggup hantar aku pergi kl
dan balik hari ke ipoh balik.
terima kasih ayah. =)

kasih sayang ayah akan sentiasa akak kenang.
sayang ayah.
terima kasih sekali lagi.

ramalancuaca : yah, jangan touching..haha.. ^^,

No comments: