Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, June 14, 2011

kl gangster ke sg. pangsun.

Jumaat. 10 Jun 2011

nhi : nin. 20sen.
nin : aku ada rm50 je.nah.
nhi : boleh. tapi keep the change la ye.
nin : mana boleh. meh balik rm49.80sen.
nhi : eee. takpe la.

tiba2,

fai : korang ni kenapa?
nhi : takde pape. rahsia.
fai : alaa. aku tau. 20sen kan. aku tengok muka kau aku tau da mesti nak mintak 20 sen.

haha..sengal. dia cakap muka aku muka 20sen.




Sabtu. 11 Jun 2011

10am - aku terjaga. meluru masuk ke tandas untuk menunaikan hajat kecil. ternampak muni bersiap-siap untuk keluar. belit shawl sana, belit sini, akhirnya kembali ke rupa asal. tiada kenginan untuk tidur semula.
beberapa minit selepas itu, muni keluar. ingin berjumpa encik ----m.

11am - bunyi phone rin bertalu-talu. tapi tiada tanda dia nak angkat. aku angkat. berborak sekejap dengan si pemanggil. pagi2 aku da kena ' begau '.. =='
rin bangun. bersiap untuk keluar jugak. dengan si pemanggil. encik ---m.

1pm -
ana : nis. kau tak nak keluar ke? aku nak keluar nie pergi masjid jamek. pas tu jumpa kakak aku.
nhi : tak tau la.pika?
ana : pika pon tak tau. dia tanya kau.
nhi : wani?
ana : dia pagi2 pukul 8 da keluar dengan d---.
nhi : oo.. aku tak tau la. tanya pika la.

pika : nis, nak keluar tak? tinggal kita dua je.
nhi : jom je la.

sampai ts, jumpa kawan lama. rupanya, waktu sekolah rendah dia sama kelas dengan aku. waktu sekolah menengah pulak, dia sama sekolah dengan pika. patut macam kenal. meronggeng la bersama dia dan adik-adiknya. beli tiket kl gangster untuk 5 orang. dapat seat c13-c17.waktu makan ' kawan lama ' ni tanya aku.

wani : yang tu shafiqah kan?
nhi : aah.
wani : kau nur hanis izzati kan?
nhi : angguk2. ( muka teruja )
dalam hati : bapak ah. dia ingat nama penuh aku. sekolah rendah pulak tu. aku pon tak ingat nama penuh dia. aku sure nama dia wani pon lepas aku ingat sikit2 ngan make surekan dengan pika. =P


aku suka sembang dengan adik wani, danial. baru darjah 2 tapi peramah giler. tak macam abang dia. tanya sepatah jawab sepatah. lepas tu suka jalan sorang-sorang. setiap orang memang lain2.

danial : kak, danial suka ultraman mebius. dia lawan dush dush dush dush. siap buat gaya sekali.
nhi : oo. tapi akak suka ultraman tiga.
danial : ultraman tiga pon danial suka jugak. tapi danial lagi suka ultraman mebius ngan ultraman gaia.
nhi : akak suka ultraman tiga je. akak suka hero dia.haha.

lagi satu aku suka cara danial jawab bila aku tanya soalan ni.

nhi : akak ngan kak pika pon adik beradik gak. cer tengok kitorang.
danial : tak. akak bukan adik beradik.
nhi : nape pulak?
danial : sebab muka akak lain-lain.
biasanya budak2 jenis terus terang. jarang tipu. aku ingat dia nak jawab ' sebab akak nie cerah, akak nie gelap sikit '. tapi at last dia jawab ' muka lain2 '. tu yang aku suka tu. haha.

p/s : mulanya aku tak sure ana keluar dengan sapa.aku ingat ana nak jumpa kakak dia. lepas tu, tiba2 aku dengar cerita dia terjumpa sir firdaus dengan tunang dia kat jalan tar. rupanya dia keluar dengan encik ----m-. siap kena bahan kat kelas. kantoi.. hehe..




Ahad. 12 Jun 2011






pagi ni kitorang pergi picnic kat sg. pangsun. mandi manda, makan-makan dan bergurau senda. masa nak keluar dari sungai tu kena lalu kat satu jambatan ngan merentas sungai. waktu nak rentas sungai tu, selipar aku  terlepas dari kaki aku. laju giler air sungai bawak selipar tu. nasib baik selipar tu tersekat kat satu pokok. pakwe kawan aku pon turun pergi ambil selipar tu. kalau tak berkaki ayam la kaki kiri aku.haih. clumsy la kau nis.

petang tu singgah ampang point main boling, makan2 pas tu balik.

p/s : terima kasih tumpangkan saya dan kami encik ---m-. ^^


ramalancuaca : buka tak mau ajak. malu.haha.



No comments: