Friday, June 24, 2011

cerita HARI-hari




merewang.

cerita ni dah lama. sabtu lepas. tapi aku nak cerita jugak. tak kira. 
sabtu lepas kitorang berenam pergi rumah umar ada kenduri cukur jambul dan tahlil. sambil kitorang tolong sambil kitorang dapat makan free bak kata pepatah sambil menyelam jangan lupa tangkap ikan dalam laut tu buat ikan bakar. sedap giler kot makanan lat rumah umar.

meal2 sedap : 
   sup tulang.
   ayam masak rendang.
   ikan bawal masak merah.
   keladi masak lemak + udang.
   jering masak sambal.
   tembikai.
   pecal.
   sagu kaya.
   dan macam2 lagi. 

ada banyak lagi kot. tapi tak ingat la. lauk, kuih, buah, air sampai kitorang tak larat makan nasi dah. ratah lauk je. nasib baik tuan rumah sporting. dan, terima kasih umar bawak kitorang pergi rumah kau walaupun aku tau tujuan utama nak perkenalkan pika kat family kau. haha.

      ----------------------------------------------------------------------------------------------------

juvana

dak2 rumah aku tak pernah terlepas tengok cerita nie. dan hari isnin lepas dia cerita pasal kisah hidup haris. walaupun dia buat benda tak elok, tapi dia sangat sweet. suka.haha.

     -----------------------------------------------------------------------------------------------------

ana dengar suara perempuan menjerit. masa dia intai rupanya perempuan tu kena ragut kat seberang jalan depan apartment kitorang tinggal. pukul 8 pagi. bahayanya hidup kami. 

Ya Allah, Kau lindungilah kami.

     -------------------------------------------------------------------------------------------------------

hari selasa aku lupa bawak purse pergi kolej sebab aku tukar beg. lupa nak ambil purse yang dalam beg satu lagi. patutlah aku rasa macam ada benda tertinggal. aku mesej muni mintak tolong bawakkan purse aku. tapi hari tu kitorang takda jodoh nak jumpa. bila dia free tunggu aku depan komasa aku pulak tengah ada kelas. bila aku take 5, keluar cari dia, dia dah hilang. nak kol, kredit pulak habis. pukul 2 lebih dah dekat pukul 3 baru terjumpa muni dekat surau. 

terima kasih muni bawakkan purse.
terima kasih syu pinjamkan duit untuk aku alas perut.
terima kasih rin pinjamkan aku kredit kau.
sayang korang. ^^

     -----------------------------------------------------------------------------------------------------

hari rabu kelas aku habis pukul 1 petang. hari rabu juga ada budak junior kena histeria kat kolej aku. aku sempat tengok 2 kali. tengah belajar pon dengar budak tu jerit2. masa aku tengok first time tu ustaz tengah azan. lepas ustaz habis azan, budak tu cakap.
' dah habis dah? '

bapak ah. takut lak aku. akhirnya, dari kelas habis pukul 1pm, aku sanggup tunggu dak2 rumah aku yang kelas semuanya habis pukul 5pm. takut punya pasal dengan teringat kes ragut lagi, aku rela biarpun aku harus menunggu. haha.

aku pun tak lepak sorang2, ada umar dengan wan yang ponteng kelas.
wan, jangan marah. hehe.
masa tengah lepak, ada orang call umar. pas tu, dia cakap dia ada kelas sampai pukul 7. kelas pukul 3-5pm pon kau tak pergi, tiba2 nak pergi kelas pukul 5-7pm. 

nis : bukan pika ke habis kelas 7?
kawan umar : kau kelas apa pukul 5?
umar : aku tunggu awek aku.
nis : sweetnyaaaa.
umar : aku tampar kang.

haha. malu la tu. betullah apa aku cakap. aku puji ikhlas.

rabu malam aku jadi action kamen, bunuh lipas. riuh rumah pukul 1 pagi. haha. 
terkejar-kejar kitorang dengan lipas tu. licik betul. habis keluar segala kepakaran yang selama ini dipendam.
watchaa!!

    --------------------------------------------------------------------------------------------------------
   
pagi khamis kolej aku ada wat ' seminar ' kat gua musang, kelantan. seminar la sangat. rupanya perasmian kolej kptm-kesedar yang baru kat kelantan. naik kematu ****** duduk dalam bas lama2. pergi balik hari lak tu. on the way balik tu aku tak boleh tido dengan piko. sembang dengan dia je la sambil dengar lagu. rin komen suara aku je dengar time dia tengah tido. suara piko ko tak dengar? 

haha. aku minta maaf kat kau dan kau yang lain yang tengah tidur kalau aku ganggu tidur korang.

majlis perasmian kptm - kesedar.

kptm hebat.

me.

kl-gua musang.


2 gambar nie aku buat waktu dengar ucapan orang BESAR kptm dan kesedar.
ngantuk kot. ==
    -------------------------------------------------------------------------------------------------------

jumaat.

kelas tax cancel. jenuh sharol pujuk sir. akhirnya dapat. hehe. perjumpaan mentor pon aku tak pergi. tapi syu cakap madam nak buat program bukak puasa nanti. macam best je. syu, cari tempat best2 aw.

pika cakap tadi dia mimpi kitorang satu rumah kena culik. haha, sama dengan mimpi kawan aku. dia mimpi aku kena culik. pas tu orang jahat tu nak buat benda tak elok kat aku.

' habis, kau la yang selamatkan aku '
' ye la. tapi acu sempat lari. acik yang kena bunuh. '

haha. drama betol mimpi ko tu..==

mak aku mesej. lala dah hilang. lepas dia keluar malam semalam tak balik.

aku rindu lala. kenapa lala hilang?
nanti sapa nak teman mak aku?
sapa lagi nak main dengan adik ngan ayah aku?
dan aku?
pulanglah.
;(

entry yang aku pernah buat pasal lala. tekan sini.

ramalancuaca : malam nie pasar malam.