Thursday, October 20, 2011

cinta yang kurasa.


usah biarkan kasihku sunyi menunggu
seorang diri

cinta yang kurasa
anis ayuni
638 muka surat


Seingat Laila Nabila, tidak pernah Mir Shariman menoktahkan hubungan cinta mereka, tetapi anehnya lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri..Dia cuba merisik kemelut yang melanda, namun segalanya kabur. Laila Nabila tahu Mir Shariman masih bernafas di atas muka bumi, tetapi lelaki itu seperti hilang terus dari galeri hidupnya..

Kali pertama bertemu dengan Laila Nabila, hati Raid bagai ditusuk panah arjuna..Dia terlena dalam cinta yang diimpi..Rasa kasih yang mendasari hati tidak disembunyi..Dia bagai mabuk kepayang mengejar cinta si bidadari..

Namun bagi Laila Nabila, dia tidak mampu memberi, walaupun sedikit ruang untuk Raid berteduh di bawah sayap kasihnya..Dia ingin terus setia dalam bercinta..Sekeping hati yang teruntuk buat Mir Shariman, biarlah terus menjadi miliknya hingga takdir memisahkan mereka berdua..

Mir Shariman tidak pinta hidupnya jadi begini, tetapi ALLAHmemilih dirinya untuk diuji..Dia tidak dapat meneka sama ada Laila Nabila ikhlas atau menerimanya atas dasar simpati..Lalu dia pasrah membiarkan hubungan mereka bergerak mengikut takdir Ilahi..



" aku mencetus situasi dan reaksi yang menekan
perasaanmu agar kau membenci. hakikatnya Laila,
 aku mengoyak hati sendiri. " - Mir Shariman


aku baru beli novel ni petang semalam. dari dulu lagi aku amat sukakan karya anis ayuni dan yang paling aku ingati novel beliau yang bertajuk manisnya cinta. sekarang ni aku dah sampai m/s 486. setakat ni aku rasa seronok baca novel ni dan aku sedang menunggu kesudahan cerita ni. selalu aku baca m/s akhir dulu untuk tau ending novel tu tapi kali ni aku nak surprise. 

ramalancuaca : macam dah dapat agak ending die.. ^^

No comments: