"anis, bangun! dah subuh". sayup-sayup suara mak aku memanggil aku.
aku tengok jam kat handset aku. oh, dah pukul 640am. dengan langkah yang perlahan aku turun tangga dan mengambil wuduk. selesai solat subuh, aku perlahankan ekon dan berhajat untuk sambung tidur.
"kak, nak ikut pergi jogging tak?"
"haa, ok"
terbantut keinginan aku untuk sambung tidur. aku bersiap untuk ikut mak dengan ayah aku pergi berjogging kat bukit kledang. sebelum pergi bukit kledang, ayah aku pergi ambil k.nore iaitu kawan mak aku aka kawan satu tempat kerja aku dulu.
sesampai kat bukit kledang, aku nampak cina-cina yang dah nak balik dan peniaga-peniaga cina kat tepi jalan. aku teruskan perjalanan aku untuk mendaki bukit kledang. mula-mula aku ikut belakang mak aku dengan k.nore tapi lepas ayah aku potong, aku berlari ikut ayah aku.
aku berjalan macam biasa dan kadang-kadang berlari anak untuk mendaki bukit. setelah meninggalkan mak aku dan k.nore kira-kira 150 meter di hadapan, mata aku berpinar-pinar. namun aku masih meneruskan perjalanan. sampai satu ketika aku tidak mampu untuk mengikut langkah kaki ayahku.
aku mula berjalan seperlahan yang boleh sambil menarik nafas. tapi aku rasakan ruang nafas aku sempit. sampai satu persinggahan yang ada uncle dan auntie cina sedang membuat senaman, aku berhenti dan duduk.
"kak, dah tak larat ke?"
aku menggelengkan kepala aku.
"akak tunggu mak eh?"
aku menganggukkan kepala aku.
beberapa minit kemudian, mak aku dan k.nore sampai di perhentian yang aku duduk. namun, aku masih tidak mampu untuk mengikut jejak diorang lalu aku biarkan saja mak dan k.nore berlalu pergi.
setelah aku merasakan mata dan nafas aku kembali normal, aku meneruskan perjalanan. namun aku hanya mampu sampai di perhentian kedua sahaja. aku berehat di situ sementara menunggu ayah, mak dan k.nore turun.
aku memerhatikan orang ramai yang sedang mendaki dan turun bukit. ada pelajar sekolah, ada budak muda tapi lebih ramai uncle dan auntie yang naik dan turun. cergas sungguh aku lihat dorang semua.
tiba-tiba aku rasa sesuatu berlingkar di kaki aku. aku lihat dan
'haa, ular!'
aku terkaku di situ keseorangan. aku terasa ingin menangis tapi aku kaku untuk bergerak. aku ingin menjerit tapi aku takut. tiada seorang pun yang perasan akan kehadiran aku di situ. aku bagai tunggul kayu. aku menangis di dalam hati. tiba-tiba
PAPP!!
aku terasa ada orang menepuk bahu aku. aku toleh dan lihat mak aku sedang tersenyum.
' oh, aku berangan rupanya '
"mana ayah?"
"tak turun lagi."
"tunggu ayah kat sini la."
selang beberapa minit kemudian, ayah aku turun dan kami meneruskan perjalanan untuk turun bukit dan selepas menikmati breakfast yang k.nore belanja, kami pulang ke rumah.
p/s : bab ular saja tambah.hehe.
--------------------------------------------------------------------------------------------
sampai rumah waktu makan tengah hari baru aku cerita sal aku nak pitam dekat mak dengan ayah aku,
" nape tak cakap kat ayah?"
" patut mak nampak muka kamu pucat tadi, tapi mak tak tanya la"
" kak, nak kertas ngan pen tak?"
"buat apa?"
"tulis surat wasiat"
=="
tak suka! |
ramalancuaca : mak aku cakap maybe sebab tekanan darah aku rendah. tapi aku taknak jumpa doktor, takut kena amik darah, takut jarum.