Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, October 29, 2012

Hari Aidiladha


biasanya hari aidiladha mesti fikir lembu,kerbau yang kena korban sume. tapi hari nie jugak hari orang ramai menunaikan haji.





buku nie cerita pasal pengalaman orang-orang yang pernah pergi menunaikan haji dengan orang yang pernah bawak orang lain pergi menunaikan haji. macam-macam cerita ada tapi buku yang aku baca edisi yang ke-4.

pengalaman artis pun ada. menakutkan, terharu, sebak semua ada.

apa yang kita buat semua dapat cash.

even yang baik pun dapat cash.

yang aku ingat sorang lelaki nie dahaga pastu dia teringin nak makan aiskrim and time tu jugak dia dapat. then, dia saje joke dalam hati dia aku nak makan ketam pulak la walaupun dia tau susah nak dapat ketam kat sana. bila dia pergi dewan makan, memang betul-betul terhidang lauk ketam.

banyak lagi cerita iktibar kat dalam buku nie. even sorang makcik nie pun dapat jumpa arwah suami dia yang dah lama meninggal. paling best arwah suami dia teman dia buat ibadah satu hari and hantar sampai depan hotel lagi. lepas tu dia hilang.

menakjubkan kan? ;)



selamat menyambut hari aidiladha.


ramalancuaca : want to know but afraid. what is this?

Tuesday, October 23, 2012

2 personality


yeah, i admit that.
bukan baru sekarang,tapi dari dulu lagi.

i am more myself when around friends.
but a bit different around you.
not a bit, maybe a big difference.

i dont know why

-----------------------------------------------------------------------------------------

thats why i dont like it when people close to me,
i mean old friends express their feeling.
the different feeling.

it will change the environment 100%.

from 'weh kau' and like huhahuha to ' alamak, die. '

its akward you know!

and it will take few years to us to get contact back.

or maybe not forever.





ramalancuaca : sampai di sini sahaja.

Thursday, October 18, 2012

anugerah bestari


this is my new classmate ( AC220 4D )



Insya Allah sampai ke akhir degree.

tapi bukan semua eh. yang tengah atas dan tengah bawah tu ialah lecturer yang datang bagi sokongan kat anugerah bestari nie.

anugerah bestari nie dianjurkan setiap sem kalau tak salah untuk pelajar yang dapat 3 pointer ke atas. best kan? dorang ajak semua part 4 datang untuk bagi motivation kat kitorang.

tapi paling bangga bila tengok ex-senior kptm yang dapat kat uitm SI yang naik pentas ambik anugerah bestari nie. tahniah kakak2 dan abang. ^^

and lastly, lepas nie kitorang akan dapat gelaran junior forever sebab uitm SI dah tak ambik intake baru untuk degree account. tak best ah tak dapat jadi senior. ==


ramalancuaca : hardworking, hardworking and hardworking. baru lepas terhapus dosa-dosa kecil. =)


Sunday, October 14, 2012

survival camp


minggu yang sangat membusykan.
bayangkan. hari selasa je aku ade 2 presentation. hari rabu ade kuiz. hari khamis ade kem survival sampai sabtu petang. malam tu ade ceramah ldk. hari ahad ade program ldk sampai 430pm. isnin petang pulak kena pergi anugerah bestari. 

dengan tak hilang penat dengan ngantuk, dah kena pergi ldk pulak. tapi alhamdulillah dah lepas dah semua tu. 

---------------------------------------------------------------------------------------

survival camp

mula-mula aku fikir oh! survival, mesti masuk hutan, daki bukit segala bagai tu. tapi bila dah sampai, banyak program indoor je yang sangat aku tak suka. 

petang jumaat je ade sekejap  outdoor game dalam kawasan pokok kelapa sawit yang kena tutup mata dengan kain hitam tapi tak sempat habiskan sebab hujan. 

malam tu kena buat teater muzikal yang ade nilai-nilai murni and group aku dapat tema irama malaysia. fortunately, group aku dapat no 2 out of 5. yeay.

lepas malam teater tu habis, kitorang turun pergi supper dan bila naik balik, tiba-tiba kitorang semua kena marah dengan En Amir, dengan faci, dengan lecturer sampai kitorangnyer penghulu and penghuluwati kena panggil pergi depan.

memang kitorang kena teruk giler lagi-lagi bila faci panggil beberapa nama suruh berdiri kat depan. takutnya Ya Allah, tuhan je tau. jenuh fikir, apa salah yang kitorang buat. sampai satu tahap bila faci suruh semua yang berdiri tu mengadap dinding dan fikir apa salah dorang.

then, tiba-tiba faci tutup lampu and nyanyi lagu happy birthday. rupanya budak-budak yang kena panggil tu sume bufday bulan 10 and dorang saje buat gimik sebelum nak celebrate. haihh, saje jek.

bertakung jugak la air mata kitorang bila tengok apa yang dorang buat. lakonan dorang memang sangat-sangat real. 

one more thing, aku tabik kat penghulu kitorang bila dia jawab soalan yang faci tanya waktu kena marah tu. even dia pun nangis lepas dapat tau semua tu prank jek. mahal tu air mata lelaki. 

last day baru kitorang ade game explorace and waktu penutup kitorang dapat coklat sorang satu and lecturer suruh kitorang bagi dekat sapa yang kitorang rasa bagus and layak dapat coklat tu. majoriti kitorang semua bagi kat penghulu and dia dapat coklat paling banyak dari orang lain. nasib baik dah tak nangis. haha.

panjang pulak cerita aku. dah lah, pi tengok gambaq.


nie sebelum kitorang buat senaman pagi.


this is our home. sebelum bertolak pergi u.


the view of nur lembah lenggong and sungai perak.


oh! i know. tema aku pi lenggong nie memang peace.

haa! group aku menang group paling havoc. =='


ramalancuaca : walaupun dah bape kali buat story pasal mak ngan ayah waktu pergi kem, still akan mengalir jugak air mata ni kan.

Tuesday, October 9, 2012

my weekend


macam mana dengan ceramah ustaz Don?

best. tapi tak puas la sebab tak lama sangat masa dia. sebelum dengar ceramah ustaz Don, kitorang dihiburkan dengan Far East dengan hafiz hamidun dulu. 

dari atas aku tengok hafiz hamidun nyanyi, shahdunya la hai. 

misi bertukar! dari k-pop ke Hafiz Hamidun! :P


konsert tu habis pukul 12 tengah malam. tapi kitorang tunggu sampai 1 pagi semata-mata nak bergambar dengan Hafiz. kau tengok nie..



eh bukan nie.. ni gambar kami.


haa..ni die. nampak tak? 


lagi satu, dewan UTP nie Ya Allah, besar giler. tapi lagi besar kawasan UTP die. masjid dia pun dah macam masjid terapung, dikelilingi air. library die pun tak terkata besar. itu baru aku tengok dari luar. dorang cakap kalau nak ambik buku siap kena panjat tangga lagi.


hari sabtu malam pulak aku pergi lagi UTP. dah macam rumah kedua dah. ada rakaman 30 minit bersama ustaz Don. 2 episod jugak la dia rakam. kalau ada rezeki masuk la muka dalam tv AlHijrah tapi macam jauh sekali je peluang tu. 

takpelah, janji dapat masuk rasa masuk UTP and dengar ceramah ustaz Don percuma lagi.


ramalancuaca : UTP, daebak!!

Friday, October 5, 2012

ceramah Ustaz Don Daniyal


malam nie aku dengan housemate aku nak pergi dengar ceramah ustaz Don Danial kat Universiti Teknologi Petronas. selain ustaz Don, ada hafiz hamidun ngan far east. event nie UTP yang anjurkan dan terbuka kat orang luar tapi kena bayar tiket masuk. 

UTP nie rajin anjurkan event untuk orang luar. aku selalu jugak la nampak budak-budak UTP promote dorang nye event kat pasar malam yang ada kat sini. 



jom join. 
malam nie nak pergi baru ajak join. haha.


ramalancuaca : minggu depan ade camping untuk semua pelajar baru account part 4. hee..^^