Tuesday, July 3, 2012

lesen memandu



aku tengah belajar memandu untuk mengambil lesen yang sah untuk aku pergi meronggeng ke mana-mana. tapi banyak betul halangan untuk aku pergi kat tempat driving nie. paling banyak problem transport la sampai hiba hati aku dibuatnya. nasib baik sekarang dah makin okay.

rasa macam best je bawak kereta kat jalan raya, belajar parking, 3 penjuru dan bukit. jam untuk aku belajar kereta dah habis, sekarang tinggal pra-test dengan test JPJ yang sebenar. takut.

dulu bila aku tengok orang lain bawak kereta, rasa macam wahhh lagi-lagi part pusing stereng guna sebelah tangan je. dulu la, sekarang aku pun boleh. haha. kadang-kadang time aku tengah belajar kereta, agak-agak cikgu aku tak nampak aku pun pusing stereng guna satu tangan. pastu senyum sorang-sorang bangga dalam hati. macam orang gila.

nasib baik aku dapat cikgu yang tak garang dan asyik potpet potpet je sebelah aku. ada je cerita dia nak cerita kat aku. takdelah aku boring sangat belajar kereta. cara dia ajar pun best dan senang untuk aku ikut. 

part motor pulak, masa mula-mula aku jejak kaki aku kat situ aku asyik gelak je tengok gaya-gaya time berhenti, time nak jalan, time nak perlahan. sekarang aku lah salah sorang yang buat gaya-gaya tu. time takde orang okay lagi, time budak-budak baru habis kelas semua pakat kumpul kat tepi-tepi nak tengok 'senior-senior' ni bawak motor. lepas ni giliran korang pulak ye. 

dulu aku paling bermasalah kat titi. kalau 10 kali aku buat pusingan, dalam 3 ke 4 kali je aku lepas yang lain semua jatuh. nasib baik cikgu yang ajar aku kereta bagi tips camne nak lepas titi. lepas aku follow tips cikgu aku, memang aku tak pernah jatuh dah kat titi. harap-harap berkekalan sampai ke test JPJ lah ye.

pastu bila setiap kali lalu kat titi and dah tak pernah jatuh dah, dalam hati bukan main happy lagi tapi sebab ramai orang tengok nak cover punya pasal, bukan main serius lagi muka. haha. sekarang aku nak habiskan motor lagi beberapa jam and terus pergi test JPJ.

doakan aku untuk lepas test JPJ untuk motor dan kereta.


you can do it, anis.

all the best. 




ramalancuaca : kala kawan-kawan bekerja dan pergi ke kelas, teman keseorangan di rumah. terima kasih laptop kerana menceriakan hari saya yang tak berapa ceria. =)



No comments: