Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, July 13, 2012

kejayaan tidak datang bergolek


' salam. anis, nie abg skem yg call ptg tadi, esok tunggu kat lrt cempaka pukul 7.00 ek. '

' okay. time kasih. '


6.15am
ringtone alarm : pot the elegance of pachelbel

aku bangun. bersiap. sampai di lrt cempaka pukul 7am tepat. kelibat kereta tidak kelihatan lagi. aku berjalan ke thenews untuk membeli vitagen. untuk tenaga. RM1. cukuplah untuk pagi nie. aku terus menunggu. dari jauh aku nampak kereta sekolah memandu aku. aku lihat jam di tangan, dah 730am. okay. sampai jugak akhirnya walaupun tak tau jalan.

aku sampai di sekolah memandu pukul 9am pagi. terus aku belek papan putih cari nama aku. oh, sesi 2. kejap lagi la tu. tiba-tiba, hujan turun. dari renyai semakin lebat dan kembali renyai dan lebat kembali tapi tidak berhenti.

jam menunjukkan pukul 12. uncle jpj mula kelihatan resah. 

' nak buat jugak ke hujan nie? '

' nak '.

' okay. '


ujian memandu sesi 1 untuk motor kembali bermula dengan hujan yang tidak berhenti lagi. preeeett! calon pertama memulakan pemanduan. sorang-sorang lepas. beberapa minit kemudian, sesi ke 2 bermula. aku calon nombor 3. 

calon pertama untuk sesi ke 2 dah masuk. semakin dekat. akhirnya tiba giliran aku. preeett! masa untuk aku masuk. setelah melakukan aksi- aksi yang diperlukan, aku tukar gear 2. sebaik sahaja aku ingin bermula, aku tak dapat kawal motor aku. motor aku tak stabil. kedua - dua kaki aku jejak ke tanah. ah, malunya.

aku terus memulas minyak dan teruskan langkah motor aku. aku pandang uncle jpj. ah, dia tengah tengok aku. aku teruskan jugak walaupun aku takut. sampai habis bahagian 2, aku berhenti dan matikan enjin. dalam hujan renyai-renyai aku berlari ke pondok jpj yang pertama untuk mengambil borang. 

aku tanda tangan. dan aku lihat markah aku. luluuuss. yeah. aku serahkan borang aku ke pondok yang kedua dan aku teruskan perjalanan aku sampai selesai. aku kembali berjalan mengambil borang di pondok kedua. aku tanda tangan. luluussss jugak.


alhamdulillah. rahmat hujan. terima kasih tuhan. =)


ramalancuaca : menunggu test untuk kereta pulak. doakan aku berjaya. ^^

No comments: