Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, December 27, 2011

ulu kenas, kuala kangsar.


petang ahad.

anak dara : yah, jom balik kampung kutip buah manggis.
ayah si dara : mana ada buah manggis kat kampung nak.
anak dara : ouh, ye ke. ingatkan ada. takpelah kalau macam tu.
ayah si dara :  nanti ayah try tanya kawan ayah.

isnin.

mak si dara : ni mak dah beli buah manggis untuk kamu. mak beli dengan pokok dia sekali. pergi tanam kat kampung.
anak dara : bila nak pergi tanam yah?
ayah si dara : esok pagi kita pergi.
anak dara : tersenyum lebar.

selasa.

inilah hasilnya...



pokok manggis yang aku tanam. lagi satu adik aku tanam.
kita lihat hasilnya nanti.

jaga diri bebaik ye pokok. berbuah banyak2 aw.



ni rumah dekat tanah kampung tu. ada family sewa.



ni kawasan belakang rumah. still bersemak samun lagi.


pokok cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan.

tapi buah cempedaknya tak masak lagi.


my dad's car.




lepas siap semua tadi, kitorang sempat singgah pekan kuala kangsar pekena ikan bakar dengan kuah asam dia..perghh..sedap kot. sebelum balik sempat la jalan-jalan kejap kat situ. bila nampak labu sayong, teringat dalam kelas ETR hari tu lecturer tanya  'labu sayong terkenal dekat mana?'

aku yang satu-satunya orang perak kat dalam kelas tu boleh terdiam. tak jawab. padahal budak-budak lain dah merapu sampai ke negeri mana ntah. 

macam mana aku boleh terlupa. kat perak la. kuala kangsar, perak. hishh, cemana nak promote negeri perak nis oi??? 

sori ye mak ayah, opah atuk, pakcik makcik, sultan, menteri-menteri, mufti-mufti. nanti saya masuk kelas special belajar pasal negeri perak. ^^


ramalancuaca : geram pulak tengok mak si zikir tu..


No comments: