Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, October 16, 2011

there you go.

semalam dah macam hari raya rumah aku. maksud aku, rumah opah 
aku. mungkin penangan raya haji yang makin dekat. ada kaitan ke?


tengah hari - pakcik belah mak aku datang aka abang mak aku beserta family.


petang sikit - pakcik belah ayah aku datang aka adik ipar ayah aku seorang.


petang lagi sikit - kawan-kawan klinik tempat aku kerja dulu seramai 3 orang.


malam - pakcik belah ayah aku aka adik ipar ayah aku beserta family.


pakcik aku yang malam datang bawak uri cucu dia sekali aka bini anak dia
aka menantu dia. dia tanam kat halaman rumah opah aku.


jadi, kepada bakal-bakal suami. cara-cara untuk tanam uri yang aku 
baru belajar semalam dari opah aku.


1. cuci uri tu bersih-bersih. 
2. letak uri tu dalam kain.
3. tabur garam kasar kat uri tu.
4. ikat kain yang ada uri tu.
5. letak kain tu dalam tempurung kelapa.
6. pergi korek lubang dekat tempat yang nak tanam.
7. tanam uri tu dalam lubang yang dikorek.
8. sambil berselawat.


ini yang aku belajar semalam. tapi mungkin orang lain, lain cara dia. wallahualam.


semalam jugak aku dapat tau uri aku pun ayah aku tanam kat sini, 
rumah opah aku. even kakak dan adik-adik aku pun kat sini jugak.
ouh, begitu.


--------------------------------------------------------------------------------------------


semalam aku belajar masak ketam masak lemak. tapi takde gambar sebab 
ketam tu dah lesap sekelip mata. pakcik aku siap tambah tiga kali lagi. sedap sampai tak terkata. pakcik aku yang lain sembang-sembang buat lawak pun dia ignore. time tu dunia dia hanyalah ' ketam '.


nasib baik aku simpan seketul siap-siap untuk aku. haha.


-------------------------------------------------------------------------------------------


dan hari ni aku masak kerang tanpa pertolongan mak aku. mak aku hanya 
menyumbangkan suara dari dalam rumah.
' pergi tumis bla bla '
' pas tu masuk bla bla bla '
' sukati kamu la nak masuk banyak mana '


dan inilah hasilnya,




kerang 3 perasa. 



aku tanya mak aku, 
'mak, ape nama masakan ni?'
' entahla, letak nama mak la. kerang mas ayu '
 == '

nak rasa? 
bagi yang suka syok sendiri macam aku, mestila aku kata SEDAP. haha.

cara makan dia :

1. letak kerang dalam mulut kau.
2. jilat segala sambal yang ada kat kerang tu.
3. kemam sekejap sambal tu.
4. bukak kerang ambil isinya.
5. masukkan ke dalam mulut beserta nasi.
6. kunyah dan telan.
7. boleh juga diratah begitu sahaja.


ramalancuaca : zz,  <3.. ^^ 





2 comments:

trah khalid said...

untung lah dah cuti semmmm :)

izzatizham said...

hehe..ritu kamu dah cuti lame..bg kita lak..^^