weekend yang sangat memenatkan kerana study untuk test-test yang akan
menentukan masa depan kami. moga-moga semuanya lulus dan tidak akan
meninggalkan sebarang cela yang boleh melemahkan jiwa.
sangat-sangat-sangat penat. |
baru-baru ni perut aku selalu sakit. mungkin disebabkan tidak mengikut
jadual makan yang betul.breakfast dah hilang.kadang-kadang pukul 10am.
kadang-kadang terus tunggu tengah hari menjelma. kadang-kadang dah
makan pagi, terus biarkan perut meronta sampai ke malam.
tadi pon sama. sampai pukul 5pm hanya mengisi perut dengan
sebungkus roti coklat rm0.70 dan sedikit air masak. sampai
sakit belakang badan aku sebab lapar.
pelik kan?
aku kalau lapar sangat mesti sampai sakit belakang badan.
maaf ye perut, lepas ni aku jaga kau elok-elok.
disebabkan itu, kami pergi melantak dekat KL sentral.
jauh tuh semata-mata nak melantak?
skandal baru muni. haha. |
oh, esok puasa. jadi, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada
semua umat Islam di seluruh dunia terutama kepada family aku dan
kawanKawan aku. aku juga ingin meminta maaf jika aku pernah
terkasar bahasa, mengecilkan hati, tersilap bicara, dan semuanyalah.
semoga bulan ramadhan kali ini dan InsyaAllah yang seterusnya
memberi seribu erti dan keberkatan kepada kita semua.
SELAMAT BERPUASA.
ramalancuaca : jam menunjukkan 1234am. perut aku sudah berbunyi lagi.
1 comment:
kuang ajar ko kan..
hahaha....motif sebenar ko nk letak gmbr 2 jekan????
=_="
Post a Comment