sedang aku bersembang dengan mak aku, aku ternampak sehelai kertas
di bawah pintu rumah kami. aku pon ambil dan baca.
rupanya, jiran kami yang bagi surat tu.
dengan niat ingin berkawan.
siap bagi emel facebook ngan no telefon lagi.
tapi bila bukak fb dia cam tak pernah tengok je.
muni dengan ana cakap dorang pernah nampak.
haa! kalau macam tu mesti dia nak kenal salah sorang dari korang. haha.
tapi maaflah.
kami tidak ingin menjalinkan hubungan jarak dekat.
haha. tak la. kami anggap anda sebagai jiran sahaja.
cakap pasal jiran, jarang giler aku nampak jiran-jiran kat umah aku nie.
walaupun hari-hari aku keluar masuk rumah, tapi batang hidung pon tak
nampak. lagi-lagi rumah sebelah aku ni, tak tau la family ke,
perempuan bujang ke, apa ke. yang selalu dengar dentam dentum bunyi lagu
kat rumah dia. boleh dikatakan sepanjang sem berlalu, dalam 4 ke 5 kali
je jumpa orang sebelah ni.
sorang je jiran yang ok dengan kami. kak Ila. itupun sebab kami pernah
berkunjung ke rumah dia lepas dia jemput sebab buat open house.
tapi sekarang pon da jarang nampak dia.
tapi nasib baik selama kami kat kawasan kejiranan sini tak pernah la
terjadi apa-apa kecuali surat layang tu. kami bising macam mana
pon, gelak macam mana pon, tak pernah kena tegur.
memang kami tidak dipedulikan langsung di sini.
sukati engkau la nak buat apa pun.
kalau kat rumah kawan aku dorang selalu kena tegur sebab bising.
walaupun dorang tingkat 7, guard bawah siap bagi warning lagi.
sebab? bising.
ramalancuaca : kenalilah jiran anda.=P
No comments:
Post a Comment