Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, April 23, 2013

uitm day


assalamualaikum.
dah lama tak menulis. rindu.
jom kita mulakan.


hari khamis 4 april lepas kelas aku ditanggungjawabkan untuk anjurkan event anugerah bestari dan dekan. yang best kat uitm nie bile setiap orang ade tugas masing-masing dalam event-event yang diadakan. macam kelas aku 5D kene buat event majlis anugerah bestari, kelas 5C kene buat sports day dengan family day, kelas 5B kene buat event ilmu bestari and lastly kelas 5A kene buat dinner tolong senior part 6. 

so, dalam kelas bahagi lagi tugas setiap sorang and aku under ajk hadiah. walaupun aku tak dapat naik pentas sem nie untuk dapat anugerah, naik pentas bagi hadiah pun bolehla. :P



ini sebahagian dari gambar sepanjang majlis tu berlangsung and kalau korang perasan sorang mamat yang gambar bawah tu, he is one of the artist that night. dia main keyboard lagu flow in the river. cayaq hati cek dengaq lagu mendayu-dayu tu.

alhamdulillah, event nie berjalan lancar and walaupun ade dengar komen-komen dari senior and lecturer, kitorang rasa kitorang dah buat yang termampu and kalau ada peluang lagi kitorang buat lagi baik. In syaa Allah.


---------------------------------------------------------------------------------------------



sports day nie pulak diadakan sehari selepas majlis anugerah bestari. aku seperti biasa hanyalah sebagai penonton yang setia menyokong ahli pasukannya. haha. ada 3 game je futsal, bola jaring dengan bola tampar. kelas aku dapat tempat ke 3 untuk bola tampar dan futsal. 

sports day nie start petang sampai malam. dekat pukul 12 baru habis sume. 


---------------------------------------------------------------------------------------------



nampak tak kelas aku menang banyak hamper?
banyak giler game yang dorang buat tapi yang best game yang dorang buat sume ambil dari running man. game bibo, minum lemon, melukis pastu teka menatang ape, tali yang lompat-lompat pastu sorang-sorang masuk and banyak lagi. aku pun tak tau nama game tu. 

family day nie lak diadakan sehari selepas sports day. yang gambar macam makeup tu pemenang mr korea. hensem tak?

hari tu jugak birthday housemate aku, anis. happy belated birthday, nis. macam cakap kat diri sendiri jek. :P

walaupun aku tak join jugak game-game nie, tapi dak kelas aku yang menang berbesar hati berkongsi hadiah. kitorang pun pakat makan ramai-ramai dalam kelas. heee..


----------------------------------------------------------------------------------------

lepas nie ade dinner pulak. walaupun mula-mula aku ingat tak nak pergi tapi lepas jadi ahli mobac nie rasa macam tanggungjawab lak untuk pergi bagi support. ahli mobac?



mobac nie persatuan untuk degree fakulti akaun. tetibe aku macam teraktif sem nie masuk persatuan nie.



nampak lagi tak keaktifan aku sem nie?
setiap kali ada aktiviti kat uitm, dorang mesti sediakan sticker untuk pelajar. kalau sem lepas dari mula sem sampai habis sem, aku kumpul 4 sticker je. sem nie terbanyak lak.


thats all for this mid term break. kalau ada umur yang panjang aku menulis lagi.


ramalancuca : berita tergempar? daebak.

Tuesday, April 2, 2013

is anyone home?


tok! tok! tok!

is there anyone home?

tok! tok! tok!

nobody la..

okbai.




ramalancuaca : i want nobody nobody but you.

Sunday, February 3, 2013

classmate and my life





1st picture : my mgt groupwork waktu pergi interview Al Ikhsan. fortunately, our group got the highest mark in this assignment. ho yeah.

2nd picture : my new friend from uitm johor. jalan-jalan dekat booth yang bukak waktu dak uitm si tengah grade.

3rd picture : keluar berjalan di jj yang baru bukak kat manjung. 



gambar nie pulak waktu our last day class and we decide to go out with all the classmate. takde gambar reramai sebab tak amik kat dorang. kitorang pergi makan kat area lumut and midnight kat tepi laut sekejap. dalam 7 kereta konvo and we had the longest table for dinner. excited jap. 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DINNER




ini housemate dengan two of uitm si lecturers.




picture tengah is my classmate tapi tak semua ada. 


although it is busy and tough during degree, sometimes i laugh because of them even now there are conflicts between us. opss!


ramalancuaca : i hope still can be with them in the next semester.


housemate & my life






introduce my housemate!!

1st picture, from left : ann, meah, kina, alia, anis, me and huda.


semuanya aku baru kenal awal sem degree nie kecuali kina sebab dia classmate aku waktu sekolah dulu. dia la yang tolong aku carikan rumah sewa untuk degree nie sebab dia memang asal uitm si dari diploma.

gambar nie waktu kitorang pergi jalan-jalan release tension.

so far, dorang sume housemate yang baik. walaupun dorang dah lama kenal antara satu sama lain sebab semua asal uitm si and baru je kenal aku untuk degree nie, dorang treat aku macam dah lama kenal. yup, aku selesa kat rumah nie buat masa nie. 

 kina is my roomate and huda is my classmate. 

for me, degree in accounting is so tough that my tears flow many times because of it. so many assignments, tests and quizzes berturut, presentation and many more. even classmate aku yang dapat anc waktu dip pun post nie lepas final exam maf hari tu,


ada bran nk amek dgree akaun? sya nsihtkn..hmm xpyh la amek weyh!! nyushkn kpla j..grrrr!!!!


itu yang dapat anc. aku? its too late for me to turn back, i think. bukan nak takutkan, tapi kena berusaha more and more and more and more to success. totally different from dip in acc.

 kalau result keluar nanti, boleh tak aku taknak tengok? or kalau aku dah tengok, can i keep it secret? or please dont ask me?

except if i get dean list. bahaha. memang macam nak capai bintang di langit.


ramalancuaca : can i?


Sunday, January 20, 2013

CN BLUE I'm Sorry





rindu nak update.


ramalancuaca : will update soon.. =)

Thursday, November 15, 2012

life


kengkadang aku terfikir,
betul ke jalan yang aku ambil nie?


apa yang patut aku buat?

susahnyer.

mencabarnye.

risaunyer.

takutnyer.

ramai orang cakap
' kau mesti boleh buat'.

tapi memang tak sama kan bercakap dengan melakukannya.

tapi ayat tu jugak la yang boleh memberi kau semangat.

semangat untuk meneruskan perjuangan.


-------------------------------------------------------------------------------------------


isi hati yang tercipta.
penuh dengan warna, kepayahan, kesibukan, kegembiraan, kesemuanyalah.

tapi tak baik mengeluh kan. aku dah berusaha tapi mungkin tak cukup lagi. jadi, aku kena berusaha lebih lagi. lebih lagi dan lagi.



thanks RM peneman di kala tengah bak kata gary STRESSS


ramalancuaca : there's still long way to go. =)

Friday, November 2, 2012

s.t.u.d.y


perasan tak?

dulu time diploma setiap kali cuti mid term atau cuti seminggu dua mesti berlambak-lambak bawak balik buku. kononnya nak study la waktu cuti tu. padahal lagi sehari dua nak masuk kolej balik baru bukak buku. kadang-kadang tu tak bukak langsung. beria je bawak balik buku banyak-banyak.

sekarang time degree pun sama jugak. time cuti bawak balik buku banyak jugak. tapi kalau tak sentuh langsung, rasa tak senang duduk. malas macam mana pun, mesti bukak jugak bila fikir ade test menunggu, ade presentation menunggu. kalau dulu presentation dalam 1 ke 2 subjek je, tapi sekarang hampir setiap subjek kena present. 




ulat buku? totally not me.


tapi macam akan terjadi je.




can't stop smile when look at them. ^^


ramalancuaca : you can do it.hwaiting!

Thursday, November 1, 2012

misteri


perhatikan dan baca













apakah?


ramalancuaca : jangan biarkan diri anda diselubungi misteri...


Monday, October 29, 2012

Hari Aidiladha


biasanya hari aidiladha mesti fikir lembu,kerbau yang kena korban sume. tapi hari nie jugak hari orang ramai menunaikan haji.





buku nie cerita pasal pengalaman orang-orang yang pernah pergi menunaikan haji dengan orang yang pernah bawak orang lain pergi menunaikan haji. macam-macam cerita ada tapi buku yang aku baca edisi yang ke-4.

pengalaman artis pun ada. menakutkan, terharu, sebak semua ada.

apa yang kita buat semua dapat cash.

even yang baik pun dapat cash.

yang aku ingat sorang lelaki nie dahaga pastu dia teringin nak makan aiskrim and time tu jugak dia dapat. then, dia saje joke dalam hati dia aku nak makan ketam pulak la walaupun dia tau susah nak dapat ketam kat sana. bila dia pergi dewan makan, memang betul-betul terhidang lauk ketam.

banyak lagi cerita iktibar kat dalam buku nie. even sorang makcik nie pun dapat jumpa arwah suami dia yang dah lama meninggal. paling best arwah suami dia teman dia buat ibadah satu hari and hantar sampai depan hotel lagi. lepas tu dia hilang.

menakjubkan kan? ;)



selamat menyambut hari aidiladha.


ramalancuaca : want to know but afraid. what is this?

Tuesday, October 23, 2012

2 personality


yeah, i admit that.
bukan baru sekarang,tapi dari dulu lagi.

i am more myself when around friends.
but a bit different around you.
not a bit, maybe a big difference.

i dont know why

-----------------------------------------------------------------------------------------

thats why i dont like it when people close to me,
i mean old friends express their feeling.
the different feeling.

it will change the environment 100%.

from 'weh kau' and like huhahuha to ' alamak, die. '

its akward you know!

and it will take few years to us to get contact back.

or maybe not forever.





ramalancuaca : sampai di sini sahaja.

Thursday, October 18, 2012

anugerah bestari


this is my new classmate ( AC220 4D )



Insya Allah sampai ke akhir degree.

tapi bukan semua eh. yang tengah atas dan tengah bawah tu ialah lecturer yang datang bagi sokongan kat anugerah bestari nie.

anugerah bestari nie dianjurkan setiap sem kalau tak salah untuk pelajar yang dapat 3 pointer ke atas. best kan? dorang ajak semua part 4 datang untuk bagi motivation kat kitorang.

tapi paling bangga bila tengok ex-senior kptm yang dapat kat uitm SI yang naik pentas ambik anugerah bestari nie. tahniah kakak2 dan abang. ^^

and lastly, lepas nie kitorang akan dapat gelaran junior forever sebab uitm SI dah tak ambik intake baru untuk degree account. tak best ah tak dapat jadi senior. ==


ramalancuaca : hardworking, hardworking and hardworking. baru lepas terhapus dosa-dosa kecil. =)


Sunday, October 14, 2012

survival camp


minggu yang sangat membusykan.
bayangkan. hari selasa je aku ade 2 presentation. hari rabu ade kuiz. hari khamis ade kem survival sampai sabtu petang. malam tu ade ceramah ldk. hari ahad ade program ldk sampai 430pm. isnin petang pulak kena pergi anugerah bestari. 

dengan tak hilang penat dengan ngantuk, dah kena pergi ldk pulak. tapi alhamdulillah dah lepas dah semua tu. 

---------------------------------------------------------------------------------------

survival camp

mula-mula aku fikir oh! survival, mesti masuk hutan, daki bukit segala bagai tu. tapi bila dah sampai, banyak program indoor je yang sangat aku tak suka. 

petang jumaat je ade sekejap  outdoor game dalam kawasan pokok kelapa sawit yang kena tutup mata dengan kain hitam tapi tak sempat habiskan sebab hujan. 

malam tu kena buat teater muzikal yang ade nilai-nilai murni and group aku dapat tema irama malaysia. fortunately, group aku dapat no 2 out of 5. yeay.

lepas malam teater tu habis, kitorang turun pergi supper dan bila naik balik, tiba-tiba kitorang semua kena marah dengan En Amir, dengan faci, dengan lecturer sampai kitorangnyer penghulu and penghuluwati kena panggil pergi depan.

memang kitorang kena teruk giler lagi-lagi bila faci panggil beberapa nama suruh berdiri kat depan. takutnya Ya Allah, tuhan je tau. jenuh fikir, apa salah yang kitorang buat. sampai satu tahap bila faci suruh semua yang berdiri tu mengadap dinding dan fikir apa salah dorang.

then, tiba-tiba faci tutup lampu and nyanyi lagu happy birthday. rupanya budak-budak yang kena panggil tu sume bufday bulan 10 and dorang saje buat gimik sebelum nak celebrate. haihh, saje jek.

bertakung jugak la air mata kitorang bila tengok apa yang dorang buat. lakonan dorang memang sangat-sangat real. 

one more thing, aku tabik kat penghulu kitorang bila dia jawab soalan yang faci tanya waktu kena marah tu. even dia pun nangis lepas dapat tau semua tu prank jek. mahal tu air mata lelaki. 

last day baru kitorang ade game explorace and waktu penutup kitorang dapat coklat sorang satu and lecturer suruh kitorang bagi dekat sapa yang kitorang rasa bagus and layak dapat coklat tu. majoriti kitorang semua bagi kat penghulu and dia dapat coklat paling banyak dari orang lain. nasib baik dah tak nangis. haha.

panjang pulak cerita aku. dah lah, pi tengok gambaq.


nie sebelum kitorang buat senaman pagi.


this is our home. sebelum bertolak pergi u.


the view of nur lembah lenggong and sungai perak.


oh! i know. tema aku pi lenggong nie memang peace.

haa! group aku menang group paling havoc. =='


ramalancuaca : walaupun dah bape kali buat story pasal mak ngan ayah waktu pergi kem, still akan mengalir jugak air mata ni kan.

Tuesday, October 9, 2012

my weekend


macam mana dengan ceramah ustaz Don?

best. tapi tak puas la sebab tak lama sangat masa dia. sebelum dengar ceramah ustaz Don, kitorang dihiburkan dengan Far East dengan hafiz hamidun dulu. 

dari atas aku tengok hafiz hamidun nyanyi, shahdunya la hai. 

misi bertukar! dari k-pop ke Hafiz Hamidun! :P


konsert tu habis pukul 12 tengah malam. tapi kitorang tunggu sampai 1 pagi semata-mata nak bergambar dengan Hafiz. kau tengok nie..



eh bukan nie.. ni gambar kami.


haa..ni die. nampak tak? 


lagi satu, dewan UTP nie Ya Allah, besar giler. tapi lagi besar kawasan UTP die. masjid dia pun dah macam masjid terapung, dikelilingi air. library die pun tak terkata besar. itu baru aku tengok dari luar. dorang cakap kalau nak ambik buku siap kena panjat tangga lagi.


hari sabtu malam pulak aku pergi lagi UTP. dah macam rumah kedua dah. ada rakaman 30 minit bersama ustaz Don. 2 episod jugak la dia rakam. kalau ada rezeki masuk la muka dalam tv AlHijrah tapi macam jauh sekali je peluang tu. 

takpelah, janji dapat masuk rasa masuk UTP and dengar ceramah ustaz Don percuma lagi.


ramalancuaca : UTP, daebak!!

Friday, October 5, 2012

ceramah Ustaz Don Daniyal


malam nie aku dengan housemate aku nak pergi dengar ceramah ustaz Don Danial kat Universiti Teknologi Petronas. selain ustaz Don, ada hafiz hamidun ngan far east. event nie UTP yang anjurkan dan terbuka kat orang luar tapi kena bayar tiket masuk. 

UTP nie rajin anjurkan event untuk orang luar. aku selalu jugak la nampak budak-budak UTP promote dorang nye event kat pasar malam yang ada kat sini. 



jom join. 
malam nie nak pergi baru ajak join. haha.


ramalancuaca : minggu depan ade camping untuk semua pelajar baru account part 4. hee..^^

Sunday, September 30, 2012

Perubahan Uitm 3


Non Resident

UITM nie amat pentingkan non resident iaitu student yang tinggal kat luar kolej. dorang siap sediakan satu tempat lagi untuk non resident kat luar U untuk jumpe buat assignment ke, nak online ke, nak berehat ke, tak kisahlah. 

dorang jugak sediakan sticker untuk non resident yang kena tampal kat ID untuk menunjukkan kita nie tinggal kat luar. peraturan baru pun tetapkan non resident je boleh bawak masuk kereta dalam U. 

selain tu, dorang ada jugak buat aktiviti untuk non resident. and if something happened to us outside campus, we can report to them because they will be responsible. cam terjaga jugak kebajikan walaupun duduk kat luar.


ramalancuaca : ldk again? oh no..

someone like you




ramalancuaca : blank...





Sunday, September 23, 2012

Perubahan Uitm 2


cuaca 


cuaca kat sini panas. bukan aku kata KL tak panas, tapi kat sini memang panas. buktinya, baru seminggu aku kat sini, muka aku dah menunjukkan tanda-tanda belak. ahh, aku ada 2 kaler wajah. 

mungkin sebab kat sini setiap bangunan jauh dari satu sama lain. nak pergi fakulti dari tempat park, jauh. kena jalan kaki. nak pergi dewan makan, kena jalan kaki pergi bangunan lain. nak pergi pusat Islam, kena jalan pergi bangunan lain lagi. nak pergi dewan OM pun kena jalan pergi bangunan lain lagi.

tak macam KPTM dulu, semua ada dalam satu bangunan. nak makan je kena jalan sikit. jalan sikit je. ah, KPTM lagi.


ramalancuaca : presentation dah start. all the best for me. =)


Thursday, September 20, 2012

help, care and miss







ko rindu aku kejut ko muni? hehe.. aku pun rindu nak kejut korang. dengan peel setiap sorangnye. sorang, kejut cepat bangun. lagi sorang, selagi tak sampai time bangun, kalau dah bukak mata pun mesti pejam balik walaupun lagi 5 minit alarm nak bunyi. lagi sorang pulak, kejap, 5 minit lagi. ^^




thanks for helping me walaupun ko kena pergi sana, pergi sini untuk uruskan dengan dapatkan sehelai kertas jek. nasib baik ada kau. ^^




walaupun kau jauh, kau still remindkan aku. in fact, bila aku tanya kawan aku, rupanya aku sorang je yang tak dapat borang tu. thanks.. ^^




ana, your sticker is still on my calculator.. ^^


i left the word U. sebab aku tak jumpa mana huruf u. haha. miss 7orang1bumbung.



aku sekarang tinggal bawah bumbung dengan 7 orang penghuni jugak. tapi my 7orang1bumbung will always be the best.



ramalancuaca : when it is hard, i always remind all of u.

Tuesday, September 11, 2012

Perubahan Uitm 1


nama

kat sini aku ingat nak tukar nama aku sebab aku ade housemate dengan classmate yang nama sama dengan aku, anis. so, bile orang tanya aku akan perkenalkan diri aku sebagai izzati. 

tapi bila aku dah perkenalkan diri aku sebagai izzati, bila kawan baru aku panggil nama izzati, aku pulak yang tak toleh. lupa nama aku sekarang izzati. hehe. 

kawan-kawan kptm aku pun dah biasa panggil aku anis. so, suka hatilah nak panggil aku apa. nak senang, anis aku toleh. izzati pun aku toleh. ye dak? 


ramalancuaca : untunglah uitm arau, budak kptm semua dapat 1 kelas. =)

Friday, September 7, 2012

All Are New


10 september 2012

my new life
my new college
my new friends
my new roommate
my new housemate
my new classmate
my new lecturer

all are new

wish me all the best








hwaiting !!


ramalancuaca : me can do it..