assalamualaikum.
dah lama tak menulis. rindu.
jom kita mulakan.
hari khamis 4 april lepas kelas aku ditanggungjawabkan untuk anjurkan event anugerah bestari dan dekan. yang best kat uitm nie bile setiap orang ade tugas masing-masing dalam event-event yang diadakan. macam kelas aku 5D kene buat event majlis anugerah bestari, kelas 5C kene buat sports day dengan family day, kelas 5B kene buat event ilmu bestari and lastly kelas 5A kene buat dinner tolong senior part 6.
so, dalam kelas bahagi lagi tugas setiap sorang and aku under ajk hadiah. walaupun aku tak dapat naik pentas sem nie untuk dapat anugerah, naik pentas bagi hadiah pun bolehla. :P
ini sebahagian dari gambar sepanjang majlis tu berlangsung and kalau korang perasan sorang mamat yang gambar bawah tu, he is one of the artist that night. dia main keyboard lagu flow in the river. cayaq hati cek dengaq lagu mendayu-dayu tu.
alhamdulillah, event nie berjalan lancar and walaupun ade dengar komen-komen dari senior and lecturer, kitorang rasa kitorang dah buat yang termampu and kalau ada peluang lagi kitorang buat lagi baik. In syaa Allah.
---------------------------------------------------------------------------------------------
sports day nie pulak diadakan sehari selepas majlis anugerah bestari. aku seperti biasa hanyalah sebagai penonton yang setia menyokong ahli pasukannya. haha. ada 3 game je futsal, bola jaring dengan bola tampar. kelas aku dapat tempat ke 3 untuk bola tampar dan futsal.
sports day nie start petang sampai malam. dekat pukul 12 baru habis sume.
---------------------------------------------------------------------------------------------
nampak tak kelas aku menang banyak hamper?
banyak giler game yang dorang buat tapi yang best game yang dorang buat sume ambil dari running man. game bibo, minum lemon, melukis pastu teka menatang ape, tali yang lompat-lompat pastu sorang-sorang masuk and banyak lagi. aku pun tak tau nama game tu.
family day nie lak diadakan sehari selepas sports day. yang gambar macam makeup tu pemenang mr korea. hensem tak?
hari tu jugak birthday housemate aku, anis. happy belated birthday, nis. macam cakap kat diri sendiri jek. :P
walaupun aku tak join jugak game-game nie, tapi dak kelas aku yang menang berbesar hati berkongsi hadiah. kitorang pun pakat makan ramai-ramai dalam kelas. heee..
----------------------------------------------------------------------------------------
lepas nie ade dinner pulak. walaupun mula-mula aku ingat tak nak pergi tapi lepas jadi ahli mobac nie rasa macam tanggungjawab lak untuk pergi bagi support. ahli mobac?
mobac nie persatuan untuk degree fakulti akaun. tetibe aku macam teraktif sem nie masuk persatuan nie.
nampak lagi tak keaktifan aku sem nie?
setiap kali ada aktiviti kat uitm, dorang mesti sediakan sticker untuk pelajar. kalau sem lepas dari mula sem sampai habis sem, aku kumpul 4 sticker je. sem nie terbanyak lak.
thats all for this mid term break. kalau ada umur yang panjang aku menulis lagi.
ramalancuca : berita tergempar? daebak.